SAHABat..

Wednesday, May 4, 2011

Anak kecil

Anak kecil ini aku tak pernah lagi dapat berjumpa dengan dia..
Hanya ketika dia masih status fetus saja bukan bayi...
Naseb bapa dia tag di MukaBuku..
Jika tidak pasti sampai sekarang tak tahu ghuper nya..

InsyaAllah jika ada jodoh kita ketemu yerrr.... ...^^...
Tapi bonda dah pernah jumpa....
Semangat cerita akan kecomeilannya...
Kaaawaaaiiiii!!!!!




Siti Khadijah Binti Iskandar Saat




Rakan sepermainannya

Tuesday, May 3, 2011

Gadis takut untuk bercinta

Tengah nak siapkan thesis.. tuk rehat jap baca metro..
sekali ternampaklah tajuk "Gadis takut untuk bercinta"..
Wooohhh... serius ini adalah exactly soklan yang nak ku tanya...
Dan ini adalah jawapannya..
Dan selama ini tak sia-sia aku berpegang teguh untuk beriman akan qada' dan qadar tentang jodoh...
Setahu aku, ramai je perempuan yang umur 25 tahun tapi still single dan tak pernah bercouple..
Lega sikit bila baca petikan ini..



Gadis takut untuk bercinta

SAYA seorang gadis �berusia 25 tahun dan kini sedang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA). Saya berasa sangat sunyi dan kadang-kadang cemburu melihat kawan lain mempunyai teman lelaki sedangkan saya tidak mempunyai kekasih.

Saya tidak pernah bercinta sejak zaman persekolahan sehingga kini.
Saya sebenarnya takut untuk bercinta kerana bimbang terjebak dengan perkara maksiat yang mengundang kemurkaan Yang Maha Esa.

Tetapi kadangkala saya risau memikirkan soal percintaan kerana sebagai seorang manusia biasa saya juga ingin menyayangi dan disayangi insan bernama lelaki.


Sebagai pengubat kesunyian, saya memperbanyakkan membaca buku keagamaan dan membaca al-Quran. Ia ternyata memberi ketenangan hati dan mendamaikan jiwa.


Sekarang saya hanya berserah kepada ketentuan Allah mengenai jodoh.

Saya harap dapat bertemu dengan seorang teman hidup yang beriman dan boleh membimbing saya.

Adakah betul tindakan saya hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah semata-mata berkaitan jodoh pertemuan?

AIN FATIHAH
Pahang



MEMANG semua yang berlaku ditentukan oleh Allah kerana ia termasuk beriman kepada qada dan qadar. Begitu juga dengan jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah.

Ini semua bersumber daripada keimanan kepada Allah. Bagaimanapun, ia tidak menghalang kita untuk terus berusaha untuk mendapatkan sesuatu, contohnya dalam mencari jodoh.

Kita tidak sepatutnya lekas berputus asa. Keluarga, masyarakat dan kerajaan
perlu berusaha menemukan jodoh perkahwinan. Ini bertepatan dengan firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpahan kurnianya kerana Allah Maha Luas (rahmatnya dan limpah kurnianya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur ayat 32)

Saudari perlu memperbanyakkan doa dan solat hajat sehingga hasrat untuk mendapat jodoh yang baik dimakbulkan Allah. Di samping itu, buat persediaan untuk menjadi seorang isteri yang baik seperti membaca buku dan mengikuti kursus persediaan perkahwinan.

Anak kecil maen api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia




Nur Akma Hanani... si debab debab debab... baru dapat jumpa debab ni... heee




Nasrah... si cengkeng... kuat menangis dan tak mahu mengalah.. tapi muka comei giler!




Myra Melisa cian dia nanges... serupa macam anak baba nyonya.. if pakai kebaya mesti comei giler!!!!







Safaa... pendiam je.. tapi tak leh nampak ummi dia.. mesti nak melekat dengan ummi je...




Aliyah... nama penuh tak ingat.. panjang sangat.. si bulu mata lentik.. badan kecik je.. ringan..




Aqil... berbanding abang-abang dia yang lain.. Aqil si bongsu tak lah senakal abang-abangnya...




Omar.. sumer orang dia layan.... tak susah punya.... comei!!!




Qayyum... like father like son!!! giler-giler macam ayah dia gak! haha...




Nabil and the geng.... badan besar budak ni... ikut abi dia kot.. haha



p/s: ok sila siapkan thesis anda!!! jangan tido lagi!! arrrrkkhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, April 26, 2011

BUSY..




MEI

will be busy to finish up all my labwork.. Real Time PCR for all my fresh tissue patient samples and FFPE samples, with Immunohistochemistry (IHC)... InsyaAllah I really want settle all those tasks done within couples of months.. Hopefully!

JUNE

Will be really... really... really busy...
Busy with presentation of Journal Club coz my aim to get the netbook as the best presenter.. Tengoklah kalo ade rezeki... kalo takde rezeki pun tak per.. as long as dah berusaha dan mencuba even though I have presented in Journal Club before. Ni baru orang kata tak de keja carik kerja!!! :D




Then the next day candat sotong... Hoooo... Hooo... new experience of candat sotong. Hopefully semuanya selamat.



Then the following week ada Haflla Annual Dinner... Hoo yang ni kena sediakan duet tuk fees. Tak prepare lagi... aiggoooooo... Hafla Annual Dinner adalah dinner tuk my bellydance class.. HEhheheeeee... see lama giler tak update blog.. sesawang pun dah berlambak sebab sebok bergelek... Heheheheeee.... Mesti best dinner tu... and of course tak sedia baju lagi... aigggooooo..... ...T_T....



Then the next week ada 16th National Conference and Health Sciences kat Pusat Pengajian Sains Perubatan, PPSP (USM). This will be my forth conference during my master studies. Hmmm.... present oral je lah.. malas nak buat poster sebab mesti tak nak kuar duet tuk poster... Haaaahahaha... my supervisor gives an option either poster or oral and I just pick oral with confident... Hahahha.. belasah je.. lagi pun boleh practice the way of my presentation skills...




THEN the following month..
InsyaAllah I will fly to Bandung, Indonesia...
YEEAAAHHHHHH......
Maybe tu cuti setelah pulun with my full tasks months before..
Harap semuanya jadi..



Doakan saya!!! ....^^...

Monday, February 21, 2011

Bagaimana nak elakkan dari sticker pas dicuri

Ini adalah perbezaan sticker moto untuk USM sesi 2009/2010 dan 2010/2011...
Diharapkan sehingga sticker moto sesi 2010/2011 sahaja lah saya akan pakai.. Means dapat grad within this year.. horayyy... AMIN...

Itu pun kalo sambung PhD ker... tak pun keja kat USM ker... horaaayyyy... AMIN...
Hoooo.. tuah ayam nampak pada kaki nya... Tuah manusia siapa yang tahu kan??? Huuuuuuuuuuu....... Maka Hang Tuah lah yang sentiasa mempunyai tuahnya... Huuuuuu...

Sekarang sila tukar nama IC ker Nur Tuah Binti Bapa Tuah Segala Tuah... HOooooooo....
Ada sanggup? :P





Tukar sticker moto ni pun setelah ditahan oleh pak guards dan mak guard sebanyak 3 kali kerana belum tukar sticker lagi... Huuuuuu... Buang mood orang pepagi je ...T_T... sebab kena tahan...

Setelah diajak oleh kawan lab mate kerana dia pun kena ada sticker, maka barulah sebenarnya nak bertindak untuk dapatkan sticker yang baru... Huuuu.... terima kasihlah.. if not sampai hujung tahun kot tak tukar sticker :P
Kalo kena tahan modalkan muka senggeh sepuluh sen je lah tuk dapatkan simpati dan empati tuk dilepaskan... heheheehehe

Tetapi tak sampai pun usia sticker moto USM ni genap seminggu... Turun dari bilik post grad... aleh-aleh..





Sticker moto dah lesap... time tu memang moto ni je lah yang tinggal...
Ahh susah.. baru pagi tadi kawan lab mate Azuan citer sticker moto dia dah hilang kena curik.. dah lah gelak-gelakkan ...T_T....

Owh Tuhan bayar cash je sekarang ni... tak de debit kredit lagi... Huuu... bawa baki pun tak de (istilah akaun je ni sumer :P)

Padahal baru je Eric Bana pinjam motor tuk jenguk baby azkiyah sekejap... Maka dengan dalil-dalil yang kukuh...

Si penjenayah melakukan kerja jenayah ini setelah Eric Bana balik dari jumpa Azkiyah dan kemungkinan besar ketika itu moto ini saja yang tinggal.. Hmmmm lebih kurang antara 6.30 petang dan 7.15 petang...




close up sikit si mangsa :P


Maka laporan pun kenalah buat.. setelah check CCTV tuk kenal pasti siapa si penjenayah, malangnya siasatan gagal untuk mengesan siapa yang dalang..

Pak guard pun ajar bagaimana mahu mengelakkan dari banana fruit berbuah twice..
Sonang je jang!

macam mana??? macam ni!!!!

mula-mula tampallah sticker moto tu kat moto macam biasa...





Kemudian toreh dengan cutter kat sticker supaya apabila si penjenayah cuba sekali lagi untuk mencuri sticker akan gagal kerana ianya bukan akan menjadi 1 piece...
Hahhaha.. puas ati kalo dia tak dapat 1 piece...




Lihat! setelah ditoreh pun hampir kelihatan sama seperti tidak ditoreh...
Cuma jika dikaji dengan teliti baru perasan.. hahaha...

Awatlah pak guard tak ajar awal-awal lagi? manalah saya tahu teknik-teknik macam ni...
cehhh....





Kemungkinan besar proses utnuk mendapatkan sticker moto ini perlukan dokumen-dokumen yang sah dan sticker ini pun RM1 je....

Kalo disebabkan kos.. mungkin bukan penyebab utama untuk si penjenayah melakukan jenayah mencuri sticker moto...

Mungkin proses dan perlukan dokumen yang sah itu...

Wahai penjenayah.. jangan lah buat jenayah.. Hidup ini Tuhan bagi cash je.. takde nak simpan-simpan.... Jumpa di Padang Mashyar!!! bye!

Friday, February 11, 2011

TOTTO CHAN



Ok... saper tak kenal Totto Chan? Maybe ada yang belum baca buku Totto Chan ini..
Buku ini adalah terjemahaan dari bahasa Jepun. Buku ini adalah amat popular dan diterbitkan sebelum Perang Dunia ke 2 lagi.

Buku ini adalah mengenai kisah seorang budak perempuan berumur lingkungan 7 atau 8 tahun yang nakal kerana punyai immaginasi yang amat tinggi. Cerita nya amatlah kelakar dan penuh dengan penggembaraan bagi seorang kanak-kanak.

Buku ini pernah diperkenalkan oleh kawan aku ketika sekolah rendah. Amat famous ok..
Dan ketika aku mencari buku di library USM, Perpustakaan Hamdan Tahir, tetiba tengah mencari-cari buku bahagian novel terjumpa buku Totto Chan ini.. dan apa lagi!!! terus sambar dan tanpa pikir panjang terus mahu pinjam!!

Hahaha... as student post graduat di USM ini boleh pinjam buku sebanyak 25 buah sekali gus!! dan tempoh pinjaman adalah selama 3 bulan!! tetapi hanya 2 buah buku novel sahaja dibenarkan.. itu pun setelah 3 bulan pinjam boleh renew secara online! wohh...

Ok sambung kerja! then boleh meroyan baca buku Totto Chan ...^^...

25 perkara




25 PERKARA TENTANG SAYA

1. Anak sulung dari 5 adik-beradik.

2. Tahun ini saya akan berumur 25 tahun bulan Jun ini.

3. Suka makan benda manis contohnya ice cream cornetto (Blackforest), cake dan coklat.

4. Dulu-dulu pun saya tak suka jadi anak sulung sebab macam terasa sangat beban tanggungjawab itu di bahu ini. Semua pengalaman kena tempohi dulu tanpa ada abang atau kakak yang bagi guideline untuk yang terbaik.

5. Saya seorang yang cepat bohsan.

6. Jika saya rajin maka saya akan sangatlah rajin. Jika saya malas maka saya akan malas.. (malas je bukan sangat malas :P)

7. Dahulu saya pernah anti dan prejudice terhadap warna pink. Tetapi semenjak 4 tahun kebelakangan ini saya tetiba jadi minah pink.. Owh my .....O_o.... nasib baik scutter saya tak pink. Laptop, bag pack, purse warna pink.. Saya tahu apa perasaan orang yang anti dan prejudice pink.. Sila jangan!!! Jika tidak akan jadi seperti saya!! Kena sumpahan puteri pink :P

8. Walaupun sekarang saya dah kena sumpahan puteri pink tetapi warna kegemaran saya adalah hijau kerana warna kegemaran Nabi Muhammad S.A.W dan ungu cream.

9. Ramai beranggapan saya seorang yang garang dan tidak suka berborak tetapi apabila kenal saya mereka rupanya tersalah anggap kerana rupa-rupanya saya amatlah peramah dan tak berhenti bercakap.

10. Saya tidak pernah bercouple kerana bagi saya couple itu tidak penting dan perkahwinan itu adalah lebih penting dari couple.

11. Saya tak suka orang merokok kerana faktor kesihatan tetapi saya mengelakkan dari sikap prejudis terhadap orang yang merokok.

12. Pernah ke luar negara? Saya pernah ke Singapore, Jepun dan Hatnyai (Thailand).

13. Suka berkaraoke dan menyanyi walaupun saya tahu suara tak lah semerdu Datuk Siti Nurhaliza. Jika dalam kereta sesorang hohohohohoooo.. of course saya suka menyanyi :P

14. Saya ada darah campuran Melayu dan Cina.. Tu je kot... Hmmmm.....

15. Saya seorang yang adventurer. Sukakan sesuatu yang mencabar seperti Bungee Jumping (saya dah pernah buat di Jepun), flying fox (dah pernah buat di Melaka).. dan banyak lagi yang saya nak buat!!!

16. Penakut hantu! Dulu masa kecil saya seorang penakut hantu. Tetapi bila dah besar mungkin dah matang dan berani maka saya dah tak takut. Lagi pun selalu kena stayback dalam lab atau post grad room sesorang maka saya tak perlu takut!

17. Saya rasa saya adalah anak ayah. Sebab password email dia ada termasuk nama saya. Dan ramai orang kata rupa saya macam ayah. Mesti dulu dia amat happy anak pertama wajah dia!!! :P

18. Saya suka baby.

19. Saya tak sangat bersosial. Di kampung halaman pun orang kampung tak kenal saya sangat padahal ayah saya 1 kampung kenal. Sebut je cikgu sumer tahu siapa!

20. Suka tengok gaun pengantin.. Tapi sumer seksi-seksi :( macam mana saya nak pakai nanti.. huhu

21. Saya suka tinggal di kampung jika dibandingkan dengan bandar terutama jika apartment sebab saya suka ketenangan dan kedamaian.

22. Walaupun saya suka kampung tapi saya suka hiasan dalaman urban.

23. Suka akan photography tapi belum mampu untuk beli DSLR. Camera pun belum mampu nak beli lagi.. Huhuhu

24. Favourite subject saya adalah Add Math sebab itulah saya buat part time ajar tuisyen Add Math sahaja.. tak perlu ulangkaji

25. Fuuhhh.... finally last list.. Hmmmmm... Saya... saya... saya sayang keluarga saya... hehehe...


Dah siap! Hee...ni tag sebenarnya...dari Ummu Syuhada.

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."


Erk..kena tag 25 orang pulak??

Saya tag semua la yang baca entry ni! Ngee~


p/s: sape-sape yang rajin buat tag, buat la ye...boleh saya baca :)