SAHABat..

Friday, April 30, 2010

1001 khasiat kayu manis...





Wokey... salam sejahtera... hari ini kawan-kawan... kita tambahkan ilmu dalam bidang kecantikan... auuwwwww.... hahaha...
Semua orang melayu, cina or india pasti kenal kayu manis... ehhh... ade ke yang tak kenal kayu manis...hehe

Banyak masakan guna kayu manis untuk menyedapkan masakan... masak kari.. wahh.... sedapnya... Ada beberapa maklumat berkaitan dengan kayu manis...

Godek je kat dapur umah... mesti ada hehehe... umah mak lah.. umah kat kelantan ni pun... tak de dapur sebenarnya... hahahaha....

RAMBUT GUGUR

1. 1 Sudu serbuk kayu manis, 1 sudu madu + sedikit minyak zaitun.

2. Campurkan kayu manis dengan madu. Masukkan sedikit demi sedikit minyak zaitun dan gaul sehingga dapar adunan yang likat (mcm syampu)

3. Basuh rambut macam biasa. Kemudian, sapukan adunan tadi pada rambut dan kulit kepala sambil diurut perlahan... Ha yang ini aku confirm urut kena guna telapak jari.. bukan dengan kuku... nanti lukakan kulit kepala.. maka akan hasilkan kelemumur...

4. Biarkan selama 15 minit sebelum bilas rambut sehingga bersih.


MENURUNKAN KOLESTEROL

1. 3 sudu serbuk kayu manis, 2 sudu madu dan secawan air teh.

2. Campurkan kayu manis dan madu ke dalam air teh panas.

3. Minum air teh ini setiap hari.

Boleh turunkan 10% kadar kolesterol dalam darah dan kurangkan pengumpulan lemak dalam badan. Sesiapa yang ada masalah kolesterol tinggi yang serius, amalkan 3 kali sehari.


AWET MUDA

1. 1 sudu serbuk kayu manis, 4 sudu madu dan 3 cawan air.

2. Rebus semua sampai sebati (kacau)

3. Minum rebusan 1/2 cawan 3 kali sehari.

Untuk menyegarkan tubuh badan, melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan.


MASALAH JERAWAT

1. 1 sudu serbuk kayu manis dan 3 sudu madu.

2. Campur bahan sampai sebati.

3. Sapukan pada muka kemudian masuk tido. Cuci bila bangun pagi...

Agaknya kalo guna madu asli takkan bersemut nyer... wahhh mahal tau madu asli...
huhuhuhu.....


KELETIHAN

1. 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis. Campur dalam 1 cawan air panas.

2. Amalkan minum setelah makan tengahari atau waktu petang.




p/s: wokey.... sampai di sini sahaja. Jangan lupa untuk ikuti rancangan ini pada masa yang sama... hari yang sama.... dan tempat yang sama.... Hanya teranglaginyata sahaja...

1 comment: