SAHABat..

Sunday, September 2, 2012

Aturan hidup



Aturan hidup itu indah...
Tuhan dah rancangkan aturan hidup setiap insan dengan elok...


Tuhan tidak akan menguji mahkluknya dengan ujian yang tak
setimpa dengan daya keupayaannya...


Maka, tak perlu risau akan musibah atau masalah yang datang..
Just ingat ALLAH je..
Setiap kali teringat..
Maka ingat ALLAH je...


Banyak kali pesan akan diri sendiri..
Agar face your probs...
Lagi lama tak selesai the probs...
Lagi besarlah probs tu...
Kena face it..
Then you will be free...
Then you can move on...
If not you will stuck in the same road...


Aku ni plak cepat bohsan...
Tak boleh nak duduk lelama dalam satu fasa...
Then, I know how I am...
I can do it...
Lambat ke cepat..
Pasti aku dapat buat gak..
Yupss... my parents pun tahu perangai anak dia camner...
Yang penting sokongan...
Kekadang aku pun tak suka dileteri...
Tahu apa yang patut kena buat...
"Iskk... tahu lah..."
Selalu detik dalam hati yang tak sabar ini...
Padahal kita kena bersabar..
dan redha dengan apa jua ujian ALLAH...


Hmmm... harap tak lama lah kena perap kat Kelantan lagi..
Then, dah dapat green light nak keja or belajar kat mana pun...
Even Sabah pun dah dapat green light...
Senang kan!!! XD
My parents both are really sporting..
Lagi lah dorang suka..
Sebab ada reason nak berjalan dan berjimba katanya.. hehe..
I love you!!! MUAXSSS...

Thursday, August 30, 2012

Kau Yang Terindah + Duhai Tuhan




Duhai Tuhan,
Jika dengan melepaskan cintaku
maka akan ku memperolehi kewarasanku...


Duhai Tuhan,
Andai mampu aku meminta saat ini...


Duhai Tuhan,
Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku
tanpa sebuah makna
Biarkanlah cintaku tumbuh
Biarkanlah ia semakin merekah dan mekah
Meskipun aku telah layu dan mati...
Kau Yang Terindah + Duhai Tuhan


nota kaki: 
Sekarang ni layankan Kau yang terindah...
Adam dan Hawa tak sempat...
Banyak kerja laen...
especially thesis MSc...
lagi pun dah penah baca novelnya... hehe


Duhai Tuhan, 
Jika ini adalah aturan hidupku..
Maka aku pasrah dan redha dengan berlapang dada...

Duhai Tuhan, 
Jika aku mampu menjalankan tanggungjawab ku sebagai 
pelajar sarjana, seorang anak perempuan kepada ibubapaku, 
kakak sulung untuk adik-adikku, sahabat sejati untuk sahabat handaiku...
Aku mahu lakukan sebaik mungkin, meskipun aku hanyalah 
manusia lemah dan terbatas daya keupayaanku..

Duhai Tuhan, 
Jika begini aturan jalan cerita percintaanku...
Maka aku mohon agar kau jodohkan aku
dengan lelaki yang soleh dan beriman..
Meskipun berpacaran itu tiada dalam kamus hidupku...

Duhai Tuhan, 
permudahkanlah aku untuk menjalan hidup di duniaMu 
yang menjadi hak milikMu yang kekal namun sementara..
maka permudahkanlah lagi akhiratku 
yang itulah lah lagi kekal dan nyata...

Wednesday, August 29, 2012

Adiossss~


Adiosss... selamat tinggal...
Semoga diberkati ALLAH...


Selepas habis Msc.
InsyaAllah saya mahukan kehidupan yang lebih baek...
yang lebih terjamin..


Mahukan pekerjaan...
Mahukan kehidupan...


Adiosss....
Good bye...

Apa selepas ini?
Saya tak tahu akan dicampakkan ke negeri mana pulak kali ini...
Jika selepas degree saya membawa diri ke Kelantan Darul Naim...
Kali ini saya sejujurnya tidak pasti...


Bak kata mat salleh..
Just follow the flow...


Yeah.... berbekalkan keazaman yang tinggi dia hati..
Saya akan genggam bara api thesis MSc ini sehingga menjadi abu...
Saya akan siapkan jugak..
tak kira...


Jangan belenggukan diri anda dengan fasa MSc...
Ada banyak lagi yang perlu dilengkapkan...
Pekerjaan..
Perkahwinan..
Keluarga..
Kerjaya..
Masa depan...


Itu semua saya perlu rencana dan rancangan semolek yang mungkin..
ADIOSSS....

Friday, August 24, 2012

Pesanan Rasulullah untuk wanita


"Ya ALLAH...
andai suamiku ini adalah pilihanMU di Arash
berikanlah aku kekuatan untuk terus bersamanya.
Andai suamiku inilah yang akan membimbingku di titianMu
kurniakanlah aku sifat kasih sayang dan redha atas segala
perbuatannya. Andai suamiku ini adalah bidadara untukku
di syurgaMu, limpahkanlah aku dengan sifat tawaduk akan
segala perintahMu. Andai suamiku ini adalah yang terbaik
untukku, peliharalah tingkah lakuku
daripada menyakiti perasaannya.

Tapi Ya ALLAH..
Andai suamiku ini ditakdirkan bukan untukku seorang.
KAU tunjukkanlahku jalan terbaik untuk kuharungi segala
dugaanMu. Andai suamiku tergoda dengan keindahan
duniaMu, limpahkanlah padaku kesabaran untuk terus
membimbingnya. Andai suamiku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan, kurniakanlah kekuatan untuk aku perbetulkan
keadaannya. Andai suamiku mencintai kesesatan, KAU
pandulah aku untuk menariknya dari terus terlena.

Amin, amin, amin Ya Rabbal Allmin...




notakaki:
Doa ini baik untuk diamalkan secara beristiqomah
semoga mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Saya masih menaruh harapan agar dikurniakan jodoh yang terbaik untuk
saya.. mudah-mudahan akan dikurniakan jodoh yang beriman dan hargai saya..
walaupun saya tak pernah couple..

Monday, July 30, 2012

Tentang rasa.. oleh Astrid



Saya tengah anggau dengan lagu ni.. hehe...

Sunday, July 8, 2012

I WISH...


I wish...

1) Dah boleh submit 10 copies tuk thesis
2) Dah boleh send tuk publish paper international.. Hampehnye neurologyasia
sampai lo ni tak de berita dah accept ke nak kena correction ke.. huhu
3) Nak send chapter dalam buku ker...


Ntah... al-quran dah khatam...
tapi thesis tak khatam-khatam lagi...


Huhuhu... tak per... pikir positive...
kejar akhirat.. dunia akan kejar kita...


I WISH NAK BALIK MELAKA SEKARANG JUGAK!!!

Sunday, July 1, 2012

Saya tak nak raya...







Serius... saya tak de mood nak raya..
Rasa macam nak duduk umah je time rasa...
Nak berkurung dalam rumah.. dalam bilik...
Tak nak jumpa orang...
Tak nak jumpa sedara...
Saya nak tak sihat...


Saya sanggup bertungkus lumus buat persiapan..
Bersengkang mata siapkan 300 ketupat..
Berhempas pulas siapkan langsir rumah...
Bertungkus lumus siapkan juadah raya, rendang, urap dan sebagainya...


Tapi saya tak sanggup kalau raya nanti sedara mara...
Mesti akan tanya...
Bila nak kawen?
Bila nak sambung PhD?


Kalau saya senyum je..
Mesti dorang akan respond...
"aik... kita tanya... dia senyum plak"

Rasa macam tak hormat plak... huhu


Kalai jawab takde lagi lah...
Boyfriend pun takde...
Mesti dorang akan jawab...
"Tu lah jual mahal sangat"

Owh... please..
Saya rasa layan je macam biasa semua orang...
Kecuali orang pemalas...
Memang saya akui..
Saya mengaku..
Saya akan kurang respect kepada orang yang pemalas...
Saya akan tak bercakap dengan dia... huhu...
My bad ...T_T....


Mesti akan respond..
"Tu lah... memilih sangat"

Owh my...
Seriously.. I don't know how to react...
Every my respond will not sufficient as their suspected answer
Mesti ada je yang tak kena....


Maka,
Saya tak de mood nak raya...
Saya tak de mood nak layan soklan dorang..
Saya tak de mooh nak jumpa dorang...


Tapi yang penting...
Saya nak balik kampung..
Saya nak jadi anak yang solehah...
lagi lama saya kat kelantan..
rasanyer... lagi banyak saya susahkan mak dan ayah saya...
Saya tak nak zalimi mak dan ayah saya...
Saya nak bantu mereka...
Saya nak melihat mereka dengan mata saya..
Berada di depan saya...
Saya nak mendengar mereka...
Bukan melalui perbualan telepon...
Saya nak peluk mereka..
Saya nak cium mereka...


Yang penting..
Saya tak de mood nak raya..
Belum puasa lagi...