SAHABat..
Saturday, January 30, 2010
ular tedung!!
Dalam bas... penuh dengan penumpang..
aku duduk di bahagian tengah, manakala bonda di bahagian belakang sekali..
keadaan bas sangat kotor...
sampah bertimbun di bahagian belakang...
dalam perjalanan yang aku pun tak pasti ke mana destinasi nya..
aku menoleh bahagian belakang memberi senyuman manis ke arah bonda ku..
tiba-tiba aku terperasan akan seekor ular yang agak sederhana saiznya
di timbunan-timbunan sampah itu..
lalu aku pun menjerit...
aku: driver!! driver!! ada ular!! ular!! ulaaarr~!
maka.. bus pun segera berhenti dan seluruh penumpang segera mengosongkan bus..
tapi bonda ketika itu memegang payung.. segera mahu membunuh ular itu bersungguh-sungguh.
aku pula menjerit...
aku: Mak!! jangan bunuh!! jangan bunuh!! ular tuh!! ular!!
nada aku amat cemas kerna takut akan keselamatan bonda..
ular tersebut amat lah agresif..
aku amat cemas...
aku tak pasti ular itu mati atau tidak..
kerna aku segera terbangun sambil menjerit..
ular tuh!! ular tuh!! ular!!
aku beristighfar.... huhu... kali ni mimpi ular lah plak. sampai menggigau :(
padahal...
tgh malam tadi before nak tido..
tetiba air mata ku mengalir kerna merindui bonda..
aku pun hantar sms untuk tido lena...
agar aku tenang..
"Akak rindu mak. Lurve u. Nite"
arini... aku telepon bonda..
menceritakan mimpi akan ular..
Bonda: kalo mimpi ular ni ada orang nak meminang akak lah..
anak: ehh... mak terima ke? sekarang ni kan akak tengah belajar...
Bonda: mak ok je.. bawa lah jumpa mak.. mak nak tengok...
anak: haha.. mak ni
Bonda: jangan bawak ular.. bawak orang.. ular mak tak nak...
anak: haha.. mak ni (aku tak de idea)
Hmm... aku agak bernasib baek kot.. sebab parents tak de pun nak push benda macam ni..
even adek aku 2 orang kat bawah dah bercouple pun..
ada baca
menurut Islam kalau mimpi Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya.
Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya, kalau anda lelaki, anda akan beristeri dan jika anda perempuan, anda akan lekas bersuami.
Mimpi Ular
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau digigit ular, bermakna akan segera mendapat pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah bernikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.
Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda.
Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda.
Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur.
Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bl nk bwk jumpa aku gak? hehe..
ReplyDeletemasalahnya aku pun tak tahu bila..
ReplyDeletemimpi dah dapat..
orang nyer tak de pun :(
Jangan bimbang lagi 2 3 tahun insyaAllah...i ada pengalaman dengan mimpi ular tedung ni. sian pulak dalam mimpi ia kena kejar dengan bapak i. 2 3 kali gak la sebelum kawin. u baca buku mana ni ben...err ke jurnal hypnotism mana?
ReplyDeletemelor cuba klik kat 'baca'
ReplyDeleteakan terus ke link reference...
tak de lah bimbang bnda ni...
sekarang ni lebih bimbang akan studies...
INSYAALLAH!! GAMBATEI!!!
doakan je jodoh i dengan orang yang soleh :D
aku tak percaya tafsiran mimpi, melainkan tafsiran nabi yusuf
ReplyDeleteok... :)
ReplyDeletemimpi tu kan mainan syaitan..
patut aku bangun buat solat tahajjut...
huuhuuu..
ni tak.. letak kepala balik..
sambung tido :(