SAHABat..

Saturday, February 27, 2010

Masalah Facebook..




Sekarang ada 41 requests... termasuk 35 request as friend dan 6 friend suggestion..
rata tidak kenal.. huhu
So tak salahkan kalo saya tak approve request dorang.. huhu..
Selama ini hanyalah membiarkan sahaja...


Apalah dosa budak ini.. huhu




Semua orang sedia maklum akan apa yang telah terjadi kepada adek Shafia Humairah Sahari,
budak perempuan berumur 3 tahun..


Ya Allah.. apalah nasib budak perempuan 3 tahun yang ditendang-tendang, ditampar-tampar, dipukul-pukul sehingga ajal menjemput dia...


Budak perempuan 3 tahun.. budak punyai akal yang pendek.. manalah mampu menilai mana yang betul dan mana yang salah.. Malahan orang dewasa pun buat silap akan penilaian ini..


Memang tidak berperikemanusiaan langsung!
Dunia sekarang memang mencabar..
Bayi baru lahir dibuang ditong sampah dan dibakar..
Subhanallah...


p/s: tak sanggup nak cari dan upload gambar baby yang dibakar itu.. huhu...

Tuesday, February 23, 2010

aku rase sekarang ni aku tak sehat ....O_o...




Suhu badan aku sekarang ini adalah pada tahap normal iaitu 37 darjah Celcius..
Kepala aku tidak mengalami pening-pening atau seperti dunia ini berpusing... Maka aku normal..
Suhu dalam badan pun aku sekarang ini rasa normal..
Pergerakan badan pun tegap, tidak terketar-ketar... Maka aku normal.
Berjalan pun tak terasa nak melayang... Maka aku normal..
Memang keadaan fizikal aku sehat.. Normal..


Tapi aku merasakan diri aku, emosional aku seperti kurang sehat sekarang.
Tidak tahu mengapa..
Depress? Owh.. agaknya mungkin banyak memikirkan kajian yang sedang aku jalankan sekarang ini..
Mungkin itu menyebabkan hormon dalam badan agak tidak stabil..
Maka aku seperti emosional..


Apa itu bahagia?
or translation is
What is happiness?
Cuba kalian google sebentar "Happiness"
Cuba kalian baca dari pak WIKI..
Dimana "Happiness" didefinasikan sebagai..


Happiness is a state of mind or feeling characterized by contentment, love, satisfaction, pleasure, or joy. A variety of biological, psychological, religious, and philosophical approaches have striven to define happiness and identify its sources.


Hmm... aku seorang remaja yang masih mentah dan muda akan asam garam kehidupan yang semestinya tidak selalunya indah.. Kehidupan yang semestinya tidak selalunya adil..
Kehidupan yang semestinya memberikan kita pengajaran untuk kita menjadi lebih baik..
Maka aku boleh mengatakan aku tak lah bahagia sangat..
Namun sebenarnya dan semestinya aku masih amat bersyukur akan kehidupan aku berbanding Hamba ALLAH yang lain..
Dimana, terdapat Hamba ALLAH yang tidak sebertuah seperti aku yang mempunyai keluarga..
Punya Ayah..
Punya Emak..
Punya Adik-adik yang amat aku sayangi..


Mereka ini lah menyebabkan aku sanggup berkoban apa sahaja.
Mereka ini lah yang sentiasa sanggup berkorban untuk aku juga.
Menitik air mata aku seketika jika terpikirkan akan mereka..


Hmmm... aku sebentar tadi menyelak mukabuku akan sahabat aku ketika berjuang untuk Sarjana Muda dengan Kepujian dulu di bumi Shah Alam..
Dia sungguh gembira akan kehidupan dia sekarang..
Aku akui aku cemburu..
Well aku manusia biasa, mempunyai perasaan seperti ini..
Dimana ia merupakan suatu perasaan yang biasa untuk setiap makhluk ALLAH tidak kira berakal atau tidak..
Tika mungkin syaitan durjana membisik ke telinga ku..
Menghasutku.. akan kebahagiaan seperti ini..
"HAAhaha... ko kalah syaitan durjana... Aku tak kan menyerah!!!" kata bahasa hati ku..


Mungkin punca ini lah menyebabkan diriku tetiba merasakan aku seperti tidak sehat..
TABAH!!


p/s: apa aku merepeklah ni labuuuu.... :P

Monday, February 22, 2010

DATING ...^^...





Malam ni aku menyelit lagi orang berdating.. huhu
sokmo camtu.. kalo berjalan pasti aku yang menyelit...
Hmm.... tak pe lah asalkan dorang tidak berdua-duaan..
Harap aku ada lah sikit pahala... ....O_o....
boleh dikira camtu ker? hohoho...


Malam ni kuar pergi wakaf che yeah temankan laila dan Azwan..
Then terserempak Oh Kok Seng dengan Fish.. hoho...
Berdating gak dorang..


Pernah je aku menyelit adek aku dating...
kah kah kah
memang tak boleh blah...


Dehh.. Ya ALLAH ko selamatkan lah aku..
peace (^^)V


p/s: comei lah gambar budak ni.. walaupun memang dah penah tengok pun gambar ni ^^

Wednesday, February 17, 2010

Pada suatu malam......



Bismillahirahmanirahim...


Malam semalam, sedang aku leka mendilute primer forward CTCF, primer reverse CTCF dan probe CTCF dari stock dilution 100 uM (mikro Molar) kepada 10 uM dengan menggunakan formula yang dikira sangat berguna untuk kerja-kerja lab iaitu M1V1 = M2V2...


Lokasiku ketika itu ialah di Bilik RNA yang terletak di dalam Makmal Kultur. Sedang aku leka menambahkan RNase-free water ke dalam eppendorf tube yang telah pun ku letakkan dengan 100 uM primer untuk dicairkan, tiba-tiba aku terdengar seperti perempuan mengilai dalam keadaan sangat hiba.


Dari suaranya aku pasti perempuan itu bukannya manusia biasa. Aku pasti mahkluk Allah itu berada di mana lokasinya. Namun, aku tidak terganggu sedikit pun akan kejadian itu dan teruskan pekerjaanku. Ibadahku menuntut ilmu.


Malah aku mengeluh di dalam bahasa kata hati.

"Lohhh... bohsan arr... malaslah aku nak layan. Aku banyak kerja ni.. ...O_o.... "


Kemudian, aku terdengar akan suara Melor memanggil dari pintu masuk Makmal Kultur maka aku pun segera menyahut panggilannya.


Keesokan petangnya, baru aku punya masa untuk bercerita akan kejadian semalam. Melor pun menceritakan bahawa dia pun merasakan sesuatu ketika mencariku di makmal.


Hmmm.... ade peneman juga aku. Tapi kalo boleh sediakan lah air ekh lain kali..
hahahha... Sebab kami ni kalo boleh nak tido sekali kat makmal atau postgraduate room tu..
Cuma tidak kesampaian je..


Even ku rasa postgraduate room tu lah merupakan rumah pertamaku, kemudian baru rumah sewa..
Hahaha... wat ever it is. Dont give up!! Gambatei..


Result TaqMan probe iaitu quantitative Real Time PCR untuk pertama kalinya, tidak memuaskan kerana aku tidak berjaya memperoleh sigmoid curve untuk result Rn Versus Cycle.
Tak pe InsyaAllah aku akan berguru dengan kak effa akan perkara ini. Srinda dari ABI company pun telah pun diattachkan file untuk pandangan dari kepakaran dia. Harap dia dapat banyak membantu.


Oleh demikian, Gambatei!!

Monday, February 15, 2010

Muhammad Qayyum Kautsar..



inilah baby Qayyum :)
sebab dah minta kebenaran dari mummy fiza
hehehe

Diari (PRIVATE AND CONFIDENTIAL!! JANGAN BACA!! )

CUTI RAYA CINA YANG MEMBOHSAKAN

Bohsan arr cuti raya cina kali ini... menyesal tak pergi rumah abang azli (abang sepupu) kat Kedah untuk majlis akikah anak sulung dia. Namanya Muhammad Qayyum Kautsar. Menyesal tak sudah. Huhu.. Nasib ada Melor, kalo tak mesti bohsan gila-gila kat postgraduate room ni. Thanks Melor.. Malas gak nak jejalan kat Kota Bharu sebab confirm mesti jalan raya sesak dengan kenderaan. Aishhhh apa nak jadi dengan aku ni.

Ready dengan protocol untuk buat standard curve untuk quantitative real-time PCR jelah, Hydrolysis Probe atau lebih famous dikenali sebagai TaqMan Probe.


Hmmm.... kalo aku ada kat rumah kat Melaka of course kejarkan untuk tengok wayang. Mulalah aku merayu minta kebenaran dari ayah untuk tengok wayang :D


Macam manalah adek-adek aku kat kampung. Dah dua kali adek second bongsu (girl) sms tanya akak balik tak raya cina. Cian aku. Hahaha.. Dorang okey je kot without aku, cuma kalo ade aku lagi senang lah dorang nak tengok wayang ker. Makan sushi kat Sushi King ke. Duit aku gak yang menipis.. Hahaha.. Macam air je..


Tapi tu sumer aku tak kesah. Sebab kat Kelantan save lah jugak. Takde Shopping Mall sangat. Lebih-lebih lagi Melaka dah buka cawangan Jaya Jusco yang baru. Tak merasalah aku :( Raya Cina ni mesti banyak sale. Girl pun banyak bercerita yang banyak sangat sale. 50%!! 70%!! hahaha


Owh Girl nak hadiahkan aku buku "Don't Be Sad"
Wohaaa....
Which buku yang aku pernah berkata-kata dalam hati..
"Kan best ada orang hadiahkan buku ini"
Hohoho...
Dan ada 1 lagi buku selain "Don't Be Sad"
aku berhajat bahawa ada orang sudi hadiahkan buku itu.
huhu
Tapi macam mana nak dapat buku tu.. sebab aku tak balik kampung..
Waaaaa....


Kan best Raya Cina ni aku dapat Ang Paw selain cuti... hahhaha...


Okey.. otak aku actually lebih kepada research. Perlu sedia kan 3 standard curve iaitu standard curve sample yang confirm ada CTCF Gene which is aku kena minta jasa baik dari Kak Wani untuk dapatkan sample itu iaitu project dia juga. InsyaAllah, Allah akan permudahkan pekerjaan aku.


Second, standard curve dari housekeeping atau juga dikenali sebagai internal control. Dimana, 18s RNA atau juga dikenali sebagai Homo sapiens RNA, 18S Ribosomal iaitu gene yang tidak akan berubah nucleotidenya atau tidak bermutasi dalam keadaan sekali pun. Berbanding gene yang lain, jika berlaku perubahan seperti terkena sinar gama ke, terdapat gene dalam tubuh badan boleh berubah.


Lastly, standard curve dari sample patient. Data analysis ini lah aku akan rujuk dari 2 standard curve sebelum ini untuk mengetahui berapa tinggi CTCF gene dalam sample.


So, Gambatei!!!
baru sikit je pengetahuan ko tuh...
Banyak lagi nak kena explore!!


Sekarang ni masalah probe dah selesai.
Master Mix untuk TaqMan dah selesai.


Yang belum selesai..
Housekeeping gene, 18s RNA
di mana aku ade primer forward dan primer reversed.
Tapi, aku tak de probe.

Atau nak baca mengenai Zinc Fingers ini lebih lanjut?
Zinc Fingers Could Be to Reviving Gene Therapy

Terima Kasih kepada Arun,
kerana beri tunjuk ajar kepada aku.. huhu
Harap-harap dia akan ajar aku banyak perkara lagi..
mahal gak barang-barang TaqMan.


Terima Kasih kepada Cheng Siang,
Agent company Next Generation,


Sabar!
Yang penting siapkan Msc Biomedicine.
Lepas itu aku tawakal.
Aku berusaha je.
Aku bertawakal je.
Lepas dah siap Msc.
Apa nak jadi! Jadi lah!
hahahahhaha


Harap-harap aku dipermudahkan kerja.
Amin..



Owh gambar ini memang takde kaitan pun dengan entry kali ini. Just aku suka dengan gambar ini, dimana robot ini telah jatuh cinta pada wanita ini. Comeikan renungan robot ni.
Hahahaha robot pun ade perasaan... WEEEEEeeeee~

Monday, February 8, 2010

RESTUI LAH AKU DI SINI




Assalammualaikum,


Kehadapan ibunda dan ayahanda di kampung yang sentiasa sentosa InsyaAllah. Apakhabar di sana, semoga sentiasa sihat sejahtera selalu. Bonda janganlah kerja kuat sangat, banyak-banyak lah berehat dari urusan sekolah. Ayahanda pun harap sentiasa menjaga pantang larang makanan supaya kandungan gula dalam darah tidak lah terlalu tinggi dari skala normal. Jika tidak kesian bonda untuk menjaga ayahanda yang sentiasa berada di samping ayahanda ketika sakit dan sihat. InsyaAllah.


Anakanda di sini sihat sejahtera. Janganlah bimbang anakanda di negeri orang ini. Mereka di sini melayan anakanda dengan baik sekali dan banyak membantu anakanda. Maaf sekali lagi kerana anakanda tidak dapat pulang untuk perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Walaupun anakanda tidak dapat pulang, harap bonda dan ayahanda gembira bersama adik-adik yang lain untuk meluangkan masa cuti bersama.


Anakanda memohon restu dari bonda dan ayahanda sepanjang pengajian anakanda di sini. Restu serta doa bonda dan ayahanda lah sebenarnya menjadi penguat dan sokongan untuk anakanda menempuh liku-liku dan cabaran pengajian peringkat kali ini. InsyaAllah anakanda sentiasa akan mendoakan kesejahteraan, keharmonian dan kesihatan yang baik buat bonda dan ayahanda di Negeri Bersejarah.


Walaupun jauh di mata, tetapi yakinlah bahawa bonda dan ayahanda sememangnya begitu dekat di hati anakanda di sini. Di harap anakanda akan sentiasa merindui kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi dari bonda dan ayahanda. InsyaAllah.


Mohon restu dan keberkatan bonda dan ayahanda, semoga anakanda akan sentiasa kuat dan bersemangat untuk menempuh cabaran kali ini. Maafkan anakanda akan salah silap. Maafkan anakanda, bonda. Maafkan anakanda, ayahanda. Halalkan makan minum anakanda.


Wassalam,


Yang sentiasa merindui kalian,
-pheninglalat-

Wednesday, February 3, 2010

penat .......O_o......




aku amat penat...
aku amat penat...
aku tak larat...
aku tak larat...
macam nak putus pinggang ni...


teringat masa kat umah...
mak selalu complain
kata..


"penatnyaaa.... macam nak putus pinggang mak ni.... "


huhu...
tak larat...
aku penat...







bye~