SAHABat..

Monday, February 8, 2010

RESTUI LAH AKU DI SINI




Assalammualaikum,


Kehadapan ibunda dan ayahanda di kampung yang sentiasa sentosa InsyaAllah. Apakhabar di sana, semoga sentiasa sihat sejahtera selalu. Bonda janganlah kerja kuat sangat, banyak-banyak lah berehat dari urusan sekolah. Ayahanda pun harap sentiasa menjaga pantang larang makanan supaya kandungan gula dalam darah tidak lah terlalu tinggi dari skala normal. Jika tidak kesian bonda untuk menjaga ayahanda yang sentiasa berada di samping ayahanda ketika sakit dan sihat. InsyaAllah.


Anakanda di sini sihat sejahtera. Janganlah bimbang anakanda di negeri orang ini. Mereka di sini melayan anakanda dengan baik sekali dan banyak membantu anakanda. Maaf sekali lagi kerana anakanda tidak dapat pulang untuk perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Walaupun anakanda tidak dapat pulang, harap bonda dan ayahanda gembira bersama adik-adik yang lain untuk meluangkan masa cuti bersama.


Anakanda memohon restu dari bonda dan ayahanda sepanjang pengajian anakanda di sini. Restu serta doa bonda dan ayahanda lah sebenarnya menjadi penguat dan sokongan untuk anakanda menempuh liku-liku dan cabaran pengajian peringkat kali ini. InsyaAllah anakanda sentiasa akan mendoakan kesejahteraan, keharmonian dan kesihatan yang baik buat bonda dan ayahanda di Negeri Bersejarah.


Walaupun jauh di mata, tetapi yakinlah bahawa bonda dan ayahanda sememangnya begitu dekat di hati anakanda di sini. Di harap anakanda akan sentiasa merindui kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi dari bonda dan ayahanda. InsyaAllah.


Mohon restu dan keberkatan bonda dan ayahanda, semoga anakanda akan sentiasa kuat dan bersemangat untuk menempuh cabaran kali ini. Maafkan anakanda akan salah silap. Maafkan anakanda, bonda. Maafkan anakanda, ayahanda. Halalkan makan minum anakanda.


Wassalam,


Yang sentiasa merindui kalian,
-pheninglalat-

2 comments:

  1. wuwu.. cian ko.. aku doa kn ko kuar k benah! amin~

    ReplyDelete
  2. huhu... maceh khai.. ko sudi doakan aku.. ^^
    sayang ko..

    ReplyDelete