SAHABat..

Tuesday, February 5, 2013

Archery tu memanah



Alhamdulillah dapat gak akhirnya merasa sukan memanah ni...
Baru kali pertama memanah.. skor sasaran yang kena jangan tanya.. hehe....
Budak baru belajar memanglah banyak yang tersasar.. tapi ada je yang kena...


Jika kita nak beriadah sukan secara Rasulullah s.a.w adalah, berenang, berkuda, berlari, bergusti dan memanah...
dan kebaikan sukan memanah ini adalah...


Memanah

Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian.
Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.
Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).”

Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?”
Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.”
Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

.
Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran.
Memanah sangat menitik beratkan body balancing.
Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar.
Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

sumber: Kenapa perlu belajar berkuda, berenang dan memanah?


So.... berenang dan belajar... memanah dah tau kat mana tempatnya.. hehe... sekarang berkuda plak.. pernah lah merasa berkuda ni... tapi alangkah seronoknyer jika seperti Tun Dr Mahathir.. di mana.. setiap pagi.. dia akan berkuda... jadual harian beliau adalah bermula pada seawal 5.00 pagi.. kagum dengan stamina akal dan badan beliau.. sangat smart!!!

InsyaAllah

No comments:

Post a Comment