SAHABat..

Friday, July 15, 2011

A Confession

I really love to who are
really love me..

I really love my family..
Pray to God
So that they are in good condition
and the best thing in their life..

Ameen...



Move Forward

Dalam dunia ini
sebagai manusia yang dicipta oleh PenciptaNya
Haruslah redha dengan ketentuanNya
Meski pun kita suka atau tidak suka
Meski pun kita tidak pasti ia merupakan baik untuk kita
Mahupun buruk untuk kita...

Kita manusia yang lemah dan hanya mampu berusaha
Apa yang pasti
Hanya mampu berusaha dan berdoa..

Berusaha, Istiqomah dan Redha...
Itu sahaja lah manusia yang mampu buat
Meskipun tidak perolehi apa yang dia impikan
Apa yang dia inginkan

Kekadang impian itu hanya lah kemahuan sahaja
Keinginan semata-mata...
Semata-mata...

Apa yang pasti,
Jangan berhenti berharap
Jangan berhenti berusaha
Jangan berhenti berdoa...

Mahu tidak mahu,
Hanya mampu lihat
Apa keputusanNya..

Yang penting
IKHLAS kan diri akan semua perkerjaan
dengan dimulakan

"Bismillahhirahmannirahim"

Yang membawa maksud

"Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Kerna aku percaya dengan keIKHLASan
pasti ALLAH yang Maha Pemurah akan memurahkan rezeki di duni dan di akhirat
Kerna bahkan Dia lah yang pemberi rezeki bagi setiap ciptaanNya

dan ALLAH lah yang Maha Penyayang,
menyayangi setiap ciptaanNya
dan tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak
tertanggung oleh hambaNya..

Maka itu, aku cuba mengerti akan
ketentuanMu Ya Rahman Ya Rahim,
agar tidak menguji aku dengan ujian yang tidak tertanggung
oleh ku
kerna aku hanya lah hambaMu yang lemah
dan hanya mampu berusaha dengan berdoa dengan ikhlas sahaja...

Selebihnya aku berserah kepadaMu
Ya Rahman Ya Rahim,

Akhir kata...
I lurve you (Ya ALLAH)
....^^....


Wednesday, July 6, 2011

My Mental Age

Setelah dicabar oleh tuan Kelon Eric Bana..

Maka hasil usia mental hamba adalah sekian.





Maka sekian terima kasih....

p/s: apa yang penting awet muda.. tampak muda :D

Sweet 16

Walaupun mentally adalah 34.. namun jiwa maseh se sweet 16.. eheemmm...

Tanggal 13 Jun yang lalu tuan tanah ini telah menyambut harijadinya dan dengan izin ALLAH rakan-rakan juga dapat meraikan hari jadi kali ini, walaupun tanpa kehadiran keluarga terchenta... huuu... heee




terima kasih daun keladi,
kerana sudi menyambut jamuan hari jadi..

Alhamdulilah, mereka adalah rakan-rakan yang sungguh best dan sporting untuk meraikan hari jadi ini.






Dan supervisior saya pun sudi untuk belanja kami semua makan di kedai makan untuk menyambut hari jadi...






The best moment adalah menyambut hari jadi tahun lepas di Nihon (Jepun) dengan kek dibelanja oleh adik tersayang dengan tulisan nama dalam bahasa jepun... best!!!

Saturday, July 2, 2011

Cakna Ubat Anda!

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat; DBP, definisi cakna adalah berasal dari perkataan Terengganu yang bermaksud ambil peduli.

Maka arini saya telah mencakna akan ubat-ubatan yang tidak mahu digunakan lagi.. wallaaahhh :D

Hasil kosongkan rumah (saya telah berpindah rumah) maka banyaklah sampah-sarap yang akan dibuang dan termasuklah ubat-ubatan ini.




Jika kitar semula untuk plastik, botol dan kertas..
Hmmmm... sebenarnya ubat juga perlu dilupuskan dengan cara yang betul...
Serahkan sahaja kepada yang pakar untuk proses perlupusan ini... hehe





Di USM, terdapat kempen CAKNA UBAT ANDA! di bahagian farmasi..

Ini merupakan kali ke-2 sebenarnya saya mencakna ubat saya... yeahhh...
pengguna yang bijak**** jeng... jengg... jeng....
ambil bakul masuk sendirik.. haha...




Kali ini gamaknya saya mencakna ubat agak banyak kuantitinya... yeaahhh ...^^...



Akhirnya, dapat cenderahati dari Bahagian Farmasi, beg kecil unggu yang comei!!! ...^^...

Friday, July 1, 2011

Ada apa dengan HUBUNGAN?

Salam sejahtera..

Teringat akan info dari Dr Fadhzilah Kamsah akan perhubungan mengikut urutan adik beradik, secara ringkas jika si sulung insyaAllah akan serasi dengan bongsu kerana akan sifat masing-masing yang akan melengkapkan sesama sendiri..

Dan cari info akan perkara ini dan ini adalah hasilnya..
Terdapat juga kajian dari barat iaitu Dr Kevin Leman..

Silalah jamah info menarik ini ..^^...










Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.



Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.



Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.



Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.



Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.



Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.



Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?



Kepercayaan sekadar satu panduan



Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.


Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:



Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.



Yang ni.. abang sepupu kawen dgn anak sulung juga.. Kawen semuda 21 tahun lagi.. sampai sekarang kekal.. tak de masalah.. Alhamdulilah.. Buktinya perhubungan ini adalah individu juga ..^^...




Sulung - Tengah


Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.




Sulung - Bongsu


Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.





Yang ini adalah merujuk kepada ibubapaku.. Ayah adalah sulung lelaki (anak kedua) dalam adik-beradik yang ramai dan emak pula adalah paling bongsu.. memang perhatikan dorang sangat bahagia pada pandangan mata ini.. mereka cepat menyelesaikan krisis dan pandai menangganinya..
Adakah aku pun mengharapkan jodohku dengan si bongsu? ...^^...
benda ni kan kuasa ALLAH...





Tengah - Tengah


Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.






Yang ini merujuk kepada hubungan adik lelakiku dan gewenya yang dah couple sejak dari Form 4 sampai lah sekarang.. mau 8 tahun dah usia perhubungan mereka.. Jodoh memang amat kuat... Terbukti kot... Semoga mereka berkekalan ...^^...



Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.






Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.







Yang ini memang dah terjadi depan mata.. Nauzubillahnizalikk... Harap akan cepat selesai secepat yang mungkin.. aminn...



Apa-apa pun perhubungan itu haruslah ikhlas dan kerana ALLAH.. errrkkk.. ini adalah pendapat sepuloh sen ku yang tak de pengalaman pun sebenarnya.. heeee hehe

kredit tu supervain.com