Tengah nak siapkan thesis.. tuk rehat jap baca metro..
sekali ternampaklah tajuk "Gadis takut untuk bercinta"..
Wooohhh... serius ini adalah exactly soklan yang nak ku tanya...
Dan ini adalah jawapannya..
Dan selama ini tak sia-sia aku berpegang teguh untuk beriman akan qada' dan qadar tentang jodoh...
Setahu aku, ramai je perempuan yang umur 25 tahun tapi still single dan tak pernah bercouple..
Lega sikit bila baca petikan ini..
Gadis takut untuk bercinta
SAYA seorang gadis �berusia 25 tahun dan kini sedang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA). Saya berasa sangat sunyi dan kadang-kadang cemburu melihat kawan lain mempunyai teman lelaki sedangkan saya tidak mempunyai kekasih.
Saya tidak pernah bercinta sejak zaman persekolahan sehingga kini.
Saya sebenarnya takut untuk bercinta kerana bimbang terjebak dengan perkara maksiat yang mengundang kemurkaan Yang Maha Esa.
Tetapi kadangkala saya risau memikirkan soal percintaan kerana sebagai seorang manusia biasa saya juga ingin menyayangi dan disayangi insan bernama lelaki.
Sebagai pengubat kesunyian, saya memperbanyakkan membaca buku keagamaan dan membaca al-Quran. Ia ternyata memberi ketenangan hati dan mendamaikan jiwa.
Sekarang saya hanya berserah kepada ketentuan Allah mengenai jodoh.
Saya harap dapat bertemu dengan seorang teman hidup yang beriman dan boleh membimbing saya.
Adakah betul tindakan saya hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah semata-mata berkaitan jodoh pertemuan?
AIN FATIHAH
Pahang
MEMANG semua yang berlaku ditentukan oleh Allah kerana ia termasuk beriman kepada qada dan qadar. Begitu juga dengan jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah.
Ini semua bersumber daripada keimanan kepada Allah. Bagaimanapun, ia tidak menghalang kita untuk terus berusaha untuk mendapatkan sesuatu, contohnya dalam mencari jodoh.
Kita tidak sepatutnya lekas berputus asa. Keluarga, masyarakat dan kerajaan
perlu berusaha menemukan jodoh perkahwinan. Ini bertepatan dengan firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpahan kurnianya kerana Allah Maha Luas (rahmatnya dan limpah kurnianya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur ayat 32)
Saudari perlu memperbanyakkan doa dan solat hajat sehingga hasrat untuk mendapat jodoh yang baik dimakbulkan Allah. Di samping itu, buat persediaan untuk menjadi seorang isteri yang baik seperti membaca buku dan mengikuti kursus persediaan perkahwinan.
No comments:
Post a Comment