SAHABat..

Saturday, July 2, 2011

Cakna Ubat Anda!

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat; DBP, definisi cakna adalah berasal dari perkataan Terengganu yang bermaksud ambil peduli.

Maka arini saya telah mencakna akan ubat-ubatan yang tidak mahu digunakan lagi.. wallaaahhh :D

Hasil kosongkan rumah (saya telah berpindah rumah) maka banyaklah sampah-sarap yang akan dibuang dan termasuklah ubat-ubatan ini.




Jika kitar semula untuk plastik, botol dan kertas..
Hmmmm... sebenarnya ubat juga perlu dilupuskan dengan cara yang betul...
Serahkan sahaja kepada yang pakar untuk proses perlupusan ini... hehe





Di USM, terdapat kempen CAKNA UBAT ANDA! di bahagian farmasi..

Ini merupakan kali ke-2 sebenarnya saya mencakna ubat saya... yeahhh...
pengguna yang bijak**** jeng... jengg... jeng....
ambil bakul masuk sendirik.. haha...




Kali ini gamaknya saya mencakna ubat agak banyak kuantitinya... yeaahhh ...^^...



Akhirnya, dapat cenderahati dari Bahagian Farmasi, beg kecil unggu yang comei!!! ...^^...

No comments:

Post a Comment