SAHABat..

Monday, October 14, 2013

Paramore: Still Into You [OFFICIAL VIDEO]



Abeslah... macam dah melekat kat kepala ni lagu ni...
Abeslah... hehe...

Selamat Hari Raya Korban...
Semoga pergorbanan kalian berbaloi untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat...
Ameeenn....


Bila lah dapat capai cita-cita tunaikan umrah..
then haji plak...
Ya Allah..
Belum dimurahkan rezeki lagi aku ni sebenarnya..
Mengikut perancangan tahun 2013 ni dah dapat dah apa yang diusahahkan..
Then dimurahkan rezeki dapat kerja...
Memang dah pasang niat nak kumpul hasil gaji tuk buat umrah...
Nak ajak mak and ayah sumer...
Kalau boleh nak angkut sekeluarga sekali..
hehe...
mau agak-agak rm7k sekepala...
Tapi belum dimurahkan rezeki..
tak per.. InsyaAllah.. akan datang...
Ameeen....


Ok.. jom layan lagu ni..
Dulu duk layan gak Avril.... Dido... Owhh best tau suara dia....
Sekarang apa citer ekh? hehe


Iskkkk... banyak lagi lah...
Dulu time sekolah tak macam budak pompuan yang lain..
Meskipun girls school then kelas sains...
Hampehhh.... tak de nyer nak layan New Boys ke.. KRU ke..
Boy Zone ke... rimas.. hehe...
Rasa gedik... :P
Mesti kalo citer kat member pun dorang tak percaya nyer...
muaaahhh... muahhh... muahhh...


Layan rock and pop actually...
Jiwang karat memang terus tukar channel radio...
Wokeyh lah tu dari tutup radio terus kan... :P
Haha....


Salam Aidiladha...

Sunday, September 29, 2013

Happy Birthday AYAH



Happy Birthday AYAH..
Semoga diberkati dan dirahmati ALLAH..
Semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat...
Amenn...


Sedihnya sebab tak balik Melaka tuk celebrate birthday ayah..
Takpe... yang penting kasih sayang kat ayah tak pernah kurang.

I love you ayah...
You are the best father that I have..
I don't want ayah yang lain...
Ayah handsome..
Ayah baik...
Ayah kelakar..
Ayah cool...
hehe...


Yang penting ayah saya handsome...
bueeekkkk....
Balik nanti dah peluk cium ayah..
Really miss you..
walaupun almost everyday call him...
Hahaha...

Ayah saya handsome..
sila jealous :P

Rindu Menari Belly Dance



Alamak rindulah pulak nak menari belly dance.
Sekarang ni tengah serabut nak siapkan sumer kerja.
Maka, takde nak pikirkan belly dance.


Sepatutnya, masa tengah kepala serabut patut buat belly dance sekejap.
Pengalaman menari belly dance memang seronok.
Sebab dok asyik bergelek lembut.


Pergerakan perut (abdomen), dada dan tangan adalah paling banyak. 
Menari sambil tengok kat cermin akan rasa puas dan rasa tergoda dengan diri sendiri. 
Yupsss… tergoda dengan diri sendiri. 
Itu adalah di mana tahap self confident level akan tinggi. 
Akan rasa diri ini cantik dan menyebabkan rasa sayang akan diri sendiri.
Bila diri sendiri rasa bahagia.
Sekeliling pun akan rasa bahagia.


Sebab tu lah ada orang kata, 
beauty come from inside...
This is ART OF BEAUTY...
hehe...


Kajian juga telah membuktikan bahawa, dengan menari belly dance dapat mengurangkan tekanan.
Bukan setakat kurangkan berat badan, malah tekanan.
Akan rasa damai dan bahagia.
Abeslah....
Skill gelek mesti dah tak halus...
Kena practice make perfect..
Huhuhu...

Arrgghhh.. nak siapkan kerja cepat-cepat dan nak sambung belly dance dan swimming. 
Ayuhhhh!!!!! 

Friday, August 23, 2013

Road That I Taken


So... I turn left... haha...
Yet will back to right.. fingers cross... fuh... fuh...
haha

Saturday, July 20, 2013

Life is too short




Hidup ini adalah satu proses,
Adakala gembira, bahagia
Adakala berduka, sengsara
Rencah kehidupan itulah akan aku kutip
Satu persatu untuk belajar dan dipanggil sebagai pengalaman






Cinta itu adalah satu proses
Adakala aku bersedia untuk tempuh
Adakala aku tak bersedia untuk lalui
Namun setakat ini aku tak pernah pun berpeluang merasai
Apa itu cinta
Hey…. Yang aku pasti cinta itu pasti bahagia dan adakala menyakitkan..
Mungkin belum tiba masanya…
Aku doakan kau bahagia…
Adalah bahagian aku nanti
Yang penting jangan putus berdoa..
Yakin itu pasti!
Ehhh siapa aku?
Itu hak dia nak memilih kebahagiaan dia..







Berjaya itu adalah nikmat
Yang pasti akan rasa tak sia-sia usaha aku selama ini..
Yang pasti aku mesti ikut resmi padi…
Semakin tinggi semakin tunduk..
InsyaAllah…
Hey.. ada orang lagi berjaya..
Nabi sendiri dah naik ke langit..






Bersabar itu adalah proses matang…
Hikmah sahabat aku kata..
Jangan disebut benda yang kita tak suka..
Takut terkena batang hidung
Penyelesaiannya adalah senyap je..
Bukan diri adalah lemah jika berdiam diri..
Hanya bertindak tidak mudah melenting..
Bila melampaui batas baru akan bersuara…
InsyaAllah ada jalan…






Hidup ini singkat..
Sebab tu akhirat yang perlu dikejar…
Dunia ini sementara je..
Tak perlu nak kejar sangat…
Nak akhirat perlu ada ilmu..
Nak dunia perlu ada ilmu..
Kejar akhirat..
Dunia kejar kita..
Itu pasti!






nota kaki: 
Rat race ni kalo dilayan memang sakit hati.. penat!
Doa tu senjata orang mukmin.. 
yang penting yakin dan kuat iman..
Tanyalah apa khabar iman.. 
adalah bahagian kau nanti.. insyaAllah! Ameen..
Lambat dan cepat je..
Okey ni betul-betul karakter Generasi Y!! 
Haha 



Tuesday, July 16, 2013

Dear Diary: I'm coming home!

dalam flight, kalau nak dapat sit best.. 
cepat-cepatlah check in.. 
dapat duduk kat sayap.. ngah.. ngah...



Bismillahirahmannirahim

Dear Diary,
Lawanya pemandangan dari atas di bumi Malaysia ni...
Time ni dah maghrib..


Setiap kali balik Melaka dari Kelantan..
Memang akan sentiasa berdoa dan berhajat...
InsyaAllah doa sedang musafir akan dimakbulkan...
Walaupun lambat atau cepat doa itu dimakbulkan ALLAH...
Yang penting kena yakin dan positif...
Ya ALLAH hai... ....T_T....
Nak stay istiqomah positif tu yang mencabar sebenarnya... hehe
Takpe.. time macam ni lah akan belajar untuk stay positif dan menjadi
lebih kuat dan sihat.. hehe


Tak sabar nak balik lagi tuk raya nanti..
InsyaAllah time tu dah hampir siap keja..



time kecik-kecik selalu main dengan ayah macam ni..
ohh.. i love my ayah... hehe


Friday, July 12, 2013

Dear Diary: Dari Tanah, Kembali Kepada Tanah

Bismillah hir rah man nir rahim.

Dear Diary,


Sepupu lelaki menyelesaikan pengembumiaan



Innalillahirajiun...
Pak Long saya meninggal pada pagi Jumaat 12 Julai 2013 bersamaan 3 Ramadhan 1434H.
Alhamdulillah, urusan jenazah selesai setelah solat Jumaat.


Arwah meninggal pada hari Jumaat yang pertama di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Huhu... Al-Fatihah.


Sebenarnya itu lah impian saya, 
Meninggal pada hari Jumaat dan bulan Ramadhan...


Sesungguhnya, 
kelahiran, jodoh dan ajal tu kan telah ditetapkan oleh ALLAH.


Saya dilahirkan pada hari Jumaat. Alhamdulillah...
InsyaAllah, kalau jodoh saya sampai.. 
Kalau boleh nak diijabkabulkan pada hari Jumaat juga..
InsyaAllah, jika diizinkan dan telah ditetapkan ALLAH..
Ajal saya pun nak pada hari Jumaat dan di bulan Ramadhan..


Sesungguhnya dari tanah kita diciptakan dan 
kepada tanah lah kita dikembalikan..


Sesungguhnya dunia yang fana ini adalah sementara
Akhirat jua lah yang kekal abadi.



Bacaan Talkin (Sumber)


Ketika bacaan talkin diadakan

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam danbinasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, 
malahan solah lima waktu, 
puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. 
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, 
bahawa senya mati ini adalah benar, 
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, 
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, 
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, 
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, 
minum di kolam air nabi adalah benar, 
ada syurga dan neraka adalah benar.


Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za
iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.”

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. 

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang yang beriman.




Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di
dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:

” Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Monday, July 8, 2013

Ajihs Nasi Lemak

Dinner dengan nasi lemak..
Alamak... haha banyak lah kalori ambik ni...
Makan nasi lemak waktu malam?
Sebenarnya adalah menu yang tak sihat makan nasi lemak waktu malam...
Nasib baik.. whole day memang tak makan nasi lagi...
Maka... boleh lah enjoy nasi lemak 
tanpa bersalah.. haha




Macam mana kalo makan nasi lemak dengan rasa bersalah?
hahahaha...
Kena work out lah..
Buang balik kalori 
Buka balik video Zumba...
Pergi swimming balik..
Attend Belly dance balik...
Kena lah jogging kat USM balik...
Hahhaa....




Ajihs nasi lemak ni popular lah juga...
Sebab pemain bola sepak Kelantan...
Iaitu Piya.. Tak silap dia dah jadi Kapten kot..
Ntah.. tak sure.. tak sure.. haha...


Tapi Piya ni pernah kena kad kuning sebab
setelah menjaringkan gol dan cepat-cepat dia buka
jersi ada T-shirt tulis "Ajis Nasi Lemak" kat depan kamera...
Hahaha... marketing percuma tu!
Satu Malaysia dah tau "Ajis Nasi Lemak"
Hahaha...
Piya... Piya... (geleng paler XP)


Before this,
Kedai Ajihs Nasi Lemak ni memang ada jual nasi lemak
tapi masa tu tak de nama pun Ajihs Nasi Lemak..
Then, ada muaalaf lelaki cina
buat masakan panas...
Nasi goreng dia memang sedap!
Masakan cina...
Memang sedap!
Malah lebih sedap dari Nasi Lemak tu....


Tapi bila nak adakan Ajihs Nasi Lemak ni...
Muaalaf tu pindah kedai sebelah..
Malangnya, sekarang ni dah tak de..
Saya tak tau citer muaalaf tu sekarang..
Pindah kedai mana pun tak tau..



Tapi kedai Ajihs Nasi Lemak ni..
Adalah tempat lepak para peminat bola sepak Kelantan
tuk berkumpul dan saksikan perlawanan di layar putih...
Memang akan full house...
Saya tak pernah lah join sekali...
Lalu je..
Setakat ni tengok game bola pun kat TV...
Masuk stadium 2 kali dah..
haha...
tu pun dah 1 achievement bagi saya...
Sebab berpeluang tonton bola dalam stadium..
Hehe... ...><....

Sunday, July 7, 2013

Dear Diary: ALLAH's Plans better



Bismillahhirahmannirahim, 

Dear Diary..
Yup... Kita boleh merancang dan jangan lupa ALLAH lah yang menentukan...


Dapat call dari Kementerian Belia dan Sukan.. 
Dan berjaya dalam pemohonan Program Fello Perdana..
Dan paling best adalah saya akan diletakkan di dalam MOSTI..
Ministry of Science, Technology and Innovation...


Ya ALLAH... 
tak sangkalah plak kan..
resume and karangan mengenai dasar-dasar kerajaan tidak melebihi 500 patah perkataan tu
dapat menarik minat...
buat karangan tu pun tak sampai sejam je..
then cepat-cepat send...
Arggkkhhhhh....
Punyalah tak semangat sebenarnya...
Isi karangan pun bagi akak PhD baca...
hanya surface je yang disentuh...
Dasar pendidikan..
Dasar penyelidikan..
Dasar ekonomi je...
Hehheeeee...


Langsung takde unsur transformasi dan 1 Malaysia tu...
Malangnya, bagi pihak saya tak dapat...
Huhu...
sebab jihad ni masih tak selesai lagi...




Takpe... kali ini punya lobak mesti susah sikit nak cabut...
Tu yang payah sikit...
Haha...
Kalau ikutkan hati nak je lapor diri Isnin ni kat KL...
Then training bulan 9 ni..
Tak silap program ni selama 6 bulan..
Saya akan diberi mentor iaitu menteri...
dan berkerjasama dengan Perdana Menteri dan Timbalan...
alamak kan best Perdana Menteri tu adalah Tun Dr Mahathir.. huhu
dan paling best under MOSTI...
memanglah excited giler...


Tapi ikut hati nanti mati...
Taknak pulak nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..
Sobsss... sobsss....


Takper.. saya masih boleh tersenyum dan yakinkan hati
bahawa.. jihad ini akan selesai dan rezeki saya akan dimurahkan ALLAH...
Amin....


Owhh... lagi satu saya juga terpaksa tangguhkan 
penyelidikan di IMR... Institute Medical Research
atau pun mungkin terpaksa lepaskan peluang tu...


Takpe... kena senyum!
dan yakin akan dimurahkan rezeki...
InsyaAllah...


Walaupun dok merunggut kat blog 
tentang research.. 
haha sebab saya tak nak semakkan hati dan telinga orang lain XP
tapi percayalah saya tetap berminat nak buat research...


Bukan sebab 'mata kail' saya dah cukup panjang untuk selami lautan research ni..
Tak... tak...
'mata kail' saya memang tak akan panjang dan cukup untuk lautan research ni..
saya memang banyak lagi nak kena belajar...
tapi sudut hati saya mengatakan 
"Nak buat lagi research" 
hehe...








Friday, July 5, 2013

Babies and Me

Haha...
Baby sangat comei ok...
Even sumer baby adalah comei..
Tak kira lah dah besar nnti..
Baby tu akan jadi jejaka yang kacak.. or not..
Baby tu akan jadi gadis yang jelita.. or not...
Tapi yang penting kesemua baby yang dilahirkan adalah comei...




Dengan Qayyum...
Owhh.. sekarang Qayyum dah besar dan dah jadi abang...
Adiknya Uwais...
Sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi adik Uwais...
Huhu...
Tengok gambar kat FB maknya jer...
Huhu...
Harap-harap.. raya ni adalah rezeki nak jumpa Qayyum dan Uwais...



Si Syeikh...
Syiekh pun dah besar dan dah jadi abang...
Adiknya namanya Imam...
Cepatnya masa berlalu... 
Huhu





Dapat jumpa anak Sue pun bernasib baik...
Bergegas dari majlis Family Day di hotel...
Cepat-cepat cari rumah mertua Sue...
Alhamdulillah... dapat juga jumpa Sue and baby Ahmad Khairy Putra...
Nama boleh jadi pemain bola sepak...
Hehe...





Adib pun dah besar dan dah jadi abang...
Adiknya nama Ainur Husna..
Sampai sekarang tak jumpa lagi.. 
Hehe...




Yang ni adalah paling latest..
Umar masih kecil lagi..
Umminya belum sedia lagi nak tambah.. hehe...
Bersama ummi dan Umar.. hehe




Maka.. kita buli ramai-ramai Umar...
haha...
Epiknya muka Umar...
terkejut ekh kat belakang serang Umar...

Ehhh... kenapa sumer gambar dengan baby lelaki?
Sebenarnya kebetulan je...
Huhu...
Or.. sekarang ni populasi baby lelaki dah meningkat berbanding perempuan?
Erkkk...

Ameera

Comelkan ameera ni?
Umur 5 tahun...
Sekolah tadika JAIM..
Masih belum mahir dengan ABC...
Hmmm... jawi.. alif.. ba.. ta.. semua 
mungkin lebih mahir dari rumi...
hehe...



Datang kenduri pak teh sempena rumah baru beliau...
Saya jadi driver untuk datuk dan nenek..
Owh.. termasuk kak tri (pembantu rumah)
Sampai-sampai... sebab bawa orang VVIP kan..
boleh lah dapat parking dalam...
Kejap je pun... hehe...
Sekali nampak Ameera..


Ya Allah...
Comeinya dia.. berbaju kurung dan berhijab..
Sibuk main di halaman...
Keletah pun keletah juga...




Puas dia bermain..
Ajak makan bersama...
Sambil suapkan karipap dan bihun goreng...
Pikirkan budak Ameera ni susah nak rapat..
Tapi tak... 
hehe...
senang je...
umpan? 
Makanan lah... hehe....




Puas main dengan Ameera..
Bila dah nak balik..
Ameera pesan...
"Esok akak datang lagi ekkhh...."
Haha...
tak puas main lah tu.. Hehe...
Tak tahu bila dapat jumpa Ameera lagi...
Comei!


Sunday, June 30, 2013

Take what you need



Which is the most important thing that you need in your life?
Definitely all of those items.. 

One of my friend pick 'Peace'
How about you?


  
The most important don't worry... just be happy ...^^...
As my sister give me a quote that

"worrying is like a rocking chair, it keeps u busy but gets u nowhere."



And my mom, once mention this 



nota kaki:
move on!
chayook!
after this you will miss this chaos life..
Hahaha..
lagi pun sekarang ni berada dalam jihad ALLAH




Friday, June 21, 2013

Dear Diary: My life





Bismillahhirahmannirahim...

Dear diary,
Ni lah saya hari-hari...
Haha...
Kecuali pokok yang diabaikan tu digantikan dengan ikan laga...
Diberi nama Saladdin...
Dah arwah dah pun... huhu

Sebabnya... diabaikan (neglected) lah... haha


Kejap writing kat Post Grad Room...
Kejap writing kat rumah...

Dulu pernah writing kat Library...
Kekadang nak tukar mood...
Even balik kampung, Melaka... pun ada..
Sebabnya nak dapat mood tu....


Dan pizza tu digantikan dengan biskut...
Sebabnyer bila dah menghadap kerja memang sah-sah dah malas nak 
keluar cari makan...
Unless kalo ada kawan ajak makan...
Haha...





Actually, based on my past experience... 
At the beginning of installing your mood writing will be a bit difficult...





Then.. might be after a week if you remain the momentum only then you will get the mood..
Apalah susah sangatkan?





Dulu time undergrad.. tulis thesis tu seminggu je...
Supervisor check pun 2 kali je...
Mudah bukan?
Tapi sekarang ni jangan haraplah...
Part Discussion pun mau sebulan...
Kalau hang hebat lah...
Haha...
Kalo boleh buat less than then...
Memang ohsem! ...><...









Tapi tak adil lah jika nak banding-bandingkan masa undergrad dan postgrad ni...
Cabaran dan dugaannya pun berbeza...
Haha... memang berbeza pun...
Malah cabaran sambung belajar oleh orang lain pun berbeza-beza..
Ada yang diuji dengan keluarga... Mana-mana yang sudah berkeluarga... 
Ada yang diuji dengan kewangan.. Mana-mana yang masih tak dapat scholar...
Ada yang diuji dengan kesihatan.. Ada yang terpaksa quit sebab kesihatan tidak mengizinkan..
Ada yang diuji dengan progress research.... Masih susah nak dapat data atau research tu tak berjaya...
Sebenarnya ada banyak lagi....
Tu sumer adalah dugaan...







Awalnya... memang akan rasa...
I can do it!!
Mesti boleh habis kan studies dalam masa kurang 3 tahun...
Tapi percayalah...
If by research.. nasib je dapat abeskan dalam masa kurang 3 tahun...
Bila hadapi pelbagai dugaan dan cobaan..
Mulalah korang akan rasa...
Ahhh... bodohnya...
Ahhh... mampu ker..
Ahhh... bohsannyer...
Even untuk belajar ni sebenarnya bukan setakat...
Smart work..
Hard work..
Intelligent...
Tapi yang paling penting.. NASIB!!!!
Yupss.... NASIB....






Maka...
La Takhaf Wa La Tahzan ... Innallaha ma'ana
Maksudnya... Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati.
Sesungguhnya Allah ada bersama kita..





Maka...
Hanya doalah yang boleh bergantung harap...
Bagi saya.. paling penting adalah doa mak dan ayah...
Alhamdullilah....
Masih ada mak dan ayah...
Doa merekalah yang mustajab..
Even... dengan apa yang dah jadi...
Saya dah maklumkan kat mak..
Akan telan sumer benda... 
Dan berharap usaha tidak disia-siakan oleh ALLAH...
Dipermudahakan.. dan diberikan kesudahan yang baik...
Yang paling penting...


"Ya ALLAH.. kau permudahakanlah urusanku.. jihadku.. kerana ilmu itu adalah milikMu...
dengan izinMu.. janganlah susahkan urusan ku... jangan dipersia-siakan usahaku... dan perolehkanlah kesudahan yang baik... Amin..."





Malah, 
ada individu yang saya hormati juga berpesan akan kata-kata ni...
InsyaAllah istiqomah akan memberikan hasil yang mustahil untuk diperoleh... akan diperolehi...
Amin...






Saya harap.. selepas ini..
Rezeki saya dimurahkan..
Dan dipermudahkan urusan kehidupan...
Amin....