SAHABat..

Monday, January 17, 2011

Dear Diary 1



Dear diary,

Sejak kebelakangan ini aku terlalu sibuk, sehinggakan aku terpaksa memaksa badan yang letih ini untuk berkerja dan menghiraukan senggugut yang pasti aku akan alami setiap kali pusingan haid aku.

Apabila badan penat disertakan hormone yang tidak stabil maka sakit senggugut aku itu akan memberi kesan keletihan yang berganda terhadap diri aku.

Masakan badan aku pasti akan letih? Kerana aku hanya menjamah makanan pada pukul 9 pagi atau selewat-lewatnya menjamah pada pukul 11 pagi dan terus mulakan kerja sehinggalah lewat petang.

Lewat petang pula hanya mampu makan biskut yang memang aku bekalkan di dalam bilik siswazah. Jika aku larat pasti akan singgah untuk beli makan malam. Jangan risau kerana kebiasaannya aku akan beli makanan malam.

Kali ini aku memang buat kerja terus jika dibandingkan ketika aku buat Final Year Project dahulu. Jika dulu aku hanya dapat bekalkan sekotak susu ducthlady di dalam beg namun aku masih jaga makan juga. Ini kerana ketika itu aku tidak lah pula dapat sakit gastic, namun sekarang aku dah mula mendapat sakit gastric.

Owh aku memang tidak pandai menguruskan diri sendiri, sehingga aku mendapat sakit gastric hanya kerana aku tidak memantau masa makan aku. Penatnya pun kali ini aku memang akui sangat penat.

Tapi aku kena kuat! Tidak boleh mengalah! Kerana aku kena teruskan juga! Aku tak boleh bersikap tidak menghabiskan apa yang aku telah mulakan!

Maka aku mengharap secepat mungkin aku dapat menghabiskan kerja-kerja makmal (lab work) ini secepat mungkin dan dapat menyudahkan penulisan thesis aku untuk Master in Science kali ini.

p/s: Mohon doakan agar dipermudahkan :)
Amin.
Terima kasih daun keladi, nanti boleh doakan lagi :P

No comments:

Post a Comment