SAHABat..
Thursday, August 5, 2010
Tips - Stayback di Lab
InsyaAllah dengan formula plasmid copy number (PCN) ini aku akan siapkan standard curve dari plasmid pET7.1 untuk bahagian absolute quantitative Real-Time PCR pulak. Doakan untuk yang terbaek.. huhu
Siang tadi mood mengemas rumah dan laundry menghantui diri ini. Maka tidak boleh nak paksa diri untuk menghalang mood yang datang. InsyaAllah esok masuk lab..
Kali ini nak bagi tips-tips untuk stayback di Lab jika terpaksa berkerja malam. Lab di sini semua pintu akan dikunci setelah pukul 12 tengah malam. Access card untuk buka pintu-pintu lab akan tidak lagi berfungsi sehinggalah pukul 7 pagi. Hanya access card dari pak guard sahaja yang boleh berfungsi.
Maka sekiranya perkadaran lab work akan selesai setelah pukul 12 tengah malam.. Dinasihatkan inform pak guard supaya anda masih lagi di lab. Selalunya seperti kes-kes selalunya, perlukan bantuan pak guard untuk buka Lab Forensic setelah proses PCR tamat dan ketika itu aku mungkin berada di rumah (terpaksa lah balik ke USM) atau di post grad room.. kerana proses PCR ni paling-paling mengambil masa 2 jam, bergantung kepada berapa cycle dan sample.
Sila telefon Jabatan Keselamatan Kesihatan dahulu untuk maklumkan kepada pak guard.. jika panggilan anda tidak dilayan.. maka jangan lengahkan masa dan risau.. telefon terus ke Kaunter Keselamatan.. boleh beri pesanan dan pak guard di Kaunter Keselamatan akan informkan pak guard yang bertugas.. settle.. woohaaa!!
Owh.. pernah juga telefon no hotline ni dari rumah (guna hp) ade carenyer.. hehe
Kalo tak mahu melibatkan pak guard untuk tolong bukakan pintu lab.. boleh lah buat macam ni.. supaya pintu lab dapat tutup kembali setelah pukul 12.. selamatlah lab.. hehe..
Sekarang anda boleh mulakan kerja lab dengan tenang.. Hanya perlukan mp3 untuk hiburan anda dikala sibuk dengan lab work...
Jika takut.. masukkan lah surah-surah di dalam mp3.. apa-apa hal pun tidak terganggu oleh bunyoi-bunyi pelik.. hohohoho...
Pastikan mp3 anda mempunyai bekalan tenaga yang cukup!! charge!! hahaha.. GOOD LUCK :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jika terpaksa bekerja malam:
ReplyDeletejangan bayangkan benda yg mengengot2 atas lantai
budak kecil di bawah meja
gadis bertenggek atas monitor
hehehehehe..skrg bulan puasa, jgn risau :p
wokeyh... patut baca entry yg ni
ReplyDeletehttp://teranglaginyata.blogspot.com/2010/02/pada-suatu-malam.html
pengalaman ketika berkerja di waktu malam..
serius tak bohong... ni bulan pose...
tips letak kerusi tu, mmg terbaik la..hhe..
ReplyDeletesetakat ni mmg takde lg pengalaman duk akt lab malam2.. D
Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?
duk bertapa di lab boleh dapat inspirasi!
ReplyDelete