SAHABat..
Tuesday, April 24, 2012
Penat bersabar
Gelagat couple sekarang
Entry ini adalah dari sudut pandangan saya sebagai orang single dan tak pernah couple sejak dari dulu lagi...
Semalam berborak dengan supervisior saya dan entah macam mana dari topik thesis terus masuk topik budaya couple kalangan generasi muda sekarang..
Pandangan supervisior sebagai orang senior dan makan garam lebih, merasakan akan kurang senang dengan gelagat couple sekarang.. Pendek kata "berbulu mata"
Maka, saya pun memberi sepatah dua kata..
"Sebenarnya saya pun tak suka tengok orang berdating, apa ntah lagi jika saya yang nak buat keja seperti itu...
sebab itulah saya tak pernah couple"
Bagaimana saya boleh bertahan tidak couple hingga sekarang?
Tidak dinafikan saya mengaku yang merasakan sunyi hidup bersendirian..
Apa ntah lagi umur dah nak menjangkau 26 tahun.. tidak pernah ada pasangan..
Generasi sekarang seperti couple itu adalah mesti..
Kononnya jika tidak couple, diri tak hebat mana..
Takde lelaki nak.. tak laku pendek kata...
Setakat ini alhamdulillah, saya bertahan... bagaimana caranya??
Saya akan berdoa dalam hati...
Sekiranya merasa kecil hati dengan tomahan orang..
Sekiranya terserempak dengan couple..
Sekiranya housemate saya sedang bergayut bagai nak rak.. dengan tunangnya...
Sekiranya kawan saya bercerita akan boyfriend dia...
Sekiranya saya nampak pasangan muda yang sudah punya anak.. yer.. saya amat suka akan budak kecil..
sudah semestinya saya nak anak kecil juga..
Setiap malam sukar tidur.. juga akan berdoa dalam hati.. sebab itu muka saya sentiasa nampak letih...
Sebab saya mempunyai kesukaran tidur.. sehingga pernah hampir subuh baru dapat lelapkan mata...
Sebab itulah saya kekadang penat bersabar...
Namun hati ini telah sebati untuk sentiasa berdoa kuat-kuat..
Maka, sudah lali untuk pujuk hati ini untuk terus bersabar...
Pendek kata, bagaimana saya boleh bertahan?
Bila rasa goyah, sakit hati, cemburu...
maka terus lah berdoa dalam hati...
nota kaki:
Khai.. jangan risau.. aku tak buat kerja gedik atau sewaktu dengan nya...
Pernah itu iyer... hanya bertanya khabar sahaja..
Selepas itu mesti rasa malu giler..
Maka, tak buat dah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haha.. gud girl.. hmm.. patut la muka ko kdg nmpk x bmaya.. ssh nk tdo rupanya.. byk fikir kot ko ni.. hmm..
ReplyDeletebenah.. xpe.. someday u will find someone.. aku, klo ada kwn2 yg aku rse sepadan ngn ko, dh lme aku knl kn..
hmm.. kapel ni seronok.. tp yg x seronok, dosa yg d tanggung r.. mgkn jodoh ko pon ada fikiran yg sme.. jd.. nti, ble Allah bukak kn hati dia utk cari ko, mgkn dia trus msuk meminang ko.. :)
teruskan bersabar. sambil tu doa dan berusaha agar mendapat suami yang soleh. bercinta lepas kahwin jauh lebih seronok. keberkatan pun ada. tak perlu ikut orang lain yang bercouple :)
ReplyDelete