SAHABat..

Tuesday, February 5, 2013

ALLAH adalah sebaik-baik perancang




Bismillahirahmannirahim…

Semua sedia maklum bahawa manusia hanya mampu merancang dan ALLAH lah yang akan menentukan segala-galanya.
Aku dah belajar akan kata-kata ini,
ada juga mempersoalkan diri ini,
salahkah aku untuk merancang,
sebab untuk menjalani kehidupan kita perlu merancang.
Plan A dan plan B akan direncana untuk jalan selamat jika plan A tidak berjaya…
maka plan B lah akan dilaksanakan..
atau mungkin perlu lebih dari 2 plan untuk melaksanakan misi itu…


Ada juga persoalkan diri sendiri, salah kah aku merancang?
Aku perlu merancang akan kehidupan aku,
supaya aku dapat peroleh kejayaan…
tapi apabila rancangan aku tu tidak dapat dilaksanakan,
maka kecewa dan pasrah lah akan ditelan..


Ya Allah, sesungguhnya kau lah sebaik-baik perancang…
dan aku mohon kepadaMu agar kau rancangkanlah perkara yang terbaik untuk hambaMu yang hina dan kerdil ini…
aku merayu kepadaMu agar kau permudahkanlah urusan ku di bumi Kelantan ini…
kau permudahkanlah jalan jihad ku untuk peroleh segulung master…
janganlah kau persia-siakan usahaku di Kelantan ini…
kau murahkanlah rezekiku…


Ya Allah, bahawasnya kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu, dan
perlindungan itu perlindungaMu...


Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit,
turunkanlah dan jika ada di dalam bumi keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah.


Keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu
Limpahkanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh


Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan
gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi 120 kebaikan..


Amen





nota kaki: pendek citer, kembali kepada ALLAH jika diuji oleh ALLAH..
kerana setiap ujian dan cabaran itu adalah dari ALLAH...

No comments:

Post a Comment