SAHABat..

Sunday, September 4, 2011

Perkataan Melaka

Ok...
Bahasa Melaka.. memang tak banyak sangat bezanya dengan bahasa biasa...
Semua orang InsyaAllah boleh paham...
Tak de sangat dialeknya...
Macam Terengganu, Kelantan,Penang kerr.... mahu pun Kedah...


Bahasa Melaka yang popular antaranya ialah...
Besau - Besar
Gambau - Gambar
Luau - Luar

hanya huruf 'R' ditukaukan dengan 'AU'
Senang je...

Tak dinafikan orang Melaka ini percakapannya adalah kasar..
Tapi sebenarnya ikut environment..
Macam saya, environment tak delah kasar sangat...
Dengan kawan-kawan pun tak cakap kasar..
Dengan keluarga pun tak delah cakap kasar...

Selalunya jika nak citer mengenai individu ke-tiga..
akan guna perkataan 'DAK'

contoh ayat:

"Dak along tu semalam dah beli baju... Dak angah citer semalam tak sempat nak beli baju raya plak... ko bila nak beli?"

Terjemahan:
"Along tu semalam dah beli baju... Angah citer semalam tak sempat nak beli baju raya plak... Awak bila nak beli?"


Dak tu umpama macam "SI"
Sebenarnya perkataan "DAK" tu asalnya dari perkataan "BUDAK"..
Maka singkatan akhirnya menjadi "DAK"...





Maka, MerdekaRaya aritu seperti biasa pasti akan ada slot..
Perkataan Bahasa Melaka...
seperti dalam gambau diatas ...^^...

Ada berani untuk meneka maksud perkataan-perkataan ini?

Jawapan:
Memberut - atau juga boleh disebut memerut... maksudnya berak :P
Cengkeram - deposit (bayaran pendahuluan)
Minah Karan - perempuan yang bekerja di kilang
Pepereket - Bomba perkataan asal dari 'fire frigate'
Minispel - majlis bandaraya
Kememeh - lembik... budak yang menngada-ngada.. selalu menangis
Pengkau - bengkok
Keneneng - Jalan dengan kaki tempang..

Okey... itu sahaja dulu..
InsyaAllah akan ada lagi post untuk bahasa Melaka...
Hehee... contohnya..
Mat Kapau...
Keding...
Piukomar...

Ngeehhh ...^^...

3 comments:

  1. hehe... bahasa melaka actually generasi muda ramai tak pakai sgt... boleh blurr lah.. hehe

    ReplyDelete
  2. Kapada yang empunya "GAMBRA... GAMBRA...!!!!", Tahniah untok anda atas kemahiran dan sumbangan yang sedia di lama webpage ini.

    Sejauh ini Saya hanya berkesempatan baca beberapa garis ayat di page ini, dan belum seterus nya, tetapi saya merasa anda mahir dalam perkara yang anda bincangkang.

    SEMOGA anda BERJAYA.... Ameen.

    ReplyDelete