Emas kelima
MALAS ADALAH TEMAN KEGAGALAN
Tempat yang paling dibangggakan didunia
adalah yang mempunyai penerangan
dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
adalah buku
Aku dah start baca buku Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia..
Baru bab ke lima atau emas ke lima..
hehehe..
Ada pengisian yang ringkas dan tepat..
Orang Kelantan kata "semat molek"..
Remaja generasi kini kata "semat arrr!"..
hahaha...
Tertarik dengan pengisian terakhir untuk bab emas kelima..
"Aku peringatkan agar engkau menjauhi perbuatan maksiat, kerana ia adalah penyebab kesedihan. Khususnya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan oleh perempuan, seperti melihat sesuatu yang diharamkan, mempamerkan kecantikan, berkhalwat dengan orang asing (bukan mahram), melaknat, mencaci dan mengumpat, atau mengingkari hak-hak suami dan tidak mengakui kebaikannya. Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh perempuan kecuali mereka yang mendapatkan rahmat Allah. Takutlah engkau akan kemurkaan Allah. Bertaqwalah kepadaNya, kerana taqwa adalah jaminan kebahagiaanmu dan keredhaanNya atas hati tulusmu."
Memang tak dinafikan aku as perempuan ada pasang surut.. most of the time memang tak perasan.. orang sekeliling lah yang akan perasan akan layanan secara emosi terhadap kawan-kawan. Kalo perasan pun akan senyap most of the time. Karang salah cakap karang.. huhu...
Kemudian, bab ini ada beri tips..
Nasihat sampingan atau bekalan ialah..
Apabila kesusahan datang menerpa diri dan
kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda,
ucapkanlah: Laa Ilaha Illallah...
Maka kesimpulan nyer.. masa pasang surut tuh.. kena banyak mengucap
Laa Ilaha Illallah...
hehe.. peace no war :P
p/s: MALAS ADALAH TEMAN KEGAGALAN.. aku tengah tak sabar menunggu RAJIN akan pasang dan MALAS akan surut dengan segera.. woohaa!!! hahaha
trouble is a fren
ReplyDeleteheal the world
ReplyDelete