Duhai Tuhan,
Jika dengan melepaskan cintaku
maka akan ku memperolehi kewarasanku...
Duhai Tuhan,
Andai mampu aku meminta saat ini...
Duhai Tuhan,
Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku
tanpa sebuah makna
Biarkanlah cintaku tumbuh
Biarkanlah ia semakin merekah dan mekah
Meskipun aku telah layu dan mati...
Kau Yang Terindah + Duhai Tuhan
nota kaki:
Sekarang ni layankan Kau yang terindah...
Adam dan Hawa tak sempat...
Banyak kerja laen...
especially thesis MSc...
lagi pun dah penah baca novelnya... hehe
Duhai Tuhan,
Jika ini adalah aturan hidupku..
Maka aku pasrah dan redha dengan berlapang dada...
Duhai Tuhan,
Jika aku mampu menjalankan tanggungjawab ku sebagai
pelajar sarjana, seorang anak perempuan kepada ibubapaku,
kakak sulung untuk adik-adikku, sahabat sejati untuk sahabat handaiku...
Aku mahu lakukan sebaik mungkin, meskipun aku hanyalah
manusia lemah dan terbatas daya keupayaanku..
Duhai Tuhan,
Jika begini aturan jalan cerita percintaanku...
Maka aku mohon agar kau jodohkan aku
dengan lelaki yang soleh dan beriman..
Meskipun berpacaran itu tiada dalam kamus hidupku...
Duhai Tuhan,
permudahkanlah aku untuk menjalan hidup di duniaMu
yang menjadi hak milikMu yang kekal namun sementara..
maka permudahkanlah lagi akhiratku
yang itulah lah lagi kekal dan nyata...
No comments:
Post a Comment