SAHABat..

Monday, January 17, 2011

Dear Diary 1



Dear diary,

Sejak kebelakangan ini aku terlalu sibuk, sehinggakan aku terpaksa memaksa badan yang letih ini untuk berkerja dan menghiraukan senggugut yang pasti aku akan alami setiap kali pusingan haid aku.

Apabila badan penat disertakan hormone yang tidak stabil maka sakit senggugut aku itu akan memberi kesan keletihan yang berganda terhadap diri aku.

Masakan badan aku pasti akan letih? Kerana aku hanya menjamah makanan pada pukul 9 pagi atau selewat-lewatnya menjamah pada pukul 11 pagi dan terus mulakan kerja sehinggalah lewat petang.

Lewat petang pula hanya mampu makan biskut yang memang aku bekalkan di dalam bilik siswazah. Jika aku larat pasti akan singgah untuk beli makan malam. Jangan risau kerana kebiasaannya aku akan beli makanan malam.

Kali ini aku memang buat kerja terus jika dibandingkan ketika aku buat Final Year Project dahulu. Jika dulu aku hanya dapat bekalkan sekotak susu ducthlady di dalam beg namun aku masih jaga makan juga. Ini kerana ketika itu aku tidak lah pula dapat sakit gastic, namun sekarang aku dah mula mendapat sakit gastric.

Owh aku memang tidak pandai menguruskan diri sendiri, sehingga aku mendapat sakit gastric hanya kerana aku tidak memantau masa makan aku. Penatnya pun kali ini aku memang akui sangat penat.

Tapi aku kena kuat! Tidak boleh mengalah! Kerana aku kena teruskan juga! Aku tak boleh bersikap tidak menghabiskan apa yang aku telah mulakan!

Maka aku mengharap secepat mungkin aku dapat menghabiskan kerja-kerja makmal (lab work) ini secepat mungkin dan dapat menyudahkan penulisan thesis aku untuk Master in Science kali ini.

p/s: Mohon doakan agar dipermudahkan :)
Amin.
Terima kasih daun keladi, nanti boleh doakan lagi :P

Tuesday, January 11, 2011

I Lurve My Family

Ok..
Aku berbelah bagi..
Tak nak balik sampai aku grad..


Atau balik lah sekali dua...
Sebab family aku selalu je buat gathering reramai...
Macam maen bowling reramai...
Futsal reramai...
BBQ reramai...
Mau main air kat WaterLand reramai..


Uishh... mau meroyan aku tak dapat join...
Sepupu aku sumer kecil-kecil lagi..
Tapi seronok owhh layan dorang...






Family Day!! memang wajibbulghunnah lah family buat gathering..
unless kalo ade kematian maka Family Day akan ditukarkan kepada
Majlis Tahlil..




Dah bergenerasi dah buaian ni...
Time aku kecik-kecik pun selalu main buaian ni... sekarang bagilah can kat bebudak plak maen buaian.. sebab aku dah puas maen :P
Haahahahaha....





Saje post gambar family pak yob.. candid!

Monday, January 10, 2011

THESIS




T - To
H - Haunt
E - Every
S - Single
I - Individual,
S - Shaittt


kredit to pejal (member adek)

Thursday, January 6, 2011

Cute Baby! Cute Imagination!

Orang kata.. masa tido lah kita leh tengok wajah sebenar seseorang tuh..
Kalo orang yang pemarah.. akan nampak tenang je...
Kalo tengok kekasih hati time tu pun.. pasti akan lebih sayang..
Sebab tenang je...
Kalo tido berdengkur.. memang boleh blah!! Hehehe


Orang pun ada kata...
Kalo nak tengok seseorang tu lawa..
Masa bangun tido lah.. adalah wajah yang betul-betul lawa..


Sangat suka bila tengok gambar baby ni..
Kalo aku ade anak nanti pun..
InsyaAllah aku pun nak buat camni..
Itu pun kalo lah...
Kalo...


Nice Work! Good Job!!


Si ibu yang cuba mencipta apa yang anak dia mimpikan..
HAaahhaaa....




















































































originally dari sini Adele Enersen

Tuesday, January 4, 2011

Cer cerita!

Masih teringat akan mula-mula masuk USM ni.. Kena hadiri kelas GTB 204 iaitu Molecular Biology bersama-sama dengan budak-budak undergrad. Ketika itu Dr See Tow turut terlibat dengan kelas ini.


Satu hari itu aku bertanya kepada beliau akan designing primers untuk projek quantitative Real Time ini.. masa itu adalah untuk TaqMan dimana teknik ini perlukan primer forward, primer reverse dan probe..





Aku bertanya akan bagaimana untuk mendesign primers (forward dan reverse) dan probe kerana aku telah pun design secara manual. Supervisior aku yang ajar bagaimana untuk design secara maual. Aku sebenarnya ada gak terbaca akan design primer dan probe ni secara automatic kat website. Lagi senang dan lagi cepat. Lebih confident sikitlah kalo dari website ni berbanding manual.


Dan beliau pun suruh aku email supaya kami boleh berinteraksi..
Sekejap je beliau respond email aku dan aku sungguh terkesima akan peribadi yang sangat humble dan penuh dengan ilmu.




Ketika itu aku baru Sem 1, masih tak tahu akan liku-liku lab work untuk master ini.
Macam budak darjah 1 masuk sekolah lah time tuh...
Dengan email beliau lah aku menjadikan pembakar semangat agar tabah akan cabaran ini.


Kata-kata beliau yang menyebabkan aku senyum lebar selebar lebarnya..


Regarding the concept of complementary strand for the "reverse primer" that you asked me yesterday, I can help you if you still unable to work it out on your own. To make it more meaningful, try look back into old lecture notes or even better, basic books about PCR techniques, specifically on primer design. I think you will find the answer from there. It would just take may be less than ten minutes for me to make you understand what is complementary strand but even if it takes ten hours to understand with your own effort, personally, I think that is worthwhile. I was not a molecular biologist, my undergraduate was totally on something else, my MSc also was on something else, I never touched a micropipette before my PhD level but I learnt on my own, I asked around but I (and I believe you also) manage to get the answer.


You have taken the right step to joint the GTB204 to "refresh" and "strengthen" you basic molecular biology knowledge. I'm always ready to help, just write to me or come to see me if you have more questions. If I can help, I will. If I don't know, I can suggest possible solutions.


Bestkan!! Bestkan!!!
Kata-kata semangat inilah aku suka..
Hahaha..
Dr See Tow ini sangat lah baik...
Kalo nak berbicara mesti akan minta maaf dulu...
Isteri dia pun lecturer kat USM ni..
Dr Few Ling Ling...
Bilik dorang pun bersebelahan je...


Sangat romantic…
Ok.. ok..
Cukup lah kali ini…


Semangat!!! Untuk siapkan immunohistochemistry dan quantitative Real Time dari tisu block pulak…


Sebenarnya aku ada problem dengan probe TaqMan tuh.. terpaksa guna teknik SYBR green dimana hanya guna primer forward dan reverse sahaja.. tak perlu guna probe..
Time tu memang aku sengsara arrr....
Ingat lagi aku kena marah denga SV aku..
tersedu-sedu aku menangis..
Tanpa segan silu aku menangis hanya tersedu-sedu
bukan melalak... dah besar ok... sebab aku adalah gadis bukan budak perempuan..
kena tabah akan cobaan..
Seharian itu aku menangis sampai bengkak biji mata...
hodoh kot time tuh...
malam tu aku terus balik melaka..
sebab aku memang betul-betul down...
spirit aku pun dah memang betul-betul takde..
hanya ingat mak dan ayah je...
sepanjang perjalanan dalam bas tu..
aku menangis balik...
sumer orang pun mesti pelik..
apasal lah awek ni menangis..
putus cinta ke aper....
dalam bas.. dalam gelap tu jugak..
aku makan ayam goreng Radix...
sebab aku amatlah lapar...
penat kerja sambil nanges...
huhu..


aku ucapkan terima kasih kat kawan baik aku..
ber'SMS' dengan Khairiyah sepanjang dalam bas tuh...
Bila dah reda baru ada semangat nak makan..
Huhuhu





Inilah naseb kan kalo orang tak de boyfriend...
hahaha...
kalo ade pun..
aku tak nak susahkan dia kot...


Macam sekarang ini...
Sem kali ini mungkin aku akan kena denda sebanyak RM 200...
ok fine..
mungkin aku pun ade silap gak..
kalo kerja macam nak mati pun...
Paling penting BOSS kena tau gak..
Kena tunjukkan yang kau buat kerja....


Tak pe lah... nanti aku pikirkan lah kat mana nak carik
RM 200...
adakah dari duet penat lelah aku dari mengajar tuisyen???
yang penting aku tak nak susahkan mak dan ayah...


Sejak ade kat Kelantan ini pun aku tak pernah minta duit poket lebih....
Pandai-pandai lah aku nak pikirkan dan usahakan selesaikan masalah...
Dah besar kan..
Kalo tak latih diri ini untuk berdikari dari sekarang...
Bila lagi..
Kena lah set kan mind set tu dari sekarang..


Dulu aku selalu kata diri sendiri..
Seseorang itu kalo dah berusia 25 tahun...
Maka dah matang...





Maka tahun ini aku akan berusia 25 tahun...
Kena latih diri sendiri....


Semoga ALLAH akan permudahkan segala proses yang terlibat...
AMIN....
Tahun 2011 gak aku nak Grad...
Tahun 2011 gak aku nak kerja..




sangat nerd gaya cermin mata ni... ...O_o....
kenangan ni!! buat kerja hardcore ni...
kalo tak grad masak arrr.... warrkhhhh

Sunday, December 19, 2010

Si Setia di Shibuya!!

Ia adalah seekor anjing yang sangat setia..
Iyaaa.... sangat setia...
Telah pun digunapakai oleh para pendidik di Jepun sebagai icon kesetiaan..


Negara Barat pun telah memfilemkan kisah benar atas kesetiaan Hachi menunggu tuannya setiap pukul 4 petang di Stesen Keretapi di bandar Shibuya selama hampir 9 tahun...


Menunggu sehingga akhir hayatnya...
Tugunya dibina untuk memperingati akan Hachi, anjing berbaka Akita..
Dan tugu yang kini merupakan tugu kedua setelah tugu asal musnah akibat Perang Dunia Kedua..


Tugu Hachi juga adalah menjadi tempat pertemuan yang popular bagi kalangan masyarakat Jepun..






Setiap 8 April.. Hachi's devotion is honored with a solemn ceremony of remembrance.


Bersebelahan dengan tugu Hachi.. adalah lintasan pejalan kaki yang terbesar di dunia...
Suasananya adalah seperti pasar malam... mereka semua beramai-ramai menunggu hanya semata-mata untuk melintas...





Starbuck tu adalah hot spot yang boleh tengok gelagat manusia berduyun-duyun melintas...
namun sedar diri tak mampu untuk membeli air dan tempat duduk adalah sukar untuk perolehi maka lupakan sahaja hajat di hati...






Turut serta untuk meramaikan lagi melintas di lintasan pejalan kaki terbesar di dunia...
Fashion Magazine tu FREE!!! I lurve benda FREE...
hahaha






Dah nak abes dah pertunjukkan pelintas jalan kaki...
Macam show owhh... fenomena ni...
Hahaha

Friday, December 17, 2010

whatever~!!!

Bismmillahirahmanirahim...

Aku adalah FULLTIME student di USM
Aku juga adalah PARTTIME home tuition Add Math di Kelantan...





Ini adalah soklan yang dibawa balik as homework aku tuk cari jawapan...
Haha kes malas nak salin balik..
just snap dengan camera hp...





Owh.. maaflah kalo quality tak berapa baik..
camera hp tak de mega pixel pun...
cap ayam nyer...
hahaha...





Ada sesiapa yang nak tolong selesaikan???
hahaha...
aku dah puas buat semula jalan kerja..
tak dapat seperti jawapan yg diber pulak..
nak kena pikir balik..
jalan penyelesaian...


Hahaha...
tak pun ade sesiapa nak hadiahkan camera ke..
hp baru yang ade camera megapixel smpai 8 ke...
as xmas gift tuk aku ker...
wahhhh.....
demand lebih...

Pffttt...
dah .. g siapkan keja...
next post..
aku sempat berkarya sajak..
padahal student sebelah aku tgh siapkan latihan..
sbb aku tgh nak maintainkan momentum minda..
sbb ketika itu badan sedang penat..
hormone tidak stabil....
minda sedang lesu..

Bagaikan lari tidak cukup tanah..
bernafas tidak cukup oksigen..

Maafkan aku wahai labmate ku..
huhu...