SAHABat..

Saturday, January 7, 2012

Kehilangan...

Setelah berhempas pulas selama seminggu untuk menghabiskan
lab work yang fasa terakhir..
Saya ada terpikir... ketika pulang dari USM...
"Adakah saya patut balik tidur je..
Rehatkan diri..."
Sebelum kehilangan duit gaji mengajar tuisyen...


Niat di hati untuk menggunakan duit gaji hasil titik peluh mengajar tuisyen...
untuk mengembirakan keluarga saya walaupun gaji bulan ini
tidak lah selebat mana...
dengan membelikan kain dari jualan murah kehabisan stok Salem Aziz...
terbantut apabila menyedari dompet kecil pemberian adik angah yang ku sayangi..
tiada di dalam handbag...

Sedih sesangat...
Ralat sesangat sebab tak merasa lagi duit hasil titik peluh mengajar tuisyen...
Memang ada terpikir sekiranya...
terjadi duit hasil titik peluh mengajar tuisyen ini hilang...
Pasti akan merasa sangat sedih...
Terkejar-kejar untuk mengajar tuisyen..
Badan penat pun tak pe...
Sanggup ajar juga...

...T_T....


Saya tak halalkan duit hasil keringat saya mengajar tuisyen...
kepada si penyeluk saku...


Tetapi saya halalkan kepada sesiapa yang
menjumpai dompet kecil saya dengan
memberikan duit hasil titik peluh saya kepada
orang yang lebih memerlukan (orang miskin)
setelah mati akal untuk mengembalikan kepada tuan (saya)
kerana saya redha akan hasil titik peluh saya,
rezeki itu tidak pada saya....







nota kaki:
saya bernasib baik kerana
dokument penting seperti IC dan driving license tidak berada dalam
purse merah ketika itu...
Hanya sejumlah duit, top up Celcom, Bonuslink dan Watson card sahaja....
Alhamdulilah

No comments:

Post a Comment