Oleh kerana mood tido lewat malam semalam.. balik dari mengajar budak Form 5 untuk subjek Add Math yang bulan depan dah nak SPM... maka sepatutnya mengajar selama 2 jam dah jadi 2 jam setengah.. huhu... pukul 11 malam baru nak kuar umah student ....T_T...
Dah lah jauh nun di Telipot.. menscuterkan diri selama 10 minit je dari Kubang Kerian ke Telipot.. serius!!! sangat kagum dengan skill-skill saya merempit dengan scooter...
Mau ibunda marah bukan main lagi kalo dia tahu... syuuuhhh mohon rahsiakan...
Akhirnya saya insomnia sebab sudah lepas dari masa tidur, walaupun badan dah letih giler...
Maka arini ini, saya tak buat lab work untuk extraction mRNA dari fresh tissue glioma seperti yang dirancangkan... walaupun telah menanam azam yagn kuat dalam diri.. tapi kalo dah malas.. tu malas lah jugak kan ....T_T...
Akhirnya proses mengeledah Pathology Department untuk mencari tissue block yang berkaitan...
Mula-mula kena lah geledah sumer record kat bilik record... Owh mau bertapa dalam bilik Puan J mencari no lab untuk setiap tissue block...
tu pun tak geledah lagi untuk tahun 2008 dan 2009...
Ciss... cisss... sila bertapa kembali yer dalam bilik itu... tskkkk.... tssskkk....
Nasib kerja dipermudahkan dengan record sebelum ini sehingga tahun 2000...
Actually record ada smpai 1998...
tapi nak buat extraction mRNA dan FFPE (FIxed Formalin Paraffin Embedded Tissue) mesti kurang dari 10 tahun untuk kualitii mRNA tuh...
Kah ambek fakta scientific :P
Kertas di atas tu adalah record saya.. harap maklum sumer record adalah private and confidential.. eheemmmm
Maka pencarian dalam bilik sekecil ini pun diteruskan dengan sabar dan memujuk hati at least ade gak usaha datang USM untuk mencari sample.. Balik kena rujuk balik buku record untuk no lab yang lebih terperinci.. sebab setiap no lab untuk tissue block tu adalah plak bahagian-bahagian.. untuk tidak membazir kits dan masa dan paling penting tenaga... maka sila pastikan tissue block yang mana satu adalah glioma...
Maka usaha lah lagi... tskkk... tskkk...
Okey lah close up sikit.. maka cari lah tissue block tersebut dalam bekas ni.. mengikut no lab... mau menangis penat-penat carik sekali tissue block tak de dalam stock... sebabnya previous orang yang meminjam tak pulang balik.... hukkk...
Maka arini saya berusaha di Pathology Department... wajin owhh student Msc ini...
sila rajinkan lagi diri anda yer tuan punya blog...
p/s: no lab adalah merujuk tissue block (no rujukan) sebab adalah tidak mustahil seorang pesakit mempunyai record lebih dari 1 tissue block...
FFPE (Fixed Formalin Paraffin Embedded) adalah tissue block lah.... nama scientific je tuhh...
No comments:
Post a Comment