SAHABat..

Tuesday, February 12, 2013

Setiap kali

Bismillahirahmannirahim....





kredit photo Islamic Reflections



Sebenarnya,
setiap kali hujan...
pasti saya akan berdoa... kerana saya tahu hujan itu rahmat...
InsyaAllah dengan rahmat ALLAH iaitu hujan, doa saya akan dimakbulkan...



Sebenarnya,
setiap kali baca yassin...
pasti hati saya rasa sayu dan hiba...
lebih-lebih lagi dapat ujian ALLAH ni..
bertambahlah hiba...



Sebenarnya,
setiap kali nak tido...
sebelum baca doa tido...
pasti saya akan baca al-fatihah dan
sampaikan salam rindu kepada orang yang saya sayang...
supaya saya yang muka tak malu ni...
InsyaAllah akan menjadi kerinduaannya juga...
isk... muka tak malu lah... haha



Sebenarnya,
ketika saya bermusafir...
dalam perjalanan...
InsyaAllah saya akan berdoa dalam hati...
Agar ketika saya bermusafir,
doa saya InsyaAllah akan dimakbulkan oleh ALLAH...



Sebenarnya,
ketika saya bermusafir...
dalam perjalanan...
InsyaAllah ketika berhenti untuk solat...
saya akan solat hajat kemudian
solat fardu...
agar... ketika diri saya yang sedang musafir...
solat hajat dan doa saya insyaAllah akan dimakbulkan...



nota kaki:
Doa tu senjata orang mukmin...
Berdoalah juga adalah penawar hati saya...
oh.. tuhan...

Wednesday, February 6, 2013

Before 30

Bismillahirahmannirahim...

Saya ada pasang anggan-anggan dan cita-cita sebelum usia menjangkau 30 tahun...







1. KERJAYA

Dah mula kerjaya... Sebab sekarang masih sangkut dengan MSc.. PhD apa ntah lagi kan... huhu... Kalau kerjaya pensyarah univesiti.. Confirm-confirmlah kena ada PhD untuk zaman sekarang.. dan nanti kena buat Post Doctoral lah plak... Mak sendiri mengeluh, sebab baru dia tahu selepas PhD ada lagi nak kena belajar iaitu Post Doc.. hahaha...

Belum


2. UMRAH dan HAJI

InsyaAllah bila dah start je keja.. dapat gaji... pertama sekali nak ketepikan untuk perbelanjaan buat umrah... lagi best taja mak dan ayah sekali.. kira hadiah pelancongan untuk mereka... itu pun jika dimurahkan rezeki oleh ALLAH... dan memang nak daftar untuk buat haji... insyaAllah.. orang tua-tua kata, jika dah pasang niat nak buat umrah or haji tu.. insyaAllah akan dipermudahkan.... Memang nak buat umrah dulu... baru lah nak beranggan melancong tempat lain.. haha... kira umrah adalah keutamaan... Tapi sekarang ni, belajar pun tak settle lagi.. huhu... Ya ALLAH....

Belum


3. LOVE

Of course lah nak berrumahtangga... maka saya kena bercinta!! meski pun tak pernah couple.. tapi masih belum terlewat untuk bercinta!!.. betul tak?? heheh

Belum


4. DELIVER BABY

Nak melahirkan anak sebelum cecah umur 30... Maka, of course lah kena kawen dulu... hehe.. sampai sekarang tak tau lah rupa jodoh tu macam mana... haha

Belum


5. RUMAH

Sebelum 30 dah nak start bayar pelaburan rumah (hutang rumah)... sekarang belajar pun tak settle lagi.. .sobsss.. sobsss...

Belum


6. KERETA

Kereta tu adalah keperluan dan bukan pelaburan... tetapi still yet adalah keperluan.. Maka nak ada kereta sendiri.... kereta apa? tak pikir lagi.. haha

Belum


7. HOBI dan BISNES

Ok... my passion sebenarnya adalah balut hadiah.. maka, insyaAllah nak buat bisnes berkaitan dengan tata rias hadiah, kad-kad dan hantaran.. Actually itu adalah passion tapi, ketepikan dulu sebab nak focus benda yang penting iaitu belajar...

Belum


8. BERKUDA

Nak sertai sukan berkuda...

Sudah


9. BERENANG

Kalau boleh setiap minggu akan berenang sebagai senaman...

Sudah


10. MEMANAH

Setelah cuba memanah... best sebenarnya memanah ni... maka nak join memanah...

Sudah


11. MENGAJI

Nak belajar balik tajwid... sebab ilmu tajwid memang boleh dikategorikan lemah.. haha..


12. FLYING FOX

Nak sertai flying fox! dan sukan extreme..

Sudah


13. BUNGEE JUMPING

Sukan extreme bungee jumping kat Japan dan rasa... yang tu 8 tingkat je.... cehhhh... :P
ni nak terjun jambatan plak... hahaahahahha..... giler lah... :P

Sudah


14. BERKAYAK

Huhu.... boleh ke nak berkayak ni... haha

Belum


15. TEROKAI GUA

Sudah!!! Gua Musang.. and sangat lah best.. stamina memang kena ada.. tapi pengalaman adalah sangat bernilai!!

Sudah



Ok... setakat itu dulu.. tak perlu tamak.. yang ada ni pun tak tau tercapai atau tak... haha
Paling best kalo list down kan 30 perkara sebelum umur 30 tahun.. takpe.. yang list kat dalam ni pun komitment yang besar jugak sebenarnya... hehe
InsyaAllah tambah lah lagi tu... haha
Wish me GOOD LUCK.. hehe XOXO :P

Tuesday, February 5, 2013

ALLAH adalah sebaik-baik perancang




Bismillahirahmannirahim…

Semua sedia maklum bahawa manusia hanya mampu merancang dan ALLAH lah yang akan menentukan segala-galanya.
Aku dah belajar akan kata-kata ini,
ada juga mempersoalkan diri ini,
salahkah aku untuk merancang,
sebab untuk menjalani kehidupan kita perlu merancang.
Plan A dan plan B akan direncana untuk jalan selamat jika plan A tidak berjaya…
maka plan B lah akan dilaksanakan..
atau mungkin perlu lebih dari 2 plan untuk melaksanakan misi itu…


Ada juga persoalkan diri sendiri, salah kah aku merancang?
Aku perlu merancang akan kehidupan aku,
supaya aku dapat peroleh kejayaan…
tapi apabila rancangan aku tu tidak dapat dilaksanakan,
maka kecewa dan pasrah lah akan ditelan..


Ya Allah, sesungguhnya kau lah sebaik-baik perancang…
dan aku mohon kepadaMu agar kau rancangkanlah perkara yang terbaik untuk hambaMu yang hina dan kerdil ini…
aku merayu kepadaMu agar kau permudahkanlah urusan ku di bumi Kelantan ini…
kau permudahkanlah jalan jihad ku untuk peroleh segulung master…
janganlah kau persia-siakan usahaku di Kelantan ini…
kau murahkanlah rezekiku…


Ya Allah, bahawasnya kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu, dan
perlindungan itu perlindungaMu...


Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit,
turunkanlah dan jika ada di dalam bumi keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah.


Keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu
Limpahkanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh


Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan
gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi 120 kebaikan..


Amen





nota kaki: pendek citer, kembali kepada ALLAH jika diuji oleh ALLAH..
kerana setiap ujian dan cabaran itu adalah dari ALLAH...

Archery tu memanah



Alhamdulillah dapat gak akhirnya merasa sukan memanah ni...
Baru kali pertama memanah.. skor sasaran yang kena jangan tanya.. hehe....
Budak baru belajar memanglah banyak yang tersasar.. tapi ada je yang kena...


Jika kita nak beriadah sukan secara Rasulullah s.a.w adalah, berenang, berkuda, berlari, bergusti dan memanah...
dan kebaikan sukan memanah ini adalah...


Memanah

Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian.
Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.
Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).”

Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?”
Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.”
Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

.
Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran.
Memanah sangat menitik beratkan body balancing.
Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar.
Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

sumber: Kenapa perlu belajar berkuda, berenang dan memanah?


So.... berenang dan belajar... memanah dah tau kat mana tempatnya.. hehe... sekarang berkuda plak.. pernah lah merasa berkuda ni... tapi alangkah seronoknyer jika seperti Tun Dr Mahathir.. di mana.. setiap pagi.. dia akan berkuda... jadual harian beliau adalah bermula pada seawal 5.00 pagi.. kagum dengan stamina akal dan badan beliau.. sangat smart!!!

InsyaAllah

Wednesday, January 30, 2013

Apabila lelaki....




Lelaki tu kalau dah suka kat seorang perempuan...
dia akan berusaha untuk tahu apa yang perempuan tu suka dan tak suka...

Jika lelaki tu tak pandai nak pujuk perempuan..
dia akan belajar macam mana nak pujuk perempuan...


Yang penting dia akan berusaha dan cuba belajar...

Wednesday, January 9, 2013

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita




Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat
anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang
kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan
anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa.
Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada
di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan
akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran
yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun
ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga
dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung
dengan mereka

Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri
dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan
tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda. Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda. :)

Friday, January 4, 2013

CINTA ALLAH



Kalau kita nak tagih cinta dari manusia memang tak layak kan...
saper lah kita nak menagih cinta kepada manusia..
muka tak lawa..
hidung tak mancung...
pipi.. tak de lesung pipit?? ehh... aku ada!! haha....


Maka adalah lebih baik kita tagih cinta kepada ALLAH...
kadang-kadang..
bila kita diduga dengan ujian ALLAH..
kita bersedih...
tak tahu mana silapnyer...
naper semua ni berlaku pada diri sendiri..
puas dah nak berfikir secara positive...
puas dah nak yakin akan ALLAH...
puas dah berdoa semoga diberikan semangat..
diteguhkan iman untuk hadapan ujian dan dugaan ALLAH..


hampir separuh giler dibuatnya..
namun, setelah awan redup itu reda..
baru lah nampak jalan...
owh.. ALLAH nak tunjukkan saper aku...
ALLAH nak buktikan saper dia..
ALLAH nak kita belajar agar... BERSABAR.. BERSABAR... dan BERSABAR...


seluruh jiwa kita untuk ALLAH..
seluruh tubuh kita untuk ALLAH..
sehinggakan tahap hujung rambut pun adalah berserah kepada ALLAH...
(ini kata-kata Dr Bad.. thanks Dr...)


Yaa... sampai satu tahap aku mempertikaikan apa silap aku..
dan mana cinta ALLAH kepada aku...
sehingga aku diuji sebegini.. jika aku buat silap pun...
naper aku diuji sebegini...


Maaf Ya ALLAH..
aku mempertikaikannyer.. meskipun aku sedar bahawa..
saper aku nak mempertikaikannyer...
meskipun aku cuba meyakinkan diri untuk bersabar dan yakin akan kuasaMU...


So, pendek citer...
jika ada perkara yang korang tak ingini berlaku..
pertama sekali SABAR..
then kena YAKIN.. bahawa... ALLAH akan bantu...
doa banyak-banyak.. semoga dipermudahkan ALLAH...