SAHABat..

Friday, February 11, 2011

25 perkara




25 PERKARA TENTANG SAYA

1. Anak sulung dari 5 adik-beradik.

2. Tahun ini saya akan berumur 25 tahun bulan Jun ini.

3. Suka makan benda manis contohnya ice cream cornetto (Blackforest), cake dan coklat.

4. Dulu-dulu pun saya tak suka jadi anak sulung sebab macam terasa sangat beban tanggungjawab itu di bahu ini. Semua pengalaman kena tempohi dulu tanpa ada abang atau kakak yang bagi guideline untuk yang terbaik.

5. Saya seorang yang cepat bohsan.

6. Jika saya rajin maka saya akan sangatlah rajin. Jika saya malas maka saya akan malas.. (malas je bukan sangat malas :P)

7. Dahulu saya pernah anti dan prejudice terhadap warna pink. Tetapi semenjak 4 tahun kebelakangan ini saya tetiba jadi minah pink.. Owh my .....O_o.... nasib baik scutter saya tak pink. Laptop, bag pack, purse warna pink.. Saya tahu apa perasaan orang yang anti dan prejudice pink.. Sila jangan!!! Jika tidak akan jadi seperti saya!! Kena sumpahan puteri pink :P

8. Walaupun sekarang saya dah kena sumpahan puteri pink tetapi warna kegemaran saya adalah hijau kerana warna kegemaran Nabi Muhammad S.A.W dan ungu cream.

9. Ramai beranggapan saya seorang yang garang dan tidak suka berborak tetapi apabila kenal saya mereka rupanya tersalah anggap kerana rupa-rupanya saya amatlah peramah dan tak berhenti bercakap.

10. Saya tidak pernah bercouple kerana bagi saya couple itu tidak penting dan perkahwinan itu adalah lebih penting dari couple.

11. Saya tak suka orang merokok kerana faktor kesihatan tetapi saya mengelakkan dari sikap prejudis terhadap orang yang merokok.

12. Pernah ke luar negara? Saya pernah ke Singapore, Jepun dan Hatnyai (Thailand).

13. Suka berkaraoke dan menyanyi walaupun saya tahu suara tak lah semerdu Datuk Siti Nurhaliza. Jika dalam kereta sesorang hohohohohoooo.. of course saya suka menyanyi :P

14. Saya ada darah campuran Melayu dan Cina.. Tu je kot... Hmmmm.....

15. Saya seorang yang adventurer. Sukakan sesuatu yang mencabar seperti Bungee Jumping (saya dah pernah buat di Jepun), flying fox (dah pernah buat di Melaka).. dan banyak lagi yang saya nak buat!!!

16. Penakut hantu! Dulu masa kecil saya seorang penakut hantu. Tetapi bila dah besar mungkin dah matang dan berani maka saya dah tak takut. Lagi pun selalu kena stayback dalam lab atau post grad room sesorang maka saya tak perlu takut!

17. Saya rasa saya adalah anak ayah. Sebab password email dia ada termasuk nama saya. Dan ramai orang kata rupa saya macam ayah. Mesti dulu dia amat happy anak pertama wajah dia!!! :P

18. Saya suka baby.

19. Saya tak sangat bersosial. Di kampung halaman pun orang kampung tak kenal saya sangat padahal ayah saya 1 kampung kenal. Sebut je cikgu sumer tahu siapa!

20. Suka tengok gaun pengantin.. Tapi sumer seksi-seksi :( macam mana saya nak pakai nanti.. huhu

21. Saya suka tinggal di kampung jika dibandingkan dengan bandar terutama jika apartment sebab saya suka ketenangan dan kedamaian.

22. Walaupun saya suka kampung tapi saya suka hiasan dalaman urban.

23. Suka akan photography tapi belum mampu untuk beli DSLR. Camera pun belum mampu nak beli lagi.. Huhuhu

24. Favourite subject saya adalah Add Math sebab itulah saya buat part time ajar tuisyen Add Math sahaja.. tak perlu ulangkaji

25. Fuuhhh.... finally last list.. Hmmmmm... Saya... saya... saya sayang keluarga saya... hehehe...


Dah siap! Hee...ni tag sebenarnya...dari Ummu Syuhada.

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."


Erk..kena tag 25 orang pulak??

Saya tag semua la yang baca entry ni! Ngee~


p/s: sape-sape yang rajin buat tag, buat la ye...boleh saya baca :)

6 comments:

  1. akak dtg terjah! hehe..

    anak sulung jugak rupanya ek..geng la kita ^_^. pink fav color akak! ;) err..tapi takde la fanatik sgt dgn warna pink sampai semua benda nak warna pink :p

    ReplyDelete
  2. hehe.. terjah lah hehe...
    saya kena sumpahan puteri pink ni :(
    sampai orang pikir saya minah pink huhu...

    yupsss ...^^... Go SULUNG!!! hehe

    ReplyDelete
  3. dulu time sekolah jalan kaki balik mesti lalu kedai gaun pengantin.. tengok puas-puas then baru sambung perjalanan balik.. hoho.. buang tabiat ....O_o...

    ReplyDelete