Hidup ini adalah satu proses,
Adakala gembira, bahagia
Adakala berduka, sengsara
Rencah kehidupan itulah akan aku kutip
Satu persatu untuk belajar dan dipanggil sebagai pengalaman
Cinta itu adalah satu proses
Adakala aku bersedia untuk tempuh
Adakala aku tak bersedia untuk lalui
Namun setakat ini aku tak pernah pun berpeluang merasai
Apa itu cinta
Hey…. Yang aku pasti cinta itu pasti bahagia dan adakala
menyakitkan..
Mungkin belum tiba masanya…
Aku doakan kau bahagia…
Adalah bahagian aku nanti
Yang penting jangan putus berdoa..
Yakin itu pasti!
Ehhh siapa aku?
Itu hak dia nak memilih kebahagiaan dia..
Ehhh siapa aku?
Itu hak dia nak memilih kebahagiaan dia..
Berjaya itu adalah nikmat
Yang pasti akan rasa tak sia-sia usaha aku selama ini..
Yang pasti aku mesti ikut resmi padi…
Semakin tinggi semakin tunduk..
InsyaAllah…
Hey.. ada orang lagi berjaya..
Nabi sendiri dah naik ke langit..
Bersabar itu adalah proses matang…
Hikmah sahabat aku kata..
Jangan disebut benda yang kita tak suka..
Takut terkena batang hidung
Penyelesaiannya adalah senyap je..
Bukan diri adalah lemah jika berdiam diri..
Hanya bertindak tidak mudah melenting..
Bila melampaui batas baru akan bersuara…
InsyaAllah ada jalan…
Hidup ini singkat..
Sebab tu akhirat yang perlu dikejar…
Dunia ini sementara je..
Tak perlu nak kejar sangat…
Nak akhirat perlu ada ilmu..
Nak dunia perlu ada ilmu..
Kejar akhirat..
Dunia kejar kita..
Itu pasti!
nota kaki:
Rat race ni kalo dilayan memang sakit hati..
penat!
Doa tu senjata orang mukmin..
yang penting yakin dan kuat
iman..
Tanyalah apa khabar iman..
adalah bahagian kau nanti..
insyaAllah! Ameen..
Lambat dan cepat je..
Okey ni betul-betul karakter Generasi Y!!
Haha
Okey ni betul-betul karakter Generasi Y!!
Haha
nice one! btw, salam Ramadhan, selamat berpuasa :)
ReplyDeleteselamat berpuasa ...^^...
Delete