SAHABat..

Tuesday, March 20, 2012

Ada Perbezaannya..





Antara lelaki dengan perempuan ada perbezaannya..

"Si Anis, wanita yang masih single dan mula memikirkan akan pasangan hidup"

"Si Mamat, pemuda yang masih single dan mula memikirkan akan pasangan hidup"



Maka, disini terdapat persamaan antara Anis dan Mamat, iaitu masing-masing single dan sedang mencari akan pasangan hidup...

Maka, sahabat handai pun ada yang membantu untuk memperkenalkan mana-mana rakan mereka yang masih mencari juga... Mungkin, ada kemajuannya...

Namun, tahukah anda mungkin penerimaan Anis tidak seperti Mamat...

Tak tahulah, sebab bak kata pepatah "rambut sama hitam tetapi hati lain-lain"... Anis mungkin sukar untuk terima lelaki yang baru dikenalkan...
Tetapi Mamat, mungkin mudah untuk berkenalan dengan perempuan yang baru dikenali..


Situasi nya sama antara Anis dan Mamat... baru berkenalan dengan orang baru..
Tetapi Anis pasti akan memikirkan banyak perkara akan perkenalan baru itu...
Mamat pula mungkin mudah dan tidak memikir banyak seperti Anis...


Dari persepsi saya sebagai perempuan.. tidak mudah untuk saya menerima orang baru...
lagi-lagi jika pihak sebelah tidak memberi respond.. maka secara automatik bukan salah saya...


Sebagai perempuan, saya lebih selesa dengan orang yang dah lama kenal..
Atau erti pendek cerita.. dia adalah kawan..
Sebab dah kenal baik dan buruk..
Dah tahu apa yang dia tak suka dan suka..
Kelemahannya.. Kelebihannya..
Walaupun sedikit..


Tetapi di sekeliling saya ini...
Rata-rata... kawan-kawan lelaki adalah mudah untuk menerima orang baru..
Saya pun tak paham kenapa mereka agak begitu mudah untuk menerima..
Meskipun hanya dengar dari pihak orang tengah...


Personality seseorang itukan amatlah subjektif..
Setiap orang ada pendapat yang berbeza-beza..
Jika dengar dari pihak orang tengah...
Sudah semestinya akan bercerita akan perkara yang baik-baik...
untuk meningkatkan kebarangkalian hasil perkenalan rakan dia itu diterima..
dan settle keja orang tengah...


Secara jujur...
Kalo nak memperkenalkan seseorang kepada saya..
Bagilah peluang... masa.. ruang...
dan saya lebih suka ianya bermula dari perkenalan sebagai sahabat..

Monday, March 19, 2012

Dear Diary: Studying = Student Dying



Dear Diary,
Sekarang ni ada satu masalah...
Nak stay kat post grad room ni pun nak kena ada orang temankan...
Itulah masalahnya..
Pernah dua kali stay overnight kat post grad room ini bersendirian...


Tapi setelah memikirkan akan faktor-faktor keselamatan,
maka jika boleh ada teman...
berdua di post grad room pun ok je...


Latest news, adalah Molecular Lab terbakar..
Pada malam stay dengan kak zila juga...
Malam kejadian itu, cuma pam air sahaja yang berbunyi...
Dan maklumkan kepada pengawal..
Ada orang datang baiki...
Namun kami stay sehingga 12 tengah malam sahaja...


Mana tahu...
Selepas itu, Molecular Lab plak terbakar...
Mujur tiada nyawa yang terkorban...


Pagi tadi pula Dekan PPSK, Prof Ahmad datang meronda
Post Grad room akan post grad student...
Mulalah sekarang untuk kemas kini dan perbaiki..
Sistem keselamatan dan PA system...


Setakat ini, tiada muslimah yang sanggup setia untuk
menemaniku untuk menyiapkan thesis...


Alaahhh...
Biasalah tu...
Time orang nak berjuanglah...
Time tu lah pelbagai dugaan yang datang...
Hmmmm.... Nak buat camner...
Dah naseb badan...


Untung sabut timbul...
Untung batu tenggelam...
Ini bermaksud...
Orang yang berusaha akan selamat..
Manakala orang yang malas akan tenggelam....



nota kaki:
Harus secepat mungkin siapkan part
Introduction...
Result...
Discussion....
Conclusion...
Limitation of studies...
untuk english correction...
Semoga dipermudahkan...
Amin....

Sunday, March 18, 2012

Dear Diary: Jihad



Dear Diary,
Maaf maybe this is another annoying post from tuan tanah...
Yeahh hati dan minda sedang bergelumang untuk menyiapkan thesis..
Mudah gocah dan gelisah lah jadinya...


Aku mohon agar ikhlaskan perjuangan ini kerana ALLAH...
Semoga dipermudahkan dan diberkati olehNYA..
Akan pekerjaan dan jihad ku ini...


Aku mohon agar perjuangan ini..
Ibu bapaku lah yang menjadi sandaran dan idolaku..
Agar aku mudah mententeramkan diri ini..
dengan segera..
dikala sedang bergelumang resah dan gelisa akan jihad ini...


nota kaki:
Semoga doaku dalam hati ini yang ketat-ketat..
dan sungguh-sungguh ini menjadi kenyataan...
Bab jodoh biarlah ianya bersandarkan kepada takdir..
Kerana ia telah pun ditetapkan.. tak perlu mencari..
Maka doa merupakan usaha..

Dear Diary: Producing a thesis is hardwork..

Dear Diary,
I'm almost done my MSc with end stage of writing thesis...
Phrase from book of "Writing Your Thesis" with

"Producing a thesis is hardwork"




Yupsss... I admit it!!!
The hardest part is RESULT and DISCUSSION!!!

Dalam kepala dah mula menghitung berapa wang ringgit Malaysia yang diperlukan untuk menyelesaikan thesis ini...

Yuran exam = RM700 (anggaran)
Editing English = RM300
10 Copies = RM150
tiket ke Penang = RM 50 (anggaran)


Owh my... dana Institute Pengajian Siswazah (IPS) untuk student post graduate, RM500...
Tu pun tak cukup sebenarnya...
Tu pun tak dapat lagi...
Lagi haru... huhu

Semoga dipermudahkan sahaja doa kuat-kuat dan ketat-ketat dalam hati ini... Hukkss...
Sila nanges sampai mata bengkak dan abes sekotak tisu...





Tugas hakiki adalah ini... Kena pulun ilmu sebanyak mungkin...
Then nak prepare viva pulak...
Yang penting...
Pujuk hati...
Jangan mengeluh dan merunggut...
Sebab itu adalah tanda-tanda tidak ikhlas dalam hati untuk berjihad....






Bacaan ilmiah sampingan...
Sampingan lah sangat...
Dah almost separuh buku baca..
Itu bukan sampingan lagi...
Ketagih untuk abeskan namanya...
Macam baca novel...
Hahaha....
Celik je mata terus nak baca buku ni...
Nak pejam mata beradu pun baca buku ni dulu...

Itu dah bukan sampingan lagi yer..
Cik Sweetlife...
Hahaha....


nota kaki:
Yang penting bacaan sampingan adalah untuk masa depan dan
Buku ni pun kena bukak gak :P

Cover line nampak!!!!!

Thursday, March 8, 2012

My name is Dijah...




My name is Dijah...



Saya suka maen angry bird dan tengok upin ipin...
Suka bunga...
Suka benda-benda wangi...


Saya pemalu dan dengan orang yang rapat je saya banyak cakap...
yeahhhh

Tuesday, March 6, 2012

Monday, March 5, 2012

Dear Diary: Another Favourite photo




Dear Diary,

Ini adalah antara my favourite photo... Moment ni adalah sangat natural.. secara tiba-tiba anak kak zila kiss Teo's nose...

Sesegera mungkin saya tangkap gambar.. yeahh!!!






Gambar ni pun my favourite...
Sementara pujuk Sheik untuk bersama saya... Hehe....