SAHABat..
Thursday, January 12, 2012
Perbezaan Cinta antara LELAKI dan WANITA
30 perbezaan CINTA antara lelaki dan perempuan
1. Ketika ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
2. Wahai lelaki, ketika engkau berasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti engkau mencintainya.
3. Di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta.
4. Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.
5. Ketika lelaki mengatakan "Perempuan itu tidak mempunyai perasaan" bererti perempuan tersebt berjaya mencuri hatinya.
6. Cinta seorang lelaki bagai menulis di atas air atau paling besar seperti dia menulis di atas pasir.
7. Hati perempuan yang dilanda asmara bagai mihrab emas, biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung dibawahnya.
8. Bagi perempuan, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya; mencintai, dikecewakan kemudian bersedih.
9. Banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta, tetapi kaum perempuan jauh lebih banyak.
10. Cinta adalah sebuah kisah yang di dalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan, sedangkan bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya.
11. Dalam kehidupan seorang perempuan, ada suatu masa yang dia berasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
12. Cinta: perempuan, lelaki dan larangan.
13. Betapa pun seorang perempuan bermulut seribu, namun cinta mengajarnya diam.
14. Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
15. Dalam bercinta, seorang lelaki selalunya ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya.
16. Ketika seorang perempuan mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.
17. Dalam percintaaan, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu perkara, mencintainya terus-menerus.
18. Dalam percintaan, lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.
19. Keinginan seorang perempuan boleh dibengkok-bengkokkan terserah kepada orang yang dia cintai.
20. Dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada perempuan, namun tidak dalam percintaan.
21. Dalam percintaan, lelaki bak seringala yang ganas, berhati-hatilah! Perempuan, pula menyerahkan segal-galanya dan sedia berkorban.
22. Cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak.
23. Tidak ada yang mampu mencabut cinta dari hati seorang perempuan, selain cinta yang baru.
24. Seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.
25. Cinta, merasuk pada jiwa seorang perempuan dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan takjub.
26. Perempuan mencintai pasangannya untuk dirinya, begitu juga lelaki.
27. Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang perempuan bagai lembaran-lembaran kertas yang tidak pernah habis.
28. Kebahagian perempuan, ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
29. Kala perempuan jatuh cinta, dia mulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.
30. Perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri perempuan.
Rujukan: Ahamd Salim, Cinta di Otak atau di Hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment