SAHABat..

Wednesday, June 15, 2011

ANAK

Lirik Lagu Odei Anak – Raihan

Odei anak nokeilah ko idaah
Nasusah mati yama no megentian dika
Odei anak nokeilah ko idaah
Nasusah tomod yamamu minaganak dika

Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya
Ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu

Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi

Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu

Kini kau dewasa, ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakah terbalas segala jasanya
Syurga itu di bawah tapak kakinya

Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa mendoakan hari akhiratmu



Pasti sumer pernah dengar lagu ini..
Penah seketika aku menitiskan air mata tanpa disedari ketika lagu ini berkemundang dari corong radio, tangisan keinsafan akan pergorbanan dan kasih sayang kedua ibu bapaku tanpa belah bahagi terhadap aku.

Sungguh bersyukur keatas Ilahi atas takdir aku dikurniakan keluarga yang sungguh kaya dengan kasih sayang walaupun tidak seberapa hartanya.



Kasih ibu, tiada tandingan dan hingga ke mati..

Tiada tandingannya. Anak bongsu secara automatik akan dikaitkan sebagai anak manja. Jika gelaran dah panggil adik dirumah. Maka secara tidak langsung pasti akan merasa diri ini dibawah yang disayangi dan dikasihi. Paling tidak pun pasti ibu akan memanjakan anak yang bongsu.

Namun anak yang bongsu juga boleh menjadi seseorang yang bertanggungjawab.
Semoga menjadi insan yang cemerlang Khadijah ..^^...

Aku bukan anak bongsu, maka macam tak de feeling nak cerita mengenai anak bongsu. Adik bongsu pun lelaki. Mungkin jika anak bongsu adalah lelaki, pasti akan berpada-pada manjanya jika dibandingkan dengan anak bongsu perempuan... sebab perempuan ini meang semulajadinya manja.




Kasih bapa sampai ke syurga...

Anak sulung secara tak langsung dalam keluarga akan dipanggil sebagai akak atau kakak..

Aku sebagai anak sulung sendiri kena banyak belajar untuk perbaiki diri. Terkadang terego atau terriak dengan adik-adik.. Terkadang tidak matang... Astagfirullah A'lazim... banyak yang kena perbaiki..

Secara tak langsung semua tindakan dan tingkah laku pasti akan diperhatikan bukan sekadar ibu bapa tetapi adik-adik yang lain. Maka kurangkan melakukan kesilapan.
Dan kena berkerja keras untuk menjadi contoh kepada yang bawah-bawah..

Terasa juga untuk mengalas tanggungjawab itu. Ibubapa pun kenalah tolong menegur sekiranya ada yang tidak betul. Ade sesetengah anak sulung akan menjadi garang dan anak kedua memain peranan untuk melayan kerenah adik-adik yang lain.

Molek sungguh jika anak yang sulung boleh menjadi sedikit garang dan pasti adik-adik yang lain 'makan saman' jika ditegur. Tetapi garangnya kenalah berpada-pada. Jika tidak akan kurang disayangi oleh adik-adik yang lain. Adalah lebih elok menjadi anak sulung yang penyayang.

Selamat maju jaya Azkiya' untuk menjadi kakak sulung yang solehah!

2 comments:

  1. sebelum ni duk panggil akak ke? haha. sori. ada FB tak? kalau ada add akak ek :D. err..tapi nnt tinggalkan mesej masa nak invite tu..kang tak kenal akak ignore je. uhuhu..

    FB: Nadiah Sidek

    ReplyDelete
  2. dah add pun :)..
    nnti sy bg msg kat FB.. heee

    ReplyDelete