SAHABat..

Tuesday, May 29, 2012

Swimming

Swimming adalah aktiviti yang memerlukan pergerakan seluruh tubuh badan..
Dan aktiviti ini juga adalah paling bagus untuk exercise selain jogging..
pendek cerita kalau nak kurus.. silalah swimming..

Lagi pun adalah sunah nabi untuk beriadah...
iaitu





1. Memanah

Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.

Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

nota kaki:
yang ni tak berkesempatan lagi.. bilalah agaknyer ekh.. huhu


2. Berkuda

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.

Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).

Dan Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim

Kebaikan Dari Segi Kesihatan

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

nota kaki:
errkkkhhh... kalo zaman sekarang tak guna kuda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat..
tapi guna kereta..
dan saya mahir memandu kereta...
ok ker?
erkkk.. hehe



3. Berenang

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

nota kaki:
maka sekarang ni sedang belajar berenang...
hehe...



4. Gusti

Malah, ada riwayat menyatakan Rasulullah SAW pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy bernama Rukanah Bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya.
Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukanah akan memeluk Islam. Keputusannya, Rasulullah SAW dapat mengalahkan Rukanah dan memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu. Akhirnya, ahli sukan Quraisy itu memeluk Islam.

nota kaki:
erkkk.. saya tak reti bergusti... ....T_T...
pernah lah maen gusti dengan adik bongsu atas katil...
haha...



5. Berlumba Lari


Dalam satu kisah lain, Rasulullah SAW pernah bertanding berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aisyah ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan ada ketikanya Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu.

Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.

nota kaki:
yang ni hari-hari berlari..
dari kecik berlari.. hehe



sumber: riadah sukan cara Rasulullah SAW



Teknik-teknik berenang



1. Breast stroke (katak)

Yang ni kita orang panggil gaya katak..
setakat ni sebenarnya gaya ni boleh cepat sampai...
kaki dan tanggan pun kayuh...





2. Crawl stroke (free style)

Ni adalah basic..
selalunya.. seseorang tu akan lebih mudah yang ni






3. Back stroke

Yang ni susah sikit..
sebabnya have to float terbalik dan kekadang leh kemana hala berenangnya..
haha...
penah terberenang ke kawasan dalam..
owh my.. tak sampai kaki..
huhu




4. Butterfly stroke

Yang ni paling lawa dan paling comei..
hehe...
dah nama butterfly





Bonus: Cara terjun










nota kaki:
tujuan utama ambil kelas swimming ni sebabnya rasa ralat tak tahu berenang...
Adik-adik yang lain semua pernah masuk kelas swimming..
saya seorang sahaja tak berkesempatan sebabnya masih undergraduate dan sekarang post graduate...
pendek cerita.. belajar U lagi.. so tak de masa nak belajar berenang...


kemudian, setelah survey dan kelas renang kat kelantan ni pun not bad fees dia..
cuba too bad.. kat kelantan tak de public swimming..
maka tak boleh nak practice selalu..
dan rasanya perlu ada physical exercise selain mentelaah memerap dalam rumah pulun siapkan thesis...
rasanya boleh mati kutu dan otak jadi lembab tak de physical exercise...
maka selain pulun siapkan thesis.. pulun gak untuk mahir swimming..
maka time swimming je lah aktiviti luar..
yang lain duk memerap dalam rumah macam anak dara.. hehehe


lagi pun, rasa jealous tengok orang lain yang pandai swimming dan
cantek cara swimming dia..


dan tujuan utama adalah untuk buat badan lebih fit..
boleh buat badan jadi lagi cantek..
ada muscle.. dan ada shape..
aktiviti swimming lah yang memerlukan pergerakan seluruh tubuh badan..


setakat ini mahir backstroke je..
ceh... gaya tu lah sebenarnya paling sukar..
sebab you have to float secara terbalik..
tapi yang susah tu jugak lah yang mahir dulu..
yang senang freestyle tak delah plak...
aiigooooo....


bahu is the problem..
sebabnya.. tak relaks maka..
badan ke bawah dan tenggelam..
tak float..
so I have to relax and be more comfortable in water..
insyaAllah akan mahir!
dan practice tuk swimming yang lebih cantek..
Owwhhh.. tak sabarnya..
heheehee


ok... gambar tak tahan...
so awesome ok..
baby know how to swim!
dan harap...
my husband will teach our babies to swim too!!!


ok... mood beranggan kuat-kuat!!
haha





maklumat tambahan:
Oleh kerana ramai yang contact saya untuk tahu lebih lanjut akan kelas renang di kelantan ni...
Maka saya letakkan terus no contact person a.k.a swimming trainer saya yang dulu...



MS LOH - 0129570109

boleh contact terus untuk belajar renang..
have fun ...^^...

14 comments:

  1. Assalamu3alaikum, boleh tak bagitahu kat mana kelas berenang di kelantan ni? kelas berenang untuk perempuan shj atau campur ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam... kelas swimming kat kelantan ni ada kat Kompleks Sukan.. kelas tu ada campur and perempuan sahaja... boleh bincang dgn pelatih renang untuk request masuk kelas perempuan sahaja... alamak saya tak save no pelatih tu...
      tapi awak boleh je pergi ke kompleks sukan dan tanya butiran... ...^^....

      Delete
  2. berapa yer harga nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm45 sejam
      dulu saya pergi pada Isnin (6-7pm)
      Jumaat (8-9pm)
      Sabtu (5-6)

      pengalaman saya kalo nak cepat belajar better ambik kelas 3 hari seminggu atau 4 hari seminggu..
      InsyaAllah dalam 3 bulan dah mahir...
      ...^^...

      Delete
  3. Salam kompleks sukan di panji tu ke? Boleh cik/puan emelkan butirannya? saya sudah lama mahu belajar berenang tapi tidak tahu di mana,, Ini email saya,, sabrina.zawawi@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam... saya pun dah lama duk survey kelas renang kat area Kota Bharu. Kompleks sukan dekat panji tu ke? minta budi baik cik tolong email saya detail tentang kelas renang ok?? email cempaka_wangi82@yahoo.com.my. ada kelas untuk kanak2 jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam... Boleh je terus telefon pada jurulatih
      MS LOH - 0129570109
      kanak-kanak pun ada :)

      Delete
  5. salam..bole emailkan butiran kelas renang utk sy amielia@agrobank.com.my

    ReplyDelete
  6. Saya dah contact no Ms Loh tu, tp dia kata tiada kelas renang wanita shj.. kalau sesiapa tahu kelas renang wanita di kelantan, tlg emel sy di useyourlogic@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Saya pun tgh mncari kelas renang wanita di kltn. Tlg emel jgk noumi2702@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Dah jumpa ker kelas renang wanita di kelantan?..kalau ada sesiapa jumpa boleh tak amklumkan pada saya di 0129999100

    ReplyDelete
  9. kelas renang untuk kanak kanak ada tak? mohon share detail

    ReplyDelete
  10. Ada kelas utk dewasa lelaki tak??

    ReplyDelete