SAHABat..

Saturday, April 17, 2010

Peroleh rezeki..

Puaslah dengan rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH kepada anda,
nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia...


Pagi itu aku menscuterkan diri ke Beris untuk kembali mengajar tuisyen setelah sekian lama aku tidak mengajar tuisyen. Barangkali sekitar musim ini adalah ramai cikgu berkursus, maka aku punya peluang untuk mengumpul duit lagi... hehe...


Aishhhh.... tulisan kat white board pun ada sengget hahaha... sebab dah lama tidak mengajar.. tapi alhamdulilah aku tidak kekok pun untuk mengajar kali ini.. 3 kelas sekali gus.. straight untuk subjek History.. Aku cuma bersedia untuk History Form 3 sahaja.. senang ajar Bab 1 mengenai penaklukan Tentera Jepun di Tanah Melayu.. adalah revision aku belajar... haha... mcam aku plak nak exam...


Sekali pagi ini, kena ajar untuk Form 2 jugak.. hahaha.. tak buat revision pun.. Oleh kerana aku lambat 10 minit sebab gerak dari Kubang Kerian pukul 8.15 pagi. Aku ke Pusat Dinamis cawangan Kubang Kerian, kak za (penyelia) yang memaklumkan aku tersalah tempat. Latihan untuk murid-murid pun lewat untuk diphotostate. Maka aku pun kena berfikir cepat untuk melenggahkan pelajar sementara tunggu latihan..
Hohohoho... on the spot ni...


Malam itu aku temankan along ketika dia bertugas di D'Klasik.. aku perhatikan sungguh sibuk.. Aku paham kerja seperti ini, yang memerlukan tenaga. Chayyoookkk along!!


Petikan dari buku "Jangan Bersedih" kali ini ialah:

Kalung Kedua,

Semoga rezeki sedikit yang dapat membahagiakan anda,
bukan rezeki banyak yang menyengsarakan anda...

.....


Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah di pandang,
sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang lain,
dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan
dari satu taman ke taman yang lain.


atau jadilah seperti lebah,
makan dari yang baik
dan mengeluarkan yang baik.
Bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya,
menghisap sari bunga tanpa menyengatnya,
mengeluarkan madu tanpa menyengat,
terbang dengan membawa kecintaan,
dan hinggap dengan membawa kasih-sayang.
Ia mempunayai suara dengungan bagaikan berita gembira dan
suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan,
seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal..


Doaku dalam hati...

'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung kepada-mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepada-Mu dari tekanan hutang dan paksaan orang lain.'

Ini adalah 'Doa Agar Terhindar Dari Hutang Dan Gelisah'
Dimana harap aku dapat siapkan Msc dalam 2 tahun...
agak risau jugak sebenarnya... huhu



menemani along di D'Klasik... chayoookk!!...

2 comments: