SAHABat..

Wednesday, May 30, 2012

Demam

Bulan Mei ni dah 2 kali demam...
Yuppsss... semenjak duduk kelantan paling kurang pun
2 bulan sekali pasti akan demam...
tak tahu kenapa...
badan macam jadi cap ayam...
lembik je...
tak bermaya...
namun, setiap kali demama...
memang jarang makan paracetamol..
bila dah tak tahan jumpa doktor...
dapat ubat.. tapi tak makan pun paracetamol tu...


Tanya pendapat kak dayah (MO)
mengenai tak makan antibiotic or paracetamol bila demam..
sebabnya tak nak manjakan diri sendiri..
lagipun, sakit tu kan penghapus dosa...
but.....
Dr kak dayah kata..
tak boleh camtu..
tak de point pun kalo nak tahan-tahan sakit...
tapi memang betul pun kata kak dayah.. hehe
kot.. melarat je karang...
but, i will make sure...
kalo tak tahan or tak larat..
baru tak action..
sebabnya tak nak manjakan diri sendiri (see!!!! DEGIL!!!!)
hahahhha...




Kali ni badan dah demam untuk kali ke 2 untuk bulan ni sahaja..
semalam memang tak de nak manja-manjakan diri..
terus minum soluble vitamin C dan telan paracetamol..
sebabnya saya dah tak de masa nak layan "tak nak manjakan diri"
haha...
dah serabut paler...
tak nak serabut dengan badan sakit lagi...


ADIOSSSS... ...T_T....

Tuesday, May 29, 2012

Swimming

Swimming adalah aktiviti yang memerlukan pergerakan seluruh tubuh badan..
Dan aktiviti ini juga adalah paling bagus untuk exercise selain jogging..
pendek cerita kalau nak kurus.. silalah swimming..

Lagi pun adalah sunah nabi untuk beriadah...
iaitu





1. Memanah

Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.

Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

nota kaki:
yang ni tak berkesempatan lagi.. bilalah agaknyer ekh.. huhu


2. Berkuda

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.

Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).

Dan Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim

Kebaikan Dari Segi Kesihatan

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

nota kaki:
errkkkhhh... kalo zaman sekarang tak guna kuda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat..
tapi guna kereta..
dan saya mahir memandu kereta...
ok ker?
erkkk.. hehe



3. Berenang

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

nota kaki:
maka sekarang ni sedang belajar berenang...
hehe...



4. Gusti

Malah, ada riwayat menyatakan Rasulullah SAW pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy bernama Rukanah Bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya.
Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukanah akan memeluk Islam. Keputusannya, Rasulullah SAW dapat mengalahkan Rukanah dan memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu. Akhirnya, ahli sukan Quraisy itu memeluk Islam.

nota kaki:
erkkk.. saya tak reti bergusti... ....T_T...
pernah lah maen gusti dengan adik bongsu atas katil...
haha...



5. Berlumba Lari


Dalam satu kisah lain, Rasulullah SAW pernah bertanding berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aisyah ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan ada ketikanya Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu.

Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.

nota kaki:
yang ni hari-hari berlari..
dari kecik berlari.. hehe



sumber: riadah sukan cara Rasulullah SAW



Teknik-teknik berenang



1. Breast stroke (katak)

Yang ni kita orang panggil gaya katak..
setakat ni sebenarnya gaya ni boleh cepat sampai...
kaki dan tanggan pun kayuh...





2. Crawl stroke (free style)

Ni adalah basic..
selalunya.. seseorang tu akan lebih mudah yang ni






3. Back stroke

Yang ni susah sikit..
sebabnya have to float terbalik dan kekadang leh kemana hala berenangnya..
haha...
penah terberenang ke kawasan dalam..
owh my.. tak sampai kaki..
huhu




4. Butterfly stroke

Yang ni paling lawa dan paling comei..
hehe...
dah nama butterfly





Bonus: Cara terjun










nota kaki:
tujuan utama ambil kelas swimming ni sebabnya rasa ralat tak tahu berenang...
Adik-adik yang lain semua pernah masuk kelas swimming..
saya seorang sahaja tak berkesempatan sebabnya masih undergraduate dan sekarang post graduate...
pendek cerita.. belajar U lagi.. so tak de masa nak belajar berenang...


kemudian, setelah survey dan kelas renang kat kelantan ni pun not bad fees dia..
cuba too bad.. kat kelantan tak de public swimming..
maka tak boleh nak practice selalu..
dan rasanya perlu ada physical exercise selain mentelaah memerap dalam rumah pulun siapkan thesis...
rasanya boleh mati kutu dan otak jadi lembab tak de physical exercise...
maka selain pulun siapkan thesis.. pulun gak untuk mahir swimming..
maka time swimming je lah aktiviti luar..
yang lain duk memerap dalam rumah macam anak dara.. hehehe


lagi pun, rasa jealous tengok orang lain yang pandai swimming dan
cantek cara swimming dia..


dan tujuan utama adalah untuk buat badan lebih fit..
boleh buat badan jadi lagi cantek..
ada muscle.. dan ada shape..
aktiviti swimming lah yang memerlukan pergerakan seluruh tubuh badan..


setakat ini mahir backstroke je..
ceh... gaya tu lah sebenarnya paling sukar..
sebab you have to float secara terbalik..
tapi yang susah tu jugak lah yang mahir dulu..
yang senang freestyle tak delah plak...
aiigooooo....


bahu is the problem..
sebabnya.. tak relaks maka..
badan ke bawah dan tenggelam..
tak float..
so I have to relax and be more comfortable in water..
insyaAllah akan mahir!
dan practice tuk swimming yang lebih cantek..
Owwhhh.. tak sabarnya..
heheehee


ok... gambar tak tahan...
so awesome ok..
baby know how to swim!
dan harap...
my husband will teach our babies to swim too!!!


ok... mood beranggan kuat-kuat!!
haha





maklumat tambahan:
Oleh kerana ramai yang contact saya untuk tahu lebih lanjut akan kelas renang di kelantan ni...
Maka saya letakkan terus no contact person a.k.a swimming trainer saya yang dulu...



MS LOH - 0129570109

boleh contact terus untuk belajar renang..
have fun ...^^...

Monday, May 28, 2012

Wanna be happy?


So... are you happy enough with your life?
If nope...
Do something...
change...


nota kaki:
So... june ni pasti akan busy giler..
insyaAllah tak nak jadi macam bulan May ni...
nak perap dalam rumah siapkan thesis..
dan swimming 3 times per week..
bellydance 1 time per week...
at least ada physical activity..
selain mental activity..
penat paler hotak eden..
kalo perap writting thesis je...
hukkkk....
cepat siap!
then leh proceed with a new life..
maybe carrier or PhD...
tak tahu...
mana tau..
kawen :P...

i don't know... hahaha

Tuesday, May 22, 2012

Adek Saya



Ini adek saya...
Selamat Hari Jadi!!
Saya sayang adek saya..

Monday, May 21, 2012

Nasi Ulam

Semalam, sekali lagi dapat menikmati nasi ulam
Nasi ulam di bumi kelantan.. sedap owwwhhh...
Rasanya amatlah awesome...
Rasa macam tuan kedai nak belanja makan untuk semua pelanggan dia je..
Rasa macam murah giler...
Makan camtu puas...
Kurang RM10 pun boleh dapat..
Makan ikan keli goreng lagi tuh...





Kat Kelantan ni ada 2 Restorant Nasi Ulam ni..
Satu di bandar, betul-betul dekat dengan Pasar Siti Khadijah..
Nasi Ulam Kg. Kraftangan..
Alaaaahhh yang popular dan trademark negeri Kelantan ni...
Hampir semua perempuan yang berniaga di sana...
Sekarang dah renovate sikit..
Tapi bagi pendapat, orang luar seperti saya
yang melukut di tepi gantang ini..
Adalah perlu Pasar Siti Khadijah itu direnovate sepenuhnya..
Buat lah Pasar Siti Fatimah yang baru pulak ke...
Kat sana semua bahan-bahan mentah dan basah boleh diperoleh...
Pasar Siti Khadijah dikekalkan untuk pelancongan...
Hanya barang-barang seperti tudung...
Kerepek-kerepek..
Kain batik...
Sahaja dikekalkan...
Oleh.. dah boleh hantar aduan kat Tok Guru.. hehe...





Lagi satu restaurant adalah di Taman Orkid, Pengakalan Chepa..
Kat tempat Padang Tembak..
Tanya kawan yang menetap di Padang Tembak..
Mananya Padang Tembak kat situnya..
Malangnya, semenjak pindah ke rumah settle down parents dia dari Form 4..
sampailah sekarang.. masih tak pasti di mana sebenarnya Padang Tembak tuh...
Hmm...
takpe.. takpe.. biarkan dia diselubungi MISTERIIIII~ :P


Antara 2 restaurant ni...
Adalah kegemaran restaurant kat Taman Orkid tuh..
Rasa macam makan dalam rumah je.. suasana...
Tak macam kat Pasar Siti Khadijah..
Terasa macam makan bawah rumah je...
Sekali je makan kat situ..
Walaupun itu adalah pertama kali makan disitu...
Haha....


Well.... tak semestinya the 1st tu kita suka..
Macam kekasih pertama...
Tak semestinya itulah yang melekat..


Cepat.. cepat.. gi makan kat situ..
Family saya pun puas hati makan kat situ..
Nanti bila dah abes belajar..
Confirm Nasi Ulamlah yang pertama sekali akan dirindui...
Barulah member-member..
Hahaha...
Jangan mareeeee...
Pewut kena diutamakan :P

Sunday, May 20, 2012

Al- Mathurat

Dulu time zaman kesengasaraan, lab work tak menjadi dan tak dapat result..
Dan sebenarnya hampir di terminate dari MSc..
Untuk tenangkan jiwa yang lara lagi hiba ini...
Tiap-tiap hari sebelum start keja, dalam lab..
Akan baca Al-Mathurat.. senyap-senyap..



Mulut kumat-kamit, baca...
Sampai buku tu dah naek lunyai..
Sampai kena beli lagi 1 buku dari Mydin..
Untuk simpan kat rumah plak...
Sampai Co-SV saya penah tegur dari belakang..
Dan nak borak dengan saya..
Tapi tak perasan, pelajar dia yang tak dapat result time tu
tengah berduka cita.. dan sedang memujuk hati
dan cuba membataskan kembali..
benih-benih kepercayaan terhadap diri sendiri..
dan benih-benih harapan..
supaya mampu bertahan lagi Jihad ini..
dan percaya pasti akan surut masalah ini..
dan semuanya akan kembali pulih...







Namun... malangnya..
Semenjak mengamalkan solat sunat Dhuha..

Maka..
Al-Mathurat sudah menjadi jarang-jarang..
dan seperti tanpa rasa serba salah..
amalah bacaan Al-Mathurat tu..
kalau dah tak buat takpe...

it's ok...
kau busy sangat sekarang ni..
busy nak siapkan thesis..
nak baca doa harian seperti amalan
Rasulullah SAW

yang tak sampai setengah jam tu pun
tak dapat nak buat gak..

yang baca surah-surah pendek 3 kali repeat..
sambil godek-godek laman sesawang..
blog orang.. pun...
still tak nak baca gak...



Maka, sekarang ni...
dah cuba kembali untuk mengamalkan
Al-Mathurat ni...
Sambil nak tenang hati tulis thesis ni...
Mulut kenalah selalu memuji nabi kita...


Ini adalah kelebihan Al-Mathurat..
jika nak tahu...


Sila...
Sila...
Jangan segan silu...
Memang terbukti...
Dapat merasakan..
Pekerjaan akan menjadi mudah..
Kemungkinan besar, kita telah dilindungi malaikat..
bershift pagi dan petang..



PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.





Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Sumber: saya google ni, then jumpa ni :P
Kredit: IluvIslam.com dan www.hatikering.wordpress.com

Don't worry.. Be HAPPY


Apa-apa pun..
Don't worry..
Walaupun kena settlekan thesis bulan depan..
Kena steady...


Kata hati macam impossible je..
Huhu..
Dengan nak check english lagi...
nak check oleh SV dan Co-SV lagi..


Macam impossible lah plak...
...T_T...


Takpe...
Don't worry..
ALLAH ada...
mak dan ayah confirm doakan...


SENYUM!!!!!
...^^....


Saya tak nak susahkan mak dan ayah..
Saya tak nak bimbangkan mak dan ayah...
Saya nak abeskan MSc ni secepat yang mungkin...
Saya nak apply kerja secepat yang mungkin...
Saya nak balas jasa mak dan ayah secepat yang mungkin...
Saya nak kumpul duet untuk buat umrah secepat yang mungkin..


Kalau ada rezeki lebih, nak sponsor mak lagi buat umrah...
Kalau saya tak de jodoh.. saya nak ambik baby dari keluarga susah tuk dibela dan dididik je...
Kalau saya tak de jodoh.. saya nak jaga mak dan ayah je...

Saturday, May 19, 2012

How to choose your color



Raya ni.. mak kata nak cat rumah...
So.. kena prepare... cat apa nak pilih..
Pernah rumah tu kita orang cat luar..
Warna kuning dan hitam..
Bila dah siap...
Baru perasaan rumah macam sekolah tadika...
Hahahahaahha....


So kali ni..
kena make sure...
warna yang dipilih adalah tepat dan betul..
Jangan jadi sekolah tadika atau sewaktu dengannya...


Ini adalah panduan...
supaya pemilihan warna dapat dipertimbangkan dengan wajar..
bukan main pilih je...
sekali bila dah siap..
tak lawa...
then kena hadap tuk mungkin 5 tahun warna.. tu
sebabnya tak nak membazir...
hahaha....

FREE!!



1)Setiap kali balik kampung dan jumpa semua ahli keluarga pasti akan salam, peluk dan cium pipi kiri dan kanan.. Penah, badan tak mandi lagi.. bau busuk semalam travel semalaman for the whole day.. tapi still dapat peluk dan cium.. yeaahh... we all the family doesn't care at all.. haha

Arrrkkhhh... bila dapat balik ni.. nak peluk cium sepuas-puas!!!


2) Senyum ni kan sedekah.. tapi sebabkan kepala serabut tu yang susah sikit aku nak senyum.. that the fact.. huhu...
...T__T....
Sedih sangat.. sebabnya setiap kali bersiap depan cermin, pasti akan baca doa menghadap cermin.. but the spell (doa') seems doesn't work at all... masuk je keta terus muncung.. what!!!!

So one of the solution is I will stay in Library rather than Post Graduate Room, so that jika aku tak boleh nak tolong diri sendiri.. jangan susahkan orang lain (tengok muka aku yang serius dan serabut)

Orang dah hati susah.. nak buat apa buat orang lain susah gak bila tengok muka orang hati susah ....T__T...


3) Yeah... kawan lah tempat kita bergantung bila family tak de depan mata.. Saper lah lagi nak jadi mata kita kan... To be truth I love my friends.. tak kira lah aku dah lama tak bercakap dengan dia ke.. Actually, dalam doa solat 5 waktu.. selain doa tuk parents dan family.. dorang pun aku tak penah miss.. InsyaALLAH...


4) Kisses... sama lah dengan yang peluk tu... bila jumpa family akan cium pipi kiri kanan.. ayah cium dahi...
So.. now you know, how much I miss them so dam much! XP


5) Yeahh... bersyukur sangat masih ada family... Family is the best thing ever!!
Bersyukur sangat dilahirkan dalam family yang sederhana... lengkap.. dan aku tak mintak lebih dari tu...
Family lah yang akan support tak kira walaupun kau kalah atau lemah..
Dorang tak berkira pun...
Sebabnya dorang really love you...
Tak perlu risau...
InsyaAllah.. aku tak akan abaikan dorang...


6)Sleep... ho.. ho.. ho... meskipun aku ada masalah nak masuk tidur..
Maybe banyak sangat yang aku pikirkan sampai tak boleh nak tidur..
Tapi sebusy writting ni aku kalo boleh tak nak amalkan stay up..
Burning my midnight oil..
Sebabnya minda perlukan rehat yang cukup...
Jantung tak berehat pun dari berdegup..
Tapi otak perlukan rehat...


7)Love...
Owh.. ni aku just praktikkan dengan family aku je..
Bila rasa rindu akan call..
Bila rasa resah.. call dorang just to say hello..
and before end of the conversation will say
"I LOVE YOU"

and as usual they will reply as
"I LOVE YOU TOO"


cuma aku tak pernah ada kekasih je nak praktik kan benda ni semua..
It's ok..
sebab dalam kes ni..
Family aku lagi layak for my 'LOVE'

cheeeewaaaahhhh :P


8) Laughter...
Hohoho.... Actually, I have a sense of humor (angkat bakul, then baling sendiri... hahahha)
But at this moment I can't be that humor..
Hati tengah serabut, camner nak buat lawak...

Tapi sekarang ni, hampir sebelum tidur..
Aku akan layan Running Man..
Sebabnya aku nak ketawa...
Bohhh layanlah kerja aku yang berlambak..
Besok je aku uruskan..
Sebab aku tak nak tak happy sangat..
tu je lah yang aku mampu buat..
tuk hiburkan hati aku....


9) Good memories...
Hmm.... ni kekadang bila tengah drive boleh ketawa sendiri...
macam orang giler!!
hahahahaa....
Lagi giler...
Kalo member ko kat sebelah... tetiba ko gelak..
Mesti member ko cuak kat sebelah...

hahaha..

aku pernah buat :P

Thursday, May 17, 2012

Sebalik cerita Cinderella

Owh!!! Ni amat menarik!!
Pengajaran akan cerita dongeng yang dari kecil lagi...
Pengajaran hidup!!





How an American teacher would tell the story of Cinderella


The bell rings, and students run into the classroom. This class, they’re discussing Cinderella. The teacher asks one student to come up to the front and summarize the story. The student quickly finishes, the teacher thanks him, and starts to ask the class questions.


Teacher: Which characters did you like in the story? Disliked? Why?

Student: I like Cinderella, and the Prince. I don’t like Cinderella’s step-mother and her step-sisters. Cinderella is kind, adorable, and beautiful. Her step-mother and step-sisters were mean to her.

Teacher: If at midnight, Cinderella didn’t get into her pumpkin carriage in time, what would happen?

Student: She would turn back into a servant with dirty clothes. Aiya, that would be horrible.

Teacher: Therefore, you must be punctual, otherwise you might land yourself in trouble. Also, look around, all of you are very clean and pretty, you need to make sure to be clean or your friends will be scared of you. Girls, you need to be extra careful. When you grow up and go out on a date, if you’re not careful and your boyfriend sees you when you’re very ugly, he might be so scared that he faints. (The teacher pretends to faint, class laughs).

Teacher: Alright, next question: If you were Cinderella’s stepmother, would you stop Cinderella from attending the ball? You have to be honest!

(After a while, a student raised his hand and answers): Yes, if I were Cinderella’s stepmother, I would stop her from attending the ball too.

Teacher: Why?

Student: Because, because I love my own daughter, I want her to be queen.

Teacher: Yes. The stepmothers we see all seem to be evil, they don’t treat others well enough, but they treat their own children very well. Do you understand? They’re not evil, they just can’t love other children like they love their own.

Teacher: Children, next question. Cinderella’s stepmother forbade her to go to the ball and even locked her in. But why was she able to go and become the most beautiful girl there?

Student: Because her fairy godmother helped her, gave her beautiful clothes, turned a pumpkin into a carriage and dogs and mice into servants.

Teacher: You’re right! Think, if Cinderella didn’t have her fairy godmother’s help, she couldn’t have attend the ball, right?

Students: Yes!

Teacher: If the dogs and mice weren’t willing to help her, could she have successfully returned home at the last minute?

Student: No, then she would have successfully scared the prince (the class laughs).

Teacher: Cinderella had the help of her fairy godmother, but just the godmother’s help wasn’t enough. So children, no matter where you are, we all need friends. Our friends might not be fairies, but we need them. I hope you all have many, many friends.

Teacher: Now, please think about this, if Cinderella gave up because her stepmother wouldn’t allow her to go to the ball, would she have become the the prince’s bride?

Student: No! If that were case, she wouldn’t have been at the ball. The prince wouldn’t have met her, got to know her, and fell in love with her.

Teacher: That’s right! If Cinderella didn’t want to go to the ball, even if her stepmother didn’t stop her, or even supported her, it would’ve been useless. Who decided whether she was going to attend the ball?

Student: Herself.

Teacher: Therefore, children, even though Cinderella didn’t have her mother to love her, had a stepmother that didn’t love her, she still loved herself. Because she loved herself, she went to look for what she wanted. If you feel as if you’re not loved, or like Cinderella has a stepmother that doesn’t love you, what should you do?

Students: Love ourselves!

Teacher: That’s right, nobody can stop you from loving yourself. If you feel that others don’t love you, you need to love yourself; if nobody gives you opportunities, you should create opportunities for yourself. If you really love yourself, then you will find what you need. Nobody could stop Cinderella from attending the ball, nobody could stop her from becoming the queen, except herself, right?

Student: Yes!!!

Teacher: Last question, what’s illogical about this story?

(After a long time)

Student: After midnight everything would transform back, but Cinderella’s glass slippers didn’t.

Teacher: Wow, you’re so smart! See, even great authors make mistakes. Therefore, making mistakes isn’t something to be afraid of. I guarantee, if one of you became an author in the future, you’ll be better than this one! Do you believe me?

The children cheer.


Sumber: China Smack

Wednesday, May 16, 2012

CAUTION: WRITTING THESIS IN PROGRESS

Pengalaman saya writting thesis ketika undergraduate dengan post graduate ni memang berbeza...
Yeaahhh... lain orang lain cara...
lain tempat lain cara...


Ada ups and downs untuk memperoleh sesuatu tu...
Owhh.. ni ayat pujuk hati ni..
Hahhaha....


Pendek cerita..
Saya lebih suka pengalaman dan rindu tunjuk ajar supervisior saya ketika undergrad..
Meskipun hanya Final Year Project..



Owhh... kan best kalo saya dapat peluang dan suasana seperti undergrad dulu..
Setiap minggu, tanpa diarah akan datang jumpa supervisior tuk discuss progress...
Confirm. ada progress...
Sehingga perasan, semangat saya tu menyebabkan supervisior saya lagi rajin
dalam kerja....


Arrrrkkhhh.... bestnya kalo dapat peluang macam tu...
writting thesis pun seminggu je..
MSc ni perlukan 7 bulan dah tuk writting...
....X_X....

Teacher's Day

Happy Teacher's Day untuk kedua ibu bapa ku...
Semoga akan mencapai kecemerlangan dalam karier sebagai guru...

All of you are really great ...^^...


Saturday, May 12, 2012

AJAL, JODOH, REZEKI dan dot dot dot

Kalau dah ajal, jodoh dan rezeki itu adalah ditentukan oleh ALLAH...
Kenapa kita nak merasa resah dan gundah apabila..


Gaji tak naik..
Belum dapat kerja lagi ke...
Belum ditemukan jodoh..
dan belum sampai ajal lagi (ehh... silap :P)






Kenapa nak merasa resah sekiranya belum ketemu pasangan lagi..
Meski pun tidak pernah pun bercinta dan
Umur pun tak tahu lah masih lagi layak ke nak berdating?


Jodoh tu kan dah ditentukan ALLAH..
Ianya adalah misteri...

Maka perlulah jalani kehidupan secara sebahagia yang mungkin
dengan pelbagai cara sekali pun..


Tak salah kan jika kita berfikiran positif...
Malah kita akan merasa lebih tenang dan tenteram..
Iaitu tidak mensemakkan hati dan otak..
Memikirkan perkara yang tak tahu bila
akan berkunjung tiba...


Meskipun setiap saat dan detik..
pasti akan memikirkannya...

Meskipun hati ini tidak mungkin..
dapat menolak kegelisahan...

Meskipun minda dan akal..
tidak jemu memujuk hati agar bersabar...



nota kaki:
Selamat Hari Ibu untuk emak..

Terima kasih sebab bersabar untuk membawa saya
dalam perut dengan dugaan mengandung yang teruk..

Terima kasih sebab membesarkan saya..
agar saya berusaha lagi untuk menjadi anak yang solehah...

Terima kasih sebab bersabar dengan kerenah anak mu ini..
yang tak pernah puas dan dahagakan kasih sayang mak...

I love you very much..