SAHABat..

Wednesday, February 17, 2010

Pada suatu malam......



Bismillahirahmanirahim...


Malam semalam, sedang aku leka mendilute primer forward CTCF, primer reverse CTCF dan probe CTCF dari stock dilution 100 uM (mikro Molar) kepada 10 uM dengan menggunakan formula yang dikira sangat berguna untuk kerja-kerja lab iaitu M1V1 = M2V2...


Lokasiku ketika itu ialah di Bilik RNA yang terletak di dalam Makmal Kultur. Sedang aku leka menambahkan RNase-free water ke dalam eppendorf tube yang telah pun ku letakkan dengan 100 uM primer untuk dicairkan, tiba-tiba aku terdengar seperti perempuan mengilai dalam keadaan sangat hiba.


Dari suaranya aku pasti perempuan itu bukannya manusia biasa. Aku pasti mahkluk Allah itu berada di mana lokasinya. Namun, aku tidak terganggu sedikit pun akan kejadian itu dan teruskan pekerjaanku. Ibadahku menuntut ilmu.


Malah aku mengeluh di dalam bahasa kata hati.

"Lohhh... bohsan arr... malaslah aku nak layan. Aku banyak kerja ni.. ...O_o.... "


Kemudian, aku terdengar akan suara Melor memanggil dari pintu masuk Makmal Kultur maka aku pun segera menyahut panggilannya.


Keesokan petangnya, baru aku punya masa untuk bercerita akan kejadian semalam. Melor pun menceritakan bahawa dia pun merasakan sesuatu ketika mencariku di makmal.


Hmmm.... ade peneman juga aku. Tapi kalo boleh sediakan lah air ekh lain kali..
hahahha... Sebab kami ni kalo boleh nak tido sekali kat makmal atau postgraduate room tu..
Cuma tidak kesampaian je..


Even ku rasa postgraduate room tu lah merupakan rumah pertamaku, kemudian baru rumah sewa..
Hahaha... wat ever it is. Dont give up!! Gambatei..


Result TaqMan probe iaitu quantitative Real Time PCR untuk pertama kalinya, tidak memuaskan kerana aku tidak berjaya memperoleh sigmoid curve untuk result Rn Versus Cycle.
Tak pe InsyaAllah aku akan berguru dengan kak effa akan perkara ini. Srinda dari ABI company pun telah pun diattachkan file untuk pandangan dari kepakaran dia. Harap dia dapat banyak membantu.


Oleh demikian, Gambatei!!

3 comments:

  1. mak aih.. seram gak klo ada peneman..

    ReplyDelete
  2. marila sama2 kita berguru :(...bennnnnnnnnnnnnn............. petanda ilmu bakal bertambah ialah berasa diri semakin bebal.

    ReplyDelete
  3. khai: weeee~ kalo lah dia pakar dlm qPCR ni then ajar aku kan best :D

    melor: petanda ilmu bakal bertambah ialah berasa diri semakin bebal ke kebal? .....O_o....

    ReplyDelete