Setakat ni... ni adalah senarai petua yang saya tahu..
1. Bangun pagi... kumur-kumur air suam, selawat atas nabi dalam hati dan telan.
Untuk kesihatan
Enzyme air liur dalam mulut adalah baik untuk badan..
InsyaAllah dapat elak penyakit kencing manis..
Petua orang Jepun
2. Basuh muka dengan air sejuk.
Untuk seri muka.
Agar tidak berminyak dan dapat elakkan jerawat.
Makcik jurusolek yang ajar. Dan muka dia memang takde masalah pun tengok.. ngehhh.. ngehhh....
Petua orang Melayu
3. Mandi sebelum subuh.
Untuk kuruskan badan.
Dengan kedinginan waktu pagi sebelum subuh akan membakar lemak badan.
Jangan mandi tengah malam. Peparu berairlah plak nanti.
Petua orang melayu
4. Basahkan baju tidur dan lap muka keatas sambil selawat atas nabi dalam hati. Ulang lap sebanyak 3 kali.
Untuk muka awet muda.
Ada makcik ajar petua ni.. Dan muka dia memang nampak 10 tahun mudalah dari usia dia sebenarnya.
Petua orang Melayu
5. Buka tingkap rumah ketika awal hari. Subuh.
Untuk rezeki senang masuk.
Ni arwah nenek yang ajar. Memang langit gelap lagi. Awal subuh dah buka tingkap rumah.
Cuma musykil sikit, sebab nyamuk aedes aktif waktu subuh. InsyaAllah takde apa-apa kot.
Sebab early bird get more worms... hehe...
Petua orang Melayu
6. After solat subuh. Baca Al-Mathurat untuk siang hari dan Surah Yassin.
Amalan zikir harian.
7. Jangan tido selepas solat subuh.
Takut rezeki susah nak masuk.
So, buatlah apa yang patut.
Baca majalah ke..
Kemas rumah ke...
Buat breakfast ke... haha...
8. Solat Dhuha (8.00 hingga 11.00 am)
Amalan solat sunat agar dimurahkan rezeki
dipermudahkan urusan, jika tidak di dunia
InsyaAllah di akhirat.. Amin...
9. Bacaan Manzil. Selesai solat Dhuha..
InsyaAllah dapat elakkan dari perkara-perkara yang buruk.
Seperti sihir. Nauzubillahiminzalik.
10. Makan buah dahulu. Baru makan makanan berat.
Sunah nabi.
11. Jangan makan selang seli dengan minum.
Nanti perut buncit.
Minum selepas lebih kurang setengah jam setelah makan.
12. Banyakkan minum air suam berbanding air manis.
Lagi pun dapat jimat aper? hehehe....
Air suam free maaa.... haha
13. Jangan mandi setelah makan.
Nanti perut buncit.
Sebab perut sedang panas untuk cerna makanan...
Kalau boleh mandi dulu, kemudian makan.
Atau pun setelah sejam makan ke, then baru mandi..
14. Mandi jangan telanjang.
Kesian kat malaikat kiri dan kanan.... hehe
Paling simple pun pakai boxer pun ok aper.. hehe
Selain kain..
15. Mandi dengan limau purut.
Gesekkan pada ketiak...
Untuk kurangkan bau badan...
Atau pun guna kepala lutut pun boleh...
Tapi lagi suka limau purut...
Ada bau... hehe
16. Sikat rambut mulakan dengan belah kanan.
Sunah Nabi.
17. Sarung kasut dengan kaki kanan.
Sunah Nabi.
18. Sebelum masuk rumah. Bagi salam dan masuk dengan kaki kanan.
Sunah Nabi
19. Jika masak nasi. Ketika kosek beras.
Selawat atas nabi sebanyak 3 kali.
Supaya makanan tu ada keberkatan untuk ahli keluarga.
Supaya anak pandai.
Ni mak ngah yang ajar.. hehe...
20. Ehh... bila nak sediakan makanan dan memasak..
Selalu selawat atas nabi lah senang!
Hahahhaha...
InsyaAllah masakan sedap.. tu yang penting..
Ni kata hati... sendiri yang kata... haha
22. Sebelum tido.
Minum setenguk air suam sambil selawat atas nabi sebanyak 3 kali.
23. Sebelum tido. Berwuduk.
dan baca 3 Qul. Sapu seluruh badan.
Mula dari kepala hinggan ke kaki..
Untuk elakkan sihir.
Ni Ustaz yang ajar... hehe
22. Masa bangun pagi. Bangkit dengan otot perut.
Jangan sokong badan dengan tangan ketika bangun.
Untuk elak perut buncit. Senaman.
23. Kurangkan makan makanan segera.
KFC. Mc Donald. Pizza.
Especially Maggie...
Kalo tak amalkan...
Maka takdelah nak mencarikan... hehe
24. Kurangkan makan nasi. Lebihkan lauk
Untuk kuruskan badan.
25. Banyak bergaul dengan budak dan orang 80 tahun keatas.
26. Jangan sia-siakan ibu bapa. Utamakan mereka.
Rebut peluang untuk jaga mereka.
InsyaAllah akan dapat keberkatan!
Macam mana kita layan ibu bapa kita.
Macam tu lah anak-anak akan layan kita.
Tu jelah setakat ni petua yang ada...
Kot ada tambahan ke.. boleh lah respond kat comment..
Hehehe...
Sharing is caring!!!
No comments:
Post a Comment