Iyaaa.... sangat setia...
Telah pun digunapakai oleh para pendidik di Jepun sebagai icon kesetiaan..
Negara Barat pun telah memfilemkan kisah benar atas kesetiaan Hachi menunggu tuannya setiap pukul 4 petang di Stesen Keretapi di bandar Shibuya selama hampir 9 tahun...
Menunggu sehingga akhir hayatnya...
Tugunya dibina untuk memperingati akan Hachi, anjing berbaka Akita..
Dan tugu yang kini merupakan tugu kedua setelah tugu asal musnah akibat Perang Dunia Kedua..
Tugu Hachi juga adalah menjadi tempat pertemuan yang popular bagi kalangan masyarakat Jepun..

Setiap 8 April.. Hachi's devotion is honored with a solemn ceremony of remembrance.
Bersebelahan dengan tugu Hachi.. adalah lintasan pejalan kaki yang terbesar di dunia...
Suasananya adalah seperti pasar malam... mereka semua beramai-ramai menunggu hanya semata-mata untuk melintas...

Starbuck tu adalah hot spot yang boleh tengok gelagat manusia berduyun-duyun melintas...
namun sedar diri tak mampu untuk membeli air dan tempat duduk adalah sukar untuk perolehi maka lupakan sahaja hajat di hati...

Turut serta untuk meramaikan lagi melintas di lintasan pejalan kaki terbesar di dunia...
Fashion Magazine tu FREE!!! I lurve benda FREE...
hahaha

Dah nak abes dah pertunjukkan pelintas jalan kaki...
Macam show owhh... fenomena ni...
Hahaha