SAHABat..

Sunday, January 31, 2010

ImpOSsibLe Is NotHING



Boleh tak aku kata...sekarang ni aku tengah stress...
bila lah aku leh jadi macam FYP masa final year dulu..
tiap2 minggu aku akan ready tuk present apa yang dah buat kat supervisior...
seminggu sekali.. pasti aku ready...
ada lah penah gak aku tak siap kerja.. sebab masa tu sibuk dengan jadi facilitator untuk program universiti dengan budak-budak sekolah rendah... aku tak siapkan abstract tak silap..
ehh.. ker poster ekh? .....o_O....


Tiap kali jumpa SV mesti aku akan angguk je.. menunjukkan aku paham... bila disoal.. aku jawab..
tapi most of the time... jawapan dari mulut SV adalah selari dengan jawapan dalam otak aku..


So situasi nya seperti SV anggap aku mungkin tak paham.. walaupun diterangkan..
Aku paham sebenarnya..
Aku musykil naper aku diam ekh..
Aku pelik naper aku pulak yang macam tak ready..


Bahaya ni cik kak oi!!!!
SV ko tuh... ko kena bagi 100% effort untuk Msc..


Paper hal pun aku memang dah terbayangkan masa Viva nanti...
YA ALLAH...
KO BANTULAH AKU..
KALO NAK DOWN PUN JANGAN LAMA-LAMA...
PARAH AKU...
AKU ADA BANYAK GILER KEJA... HUHU


Twilight pun aku tak khatam lagi..
sebab aku nak concentrate dengan bacaan lain...
aku tahan je temptation untuk bace twilight..
arrrgghhhh ada banyak lagi buku cerita yang aku nak baca :(


p/s: handsome gak David Beckham ni.. unfortunately dia Jews.. nyehh...
tok seh arr camtu... hahaha...

Saturday, January 30, 2010

ular tedung!!




Dalam bas... penuh dengan penumpang..
aku duduk di bahagian tengah, manakala bonda di bahagian belakang sekali..
keadaan bas sangat kotor...
sampah bertimbun di bahagian belakang...
dalam perjalanan yang aku pun tak pasti ke mana destinasi nya..
aku menoleh bahagian belakang memberi senyuman manis ke arah bonda ku..
tiba-tiba aku terperasan akan seekor ular yang agak sederhana saiznya
di timbunan-timbunan sampah itu..
lalu aku pun menjerit...


aku: driver!! driver!! ada ular!! ular!! ulaaarr~!



maka.. bus pun segera berhenti dan seluruh penumpang segera mengosongkan bus..
tapi bonda ketika itu memegang payung.. segera mahu membunuh ular itu bersungguh-sungguh.
aku pula menjerit...


aku: Mak!! jangan bunuh!! jangan bunuh!! ular tuh!! ular!!


nada aku amat cemas kerna takut akan keselamatan bonda..
ular tersebut amat lah agresif..
aku amat cemas...
aku tak pasti ular itu mati atau tidak..
kerna aku segera terbangun sambil menjerit..


ular tuh!! ular tuh!! ular!!



aku beristighfar.... huhu... kali ni mimpi ular lah plak. sampai menggigau :(

padahal...
tgh malam tadi before nak tido..
tetiba air mata ku mengalir kerna merindui bonda..
aku pun hantar sms untuk tido lena...
agar aku tenang..


"Akak rindu mak. Lurve u. Nite"



arini... aku telepon bonda..
menceritakan mimpi akan ular..


Bonda: kalo mimpi ular ni ada orang nak meminang akak lah..

anak: ehh... mak terima ke? sekarang ni kan akak tengah belajar...

Bonda: mak ok je.. bawa lah jumpa mak.. mak nak tengok...

anak: haha.. mak ni

Bonda: jangan bawak ular.. bawak orang.. ular mak tak nak...

anak: haha.. mak ni (aku tak de idea)



Hmm... aku agak bernasib baek kot.. sebab parents tak de pun nak push benda macam ni..
even adek aku 2 orang kat bawah dah bercouple pun..

ada baca

menurut Islam kalau mimpi Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya.

Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya, kalau anda lelaki, anda akan beristeri dan jika anda perempuan, anda akan lekas bersuami.

Mimpi Ular
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau digigit ular, bermakna akan segera mendapat pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah bernikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.

Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda.
Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda.
Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur.
Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

Monday, January 25, 2010

misi mencari daun segar...




dada ku sesak..
terasa seperti dihempap-hempap...
terasa kering teramat di tekak ini...
akibat menahan sebak di jiwa...


telepon bimbit berdering..
segera ku capai..
tanpa menjeling siapa pemanggil..
ternyata si dia yang memanggil..


dari suara aku dapat merasakan
bertapa kecewanya pemanggil
akan sikap ku...
sikap ku yang mungkin mengecewakan dia..


maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku...


aku kena mencari daun yang segar...
daun segar dari timbunan daun yang gugur...
daun-daun mati ini lah yang menghalang aku...
padahal aku perlu cepat..


aku perlu cepat...
aku perlu tangkas...
aku perlu bijak...
aku perlu peka...


YA ALLAH...
kekasih ku..
ku pohon bantu lah HAMBA Mu yang KERDIL ini...
ku pohon bantulah HAMBA Mu yang TIDAK BERUPAYA ini...


aku hampa..
tidak berkata-kata...
mati akal akan kata-kata untuk meyakinkan di pemanggil...
aku hampa...


p/s: aku berdoa semoga esok adalah hari aku...
hari baik bagi aku.. amin :)

Wednesday, January 20, 2010

problems with internal control...

terpaksa berhenti sekejap untuk RU-PRGS
huhu...
GAMBATEI!!

Aim Aku Before Akhir Bulan March...





InsyaAllah...
aku akan usahakan..
huhu...
GAMBATEI!!!

saper-saper yang berminat gak boleh klik sini

p/s: doakan aku.. thanks :)

Tuesday, January 19, 2010

Bukti Yang Nyata..


Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



Orang yang kafir daripada kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sehingga datang kepada mereka bukti yang nyata.



Iaitu seorang rasul daripada Allah yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran suci.



Terkandung di dalamnya (pelajaran-pelajaran) kitab-kitab yang lurus.



Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Tawrat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas lagi nyata.



Padahal mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya, dalam menjalankan agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.



Sesungguhnya orang yang kafir daripada Ahli Kitab dan orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.



Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk.



Balasan mereka disisi Tuhannya ialah Syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya, Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan ni'mat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya..



sumber untuk penerangan:


Pernyataan dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik bahwa mereka akan tetap dalam agamanya masing-masing sampai datang nabi yang telah dijanjikan oleh Tuhan. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. datang, mereka terpecah belah, ada yang beriman dan ada yang tidak, padahal Nabi yang datang itu sifat-sifatnya sesuai dengan sifat-sifat yang mereka kenal pada kitab-kitab mereka dan membawa ajaran yang benar yaitu ikhlas dalam beribadah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat. Penutup

Dalam surat ini Allah menerangkan bahwa ajaran Muhammad s.a.w. adalah ajaran yang benar dan agama yang dibawanya adalah agama yang lurus yang mencakup pokok-poko ajaran yang dibawa nabi-nabi yang dahulu.


Terima Kasih Dr Zafarina

Minggu lepas.. sebelum malam tu aku bertolak ke KL dari Kota Bharu station bas, belakang TESCO je... untuk urusan penyelidikan.





Sedang aku kelam-kabut uruskan urusan Dr Nik...
Sedang aku kelam-kabut balik ke PPSK, USM...
Sedang aku berlari-lari anak naik ke tingkat 2 menuju ke Bilik Dekan..





Aku terserempak dengan Timbalan Dekan, Dr Zafarina..
Dengan rasa hormat dan hemat, aku menegur Dr Zafarina...
dan dia memberikan senyuman manis kepadaku..
yang tengah muka berkilat dan berpeluh..
akibat menscuterkan diri..
pagi-pagi..
terkejar ke sana, ke sini...
....O_o....





ayoo....malunya.. time tuh muka tengah comot... huhu
tak pe.. abaikan lari dari tajuk :P





Bertanya khabar akan SV aku..
keadaannya..
dan aku pun bertanyakan akan dokumen penangguhan Program Kursus Pra-Perkahwinan
yang dianjurkan oleh PERSALA...
atas urusan ini lah sebenarnya aku berlari terus ke Bilik Dekan..





Sementara aku teringat akan keperluan Bilik Siswazah akan water dispenser...
aku terus dengan rase sengan... huhuhu....
tak tahu lah..
apa perasaan aku time tuh..
perasaan.. nak cakap ke tak nak.. nak cakap ke tak nak..
tak cakap tak dapat..
cakap... malulah plak...
huhu...





Dengan beraninya dan ketebalan muka yang teramat...
(hohohoho.. dah lah muka berpeluh .....O_o....)





aku yang nak cakap ke tak nak cakap: Hmm.... Dr... maaf ye... sekiranya permintaan saya ini melampau... harap sangat PPSK dapat sediakan water dispenser seperti di surau untuk Bilik Siswazah.. hehehhe... sebab saya selalu curi-curi air kat sana sebenarnya...

Dr Zafarina: Owh.. yang itu... awak nak yang ade panasnya ke atau hanya air sahaja...

aku yang nak cakap ke tak nak cakap: Errrr.... kalo boleh mungkin yang panas.. sebab boleh bancuh air..

Dr Zafarina: Ok... InsyaAllah saya akan uruskan...

aku yang nak cakap ke tak nak cakap: Errrr... maaf ye jika saya menyusahkan Dr akan water dispenser ini..





Maka berpisahlah kami dipersimpangan menuju ke haluan masing-masing...






Tak sangka pulak, keesokan harinya ketika aku di HKL. Sampai sudah pemintaan aku yang berpikir banyak kali, nak cakap atau tak nak cakap.


Maka hari ini, ketika makan tengahari di kafe, terserempak dengan Dr Zafarina.
Ucapan terima kasih kepada beliau dari pelajar seperti aku..


Tak silap banyak rancangan untuk membaik pulih Bilik Siswazah ini..
pasang air-cond.. tak perlulah aku nak guna kipas Prof Wan Manan.. thanks Firdaus (Oh)


Mini surau akan dirobohkan..
huhu di mana lagi tempat untuk aku dengan Oh untuk merehatkan badan..
jika bermalam di rumah ke-2 ku ini..

Takpe...
Kita tunggu dan lihat :D


Sunday, January 17, 2010

aku pun nak luahkan pasal Msc by Research...

Sebelum aku ade meeting PERSALA pukul 4 selepas terima sms dari pengarah projek kata jgn datang lambat...
dan ahli-ahli jemaah yang lain secara bertalu-talu...
aku pun nak luahkan pengalaman sepanjang satu semester menjalani pengajianku untuk peringkat Sarjana Lanjutan (Msc.) secara penyelidikan... setelah rakan seperjuangan ku meluahkan apa yang mereka alami

http://hujungpena-melorian.blogspot.com/2010/01/master-by-research-respon-kepada.html

dan

http://tidakmahudikenali.blogspot.com/2010/01/permanent-head-damage.html

aku pun bukannyer budak pandai...
aku pun bukannyer lahir-lahir dah kenal A, B, C sampai Z...
aku pun bukannyer boleh belajar sendiri alif, ba, ta sampai ya... kena ustaz (arwah Tok Mon) ajarkan
aku pun bukannyer budak 4 flat mase Bsc. Biomedicine...

sepanjang perjuangan aku sebagai pelajar Malaysia...
doa restu dari mak, ayah dan family...
jadi penguat aku untuk teruskan perjuangan ini...
memang aku disini secara rasminya mengaku...
aku BUKANNYA budak yang lahir-lahir dah tahu sumer benda...
aku perlu dididik...
aku perlu ditunjuk ajar...
aku perlu bimbingan...


yang paling penting aku PERLU KUAT...
aku pun banyak kali JATUH...
aku yakin aku kena BANGUN....

aku bukannya ade D macam Darus Interferon...
aku bukannya ade BOS macam Melor...

yang aku hanya ade MAK, AYAH and FAMILY...
walaupun aku tak pernah rasa..
ade seseorang yang beri semangat kat aku...
setiap kali JATUH...

aku just yakin..
aku punya KEKASIH yang hakiki...
iaitu di atas...
dia je yang aku bergantung harap..
walaupun aku tak pernah nampak...
walaupun aku tak pernah rase dia tepuk bahu aku supaya kuat ker....
walaupun aku tak pernah nak pinjam bahu untuk menangis...
walaupun aku tak pernah dengar kata-kata semanggat untuk teruskan perjuangan ini...
walaupun aku tak pernah dapat sms ucapan-ucapan manis untuk aku tersenyum pagi-pagi...
buat aku bersemanggat untuk teruskan perjuangan...

[part ni sebenarnya aku menangis depan laptop ;( ]

aku hanya ada aku...
semangat AKU...
YA ALLAH...
KEKASIHKU...
jangan lah jatuhkan semanggat aku
setiap kali aku jatuh...
sampai mungkin aku dah terbiasa jika aku jatuh...

before aku buat Msc by research ni pun..
aku tanya senior...
aku tanya sepupu aku...
sampai kena marah-marah dari Pak Ngah...
bagi amaran jangan jadi RA (research assistant)
maaf tak salah jadi RA...
cuma aim aku untuk completekan Msc..
so Pak Ngah nasihatkan just focus pada Msc..
tak perlu jadi RA untuk timba pengalaman dalam research...
memang pengalaman itu sangat penting..
aku jadi takut...
sebab tak tahu kenapa Pak Ngah marah-marah aku...
aku tak tahu kenapa dia sangat marah kalo dengar perkataan RA...
maybe pengalaman anak dia kot (sepupu)
still boleh teringat lagi.. huhu
kecik ati aku bila Pak Ngah terus letak telepon...
terpinga-pinga aku...
menitik air mata...

cuba bayangkan...
aku yang datang dari jauh...
dari Melaka..
yang tak tahu apa-apa..
1st time datang Kelantan..
tak pernah travel jauh...
aku dah ketuk pintu lecturer untuk tanya ade tak kosong untuk aku buat Msc...

aku just YAKIN je...
walaupun aku sebenarnya tak tahu...
mungkin KEKASIH aku kesian sangat-sangat kat aku...
aku dapat jumpa Dr Nik... SV (supervisor)
mengatakan perlukan student Msc..
itu pun setelah seminggu aku di HUSM..
dengan pertolongan kawan aku untuk aku berlindung...


akhirnya aku dah pun satu semester untuk Msc. aku...
sekarang ni dah masuk semester 2...
Ya ALLAH...
KEKASIH aku...
ko kuatkan lah aku...

aku hanya lah hamba yang LEMAH...
aku hanyalah hamba yang KERDIL...

YA ALLAH....



AKU TANAMKAN CINTA...
AKU TANAMKAN SEMANGAT...
AKU TANAMKAN CITA-CITA...
AKU TANAMKAN USAHA...



AKU MEMANG LEMAH...
AKU MENGAKU..
MAAFKAN AKU...

p/s: Doakan aku... terima kasih..

Saturday, January 9, 2010

I am an adventurer....
















aku seorang pengembara...


Ramai yang mempertikaikan kenapa harus buat Msc jauh dari negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Kenapa? Kenapa....?



Bukankah selalunya orang akan pilih tempat yang lebih dekat untuk Master. Sekiranya Ijazah maka ramailah yang terpaksa berpisah jauh dari keluarga.. itu adalah lumrah..




Hahaha.... memang saya memilih jalan ini.
mengembara...
merantau....
dan mencari pengalaman di negeri orang..



lagi jauh, lagi best... lagi mencabar..
bolehlah mematangkan diri...



hmmm.... semoga pengembaraan ini dapat mematangkan diri lagi..
kerana diri ini belum cukup matang, rasenya...

p/s: Doakan aku untuk mematangkan diri.. dan juga aku sekarang di negeri orang...
kena pandai untuk hidup.. huhu
SEMOGA AKU BERJAYA


Friday, January 8, 2010

CuTI - cutI KelanTAN... yehaaa!!!

Satu aritu... family datang kelantan except adek yg belajar kat Negara Matahari Terbit arrr....
aku lagi excited kot kalo kebetulan dia pun leh join melawat aku kat Negeri Pantai Timur ni...
huhu.. memang sesuatu yang rahmat kalo dia dapat cuti dan dapat balik ke Malaysia..




Bila dapat sms dari bondaku kata dah bertolak dari UIA Petaling Jaya, sbb ambil adik ke 2 (baby) of course hati aku sentiasa berdoa.. semoga dorang sumer selamat sampai ke Negeri Darul Naim ni... huhu...




tak senang duduk.. selagi tak tgk dorang ada kat depan mata... huhuhu... naper lah leh pikir banyak yang bukan-bukan..huhu...




mase yg sama, aku kemas rumah.. then g bilik bertapa kat USM... hahaha...
siapkan perkara yang patut..
hati still resah..
sms nijam..
dah smpai mana..
huhu...




Alhamdulilah.. dah nak maghrib selamat lah dorang sampai ke sini...
terima kasih para pokok-pokok dan hidupan yg lain kerana memberi salam kepada mereka sepanjang perjalanan dorang...




Malam..rest..
then esok pagi.. berangkat ke Rantau Panjang.. thanks kak za bagi tau selok belok..ukhh... jauh gak Rantau Panjang.. tak per nanti kita pergi Rantau Pendek dokat sikit :P...





Mcm biasa.. borong lah aper yg patut.. periuk.. toto.. baju T-shirt.. seluar jeans ayah...
hahaha... ayah rugged.. pakai jeans and kopiah always... hahahaa....




paling tak tahan.. mak and ayah suka pakai T-shirt free yang sama...
tak kira arr... T-shirt tajaan Taylor College ker
hari Kanak-kanak sedunia ker...

asalkan free and sama...
warkkhhh... romantik sungguh pasangan belangkas ni...





Then, malam pergi Wakaf Che Yeah.. kesian ayah... penat nak rest je kat rumah.. tapi anak-anak dan isteri tersayang.. ikut juga ke Wakaf Che Yeah... ade lah beli tudung sikit...





Esoknya dorang nak balik dahh.. sekejap je.. tak lama2.. kata ayahanda nak melawat sahabat lama di Felda, Pahang. Tempat ular bertedung hehe... Kat sana lah ayah jumpa mak..
chewahh... sekali tup-tup.. dua-dua orang Melaka... haahaha..





Bila dorang dah nak bertolak..
salam-salam..
peluk-peluk..
cium-cium pipi kiri kanan...

hilang je kelibat kereta ayah... hatiku mula tak senang duduk...
asyik sms nijam.. dah smpai mana...




huhu... bila lah lagi dorang nak datang melawat aku kat sini...
tak pun senang-senang aku je lah yang melawat dorang kat Negeri Bandaraya Bersejarah tuh..
(alasan BAEK nak cuti sokmo :P)





ayahanda yang berkopiah dan berseluar jeans...
hehehe...


bonda yang sengaja tangkap gambar macam ni..
side effect bila windows shopping banyk sangat kot..
hahaha

baby and me.. pinjam topi Jason Mraz..
bukan nak beli pun..

full edition of Jason Mraz by girl...

budak St. Francis Institution (SFI) mula dah
belajar tangkap gambar macam ku...
haha...

Saturday, January 2, 2010

Aku YanG .....O_o......


That's right...
i'm really feel uncomfortable and tension at this moment...
coz my chapter 2 not really done and complete yet...

Dammm... duhhhh... maybe just unfortunate, that i can't complete my task..

Ya Allah.. please give little bless here...
huhu...
really don't know..
why i can't write the chapter...

please get out from this situation!! so that u can continue your chapter 3 which is material and method part!!!

GAMBATEI!!!

p/s: still don't know how do i to release my tension.. :(
GREAT!!

MaSAK - MaSAk!!




Semenjak duduk sorang sokmo kat kelantan ni...
of course aku tak masak sgt...

yups.. kalo sorang aku mmg tak masak...
kalo kira tenaga, mase and kos..
of course makan luar lebih senang..

masak tuh.. ade arr... time pose..
nak buka pose dgn kak su (jiran)..
masak lah.. lauk2...
mcm biasa lauk nyer..
lauk sayur (of course)
lauk ayam masak kicap...

tu lah yg proper sajian yang aku buat sepanjang aku kat kelantan ni..
hahaha....

confirm dah lama tak practice...
lauk jadi kurang sikit 'kick'.... :P

haha... paling last sekali masak 28.12.09 (balik cuti x-mas)
masak lauk ayam kurma...
keh keh keh...
tak tau bila lagi akan aku masak .....O_o.....

haha.. tak yah risau kot..
insyaAllah.. kalo duduk lama kat kg...
hari ke 3 dah ok arr skill tuh...


p/s: deh... aper aku nak risau.. ttg blog ni ...O_o...
confirm tak de org yg bace... keh keh keh..
kalo dah bace.. diam-diam sudah :P