SAHABat..
Saturday, August 28, 2010
Bersabarlah wahai hati
" agaknya.. kalo saya balik melaka... pasti ada motivasi tuk teruskan hidup ini...
bersabarlah wahai hati.."
itulah status ku pada FB petang ini..
dan Alhamdullilah mendapat respond dari rakan-rakan dan adik mendapat mengubati hati ini yang perlukan motivasi untuk meneruskan hari-hari yang mendatang di bumi Darul Naim ini..
Punya sokongan dan doa restu dari ibu dan ayah pasti aku tak mampu untuk mempersia-siakan usaha mereka mempercayai terhadap diriku.. Masakan mereka mampu untuk percaya akan kebolehan diri yang kerdil ini manakala aku tidak?
Wahai hati.. jangan lah begitu lara dan perlulah yakin akan orang yang berusaha gigih tanpa menoleh ke belakang pasti akan berjaya. Pedulikan apa yang telah berlaku, kerana masih ada lagi insan yang percaya akan dirimu. Terima kasih PM Dr S kerana masih percaya akan diri ini dan membela akan nasib ku yang nyaris di hujung tanduk satu ketika dahulu.
Berjauhan dari keluarga telah aku bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum berada di bumi Darul Naim. Yakin akan belajar berdikari dan hanya untuk mencapai cita-cita ku.
Ya Allah.. kau teruskan lah pujuk hati ku ini..
Doa restu ibulah yang paling mujarab..
Kasih seorang ayah lah yang paling aku rindui..
Yaa... satu petang yang damai
aku cuba menelefon ayah seharian..
dua kali dijawab.. dan mengatakan ayah masih sibuk bermesyuarat..
hujung petang barulah ayah lapang untuk menelefon ku balik..
"Ayah.. akak rindu ayah.. ayah tak rindu akak ker?"
tu sahaja yang kuat di memori ku..
menyampaikan apa yang terbuku di dada tanpa selindung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rindu-rinduan biasalah, resam org yang saling mengasihi bila berjauhan :)
ReplyDelete