SAHABat..

Tuesday, August 31, 2010

Cuti Merdeka!

MERDEKA!! MERDEKA!! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 dan dengan semangat cuti merdeka ini.. hari ini pulun baca buku.. hehehe..




Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri - Burhan Sodiq

Mengambil masa sehari sahaja untuk membaca buku hasil penulisan dari penulis dari Solo Indonesia tambah tido.. tambah tetttt....

Agaknya tersalah beli buku kot.. ...O_o... sebab khas untuk golongan umur 30 tahun ke atas.. tak pe aku punya ilmu lebih dan harap tidak lah tergolong dari kalangan mereka.. arrkhhh...
Ya Allah.. ...><...

Ok next buku!



The Lost Symbol - Dan Brown


Petang pergi SMO (Syarikat Muda Osman) Kubang Kerian, malangnya tutup. Maka alang-alang tengah keluar ni.. tunaikan hajat juga untuk beli buku "Aku Terima Nikahnya" oleh Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali sebagai Abu Saif dan amat popular dengan laman web Saifulislam.com..

Dah lah on the way tetiba ada accident.. polis ada.. orang ramai pun ada..
nampak orang berkerumun dan.. macam rusuhan pun ada.. rupanya ada orang kena belasah... arrkkhhh... takut giler ok.. seram.. ada je dengar ayah cerita.. kalo ada accident orang tu akan kena belasah sebab nak elak dia dari melarikan diri..
serius takut... bila happened depan mata.. terketar kaki ni..

Pagi rabu.. kosmo dah siarkan berita itu... DI SINI!

Tutup cerita tragedi itu..

Naseb baek selak buku "Aku Terima Nikahnya".. rupa-rupanya sumenya ada di laman web saifulislam.com ... hehe.. jimat duet.. maka belilah buku Dan Brown..
woohaa...





Daughter of Fortune - Isabel Allende

Tapi nampak gayanya.. kenalah abeskan buku ni dulu.. sebab pinjam dari Perpustakaan Hmadan Tahir.. Oleh kerana Dan Brown ku beli.. maka tak de tarikh pulang..

So Mari Membaca!!

Saturday, August 28, 2010

Bersabarlah wahai hati




" agaknya.. kalo saya balik melaka... pasti ada motivasi tuk teruskan hidup ini...
bersabarlah wahai hati.."




itulah status ku pada FB petang ini..
dan Alhamdullilah mendapat respond dari rakan-rakan dan adik mendapat mengubati hati ini yang perlukan motivasi untuk meneruskan hari-hari yang mendatang di bumi Darul Naim ini..



Punya sokongan dan doa restu dari ibu dan ayah pasti aku tak mampu untuk mempersia-siakan usaha mereka mempercayai terhadap diriku.. Masakan mereka mampu untuk percaya akan kebolehan diri yang kerdil ini manakala aku tidak?



Wahai hati.. jangan lah begitu lara dan perlulah yakin akan orang yang berusaha gigih tanpa menoleh ke belakang pasti akan berjaya. Pedulikan apa yang telah berlaku, kerana masih ada lagi insan yang percaya akan dirimu. Terima kasih PM Dr S kerana masih percaya akan diri ini dan membela akan nasib ku yang nyaris di hujung tanduk satu ketika dahulu.



Berjauhan dari keluarga telah aku bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum berada di bumi Darul Naim. Yakin akan belajar berdikari dan hanya untuk mencapai cita-cita ku.



Ya Allah.. kau teruskan lah pujuk hati ku ini..
Doa restu ibulah yang paling mujarab..
Kasih seorang ayah lah yang paling aku rindui..



Yaa... satu petang yang damai
aku cuba menelefon ayah seharian..
dua kali dijawab.. dan mengatakan ayah masih sibuk bermesyuarat..
hujung petang barulah ayah lapang untuk menelefon ku balik..


"Ayah.. akak rindu ayah.. ayah tak rindu akak ker?"


tu sahaja yang kuat di memori ku..
menyampaikan apa yang terbuku di dada tanpa selindung..

Wednesday, August 25, 2010

TerangLagiNyata

Saya masih tidak dapat menterjemahkan hasil kajian saya secara scientific kepada SV saya...
Sangat sedeyh...
Harap pada satu hari nanti mampu dan dapat buktikan yang saya boleh terjemahkan hasil kajian saya secara scientific...
Senang je... Dengan membaca yang banyak dari journals dan buku...
Secara theory.. practice make prefect...

TerangLagiNyata..

Bakar otak..




Ok.. mari bakar otak :)

Soalannya mudah sahaja..

Terdapat bangunan tinggi iaitu 35 tingkat..

Anda ditugaskan untuk mengenal pasti yang mana satu suiz untuk mentol yang berada di tingkat 35..

Kenal pasti suiz (A @ B @ C) untuk mentol (1 @ 2 @ 3).

Adakah suiz A untuk mentol 1 atau mentol 2 atau mentol 3..

Syaratnya adalah anda hanya boleh naik ke tingkat 35 sekali sahaja..

Selamat mencuba! :D

Tuesday, August 24, 2010

Masak..




Arwah nenek selalu bising..
"Akak kena belajar masak..
nenek dulu kecik-kecik dah kena masak...
sumer masakan dah tahu..
ni dah 12 tahun pun tak tahu nak masak..
Orang zaman nenek.. tak leh kawen kalo tak tahu masak"


Mak selalu pesan...
"Akak kena masak...
mak dulu 12 tahun dah tahu masak banyak lauk..
Nenek ko dulu, selalu paksa anak-anak dia masak..
Tu yang mak tahu masak...


Akibat dimotivasi (brainwash) oleh orang yang
lebih makan garam dari aku ni.. mak dan arwah nenek..
Dan selalu je kena paksa belajar masak...
Akhirnya dari paksa dan terpaksa..
aku tahu nak masak..


Tapi duduk kat kelantan ni..
memang tak masak langsung..
Naseb mak dan arwah nenek tak de..
hehehehhe

Thursday, August 5, 2010

Tips - Stayback di Lab




InsyaAllah dengan formula plasmid copy number (PCN) ini aku akan siapkan standard curve dari plasmid pET7.1 untuk bahagian absolute quantitative Real-Time PCR pulak. Doakan untuk yang terbaek.. huhu


Siang tadi mood mengemas rumah dan laundry menghantui diri ini. Maka tidak boleh nak paksa diri untuk menghalang mood yang datang. InsyaAllah esok masuk lab..


Kali ini nak bagi tips-tips untuk stayback di Lab jika terpaksa berkerja malam. Lab di sini semua pintu akan dikunci setelah pukul 12 tengah malam. Access card untuk buka pintu-pintu lab akan tidak lagi berfungsi sehinggalah pukul 7 pagi. Hanya access card dari pak guard sahaja yang boleh berfungsi.





Maka sekiranya perkadaran lab work akan selesai setelah pukul 12 tengah malam.. Dinasihatkan inform pak guard supaya anda masih lagi di lab. Selalunya seperti kes-kes selalunya, perlukan bantuan pak guard untuk buka Lab Forensic setelah proses PCR tamat dan ketika itu aku mungkin berada di rumah (terpaksa lah balik ke USM) atau di post grad room.. kerana proses PCR ni paling-paling mengambil masa 2 jam, bergantung kepada berapa cycle dan sample.







Sila telefon Jabatan Keselamatan Kesihatan dahulu untuk maklumkan kepada pak guard.. jika panggilan anda tidak dilayan.. maka jangan lengahkan masa dan risau.. telefon terus ke Kaunter Keselamatan.. boleh beri pesanan dan pak guard di Kaunter Keselamatan akan informkan pak guard yang bertugas.. settle.. woohaaa!!


Owh.. pernah juga telefon no hotline ni dari rumah (guna hp) ade carenyer.. hehe





Kalo tak mahu melibatkan pak guard untuk tolong bukakan pintu lab.. boleh lah buat macam ni.. supaya pintu lab dapat tutup kembali setelah pukul 12.. selamatlah lab.. hehe..





Sekarang anda boleh mulakan kerja lab dengan tenang.. Hanya perlukan mp3 untuk hiburan anda dikala sibuk dengan lab work...


Jika takut.. masukkan lah surah-surah di dalam mp3.. apa-apa hal pun tidak terganggu oleh bunyoi-bunyi pelik.. hohohoho...


Pastikan mp3 anda mempunyai bekalan tenaga yang cukup!! charge!! hahaha.. GOOD LUCK :D