SAHABat..
Tuesday, March 20, 2012
Ada Perbezaannya..
Antara lelaki dengan perempuan ada perbezaannya..
"Si Anis, wanita yang masih single dan mula memikirkan akan pasangan hidup"
"Si Mamat, pemuda yang masih single dan mula memikirkan akan pasangan hidup"
Maka, disini terdapat persamaan antara Anis dan Mamat, iaitu masing-masing single dan sedang mencari akan pasangan hidup...
Maka, sahabat handai pun ada yang membantu untuk memperkenalkan mana-mana rakan mereka yang masih mencari juga... Mungkin, ada kemajuannya...
Namun, tahukah anda mungkin penerimaan Anis tidak seperti Mamat...
Tak tahulah, sebab bak kata pepatah "rambut sama hitam tetapi hati lain-lain"... Anis mungkin sukar untuk terima lelaki yang baru dikenalkan...
Tetapi Mamat, mungkin mudah untuk berkenalan dengan perempuan yang baru dikenali..
Situasi nya sama antara Anis dan Mamat... baru berkenalan dengan orang baru..
Tetapi Anis pasti akan memikirkan banyak perkara akan perkenalan baru itu...
Mamat pula mungkin mudah dan tidak memikir banyak seperti Anis...
Dari persepsi saya sebagai perempuan.. tidak mudah untuk saya menerima orang baru...
lagi-lagi jika pihak sebelah tidak memberi respond.. maka secara automatik bukan salah saya...
Sebagai perempuan, saya lebih selesa dengan orang yang dah lama kenal..
Atau erti pendek cerita.. dia adalah kawan..
Sebab dah kenal baik dan buruk..
Dah tahu apa yang dia tak suka dan suka..
Kelemahannya.. Kelebihannya..
Walaupun sedikit..
Tetapi di sekeliling saya ini...
Rata-rata... kawan-kawan lelaki adalah mudah untuk menerima orang baru..
Saya pun tak paham kenapa mereka agak begitu mudah untuk menerima..
Meskipun hanya dengar dari pihak orang tengah...
Personality seseorang itukan amatlah subjektif..
Setiap orang ada pendapat yang berbeza-beza..
Jika dengar dari pihak orang tengah...
Sudah semestinya akan bercerita akan perkara yang baik-baik...
untuk meningkatkan kebarangkalian hasil perkenalan rakan dia itu diterima..
dan settle keja orang tengah...
Secara jujur...
Kalo nak memperkenalkan seseorang kepada saya..
Bagilah peluang... masa.. ruang...
dan saya lebih suka ianya bermula dari perkenalan sebagai sahabat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment