SAHABat..

Tuesday, March 23, 2010

Duet Beranak..

Sejak dari kecil lagi... mak dan arwah nenek ajar agar kami adik-beradik punya sikap suka menabung.. Arwah nenek sendiri suka menabung, selepas beli barang-barang basah kat pasar pagi, pasti akulah cucunya yang akan dipanggil untuk mengambil duit syiling baki dari perbelanjaan dia hari ini untuk memasukkan dalam tabung-tabung dia. Arwah nenek buat tabung sendiri dengan bekas bedak Johnson & Johnson. Ditebuk lubang pada penutup dan punya tabung khas untuk 10sen, 20sen dan 50sen. Cukup masa arwah nenek akan belanja cucu dia dengan baju baru ke, anting-anting ke.... Tapi tu dulu, masa arwah masih hidup.







Kami adik-beradik pun masa kecik tak merasa pun hasil kutipan duit raya. Ingat lagi, penat-penat je jalan raya dengan sepupu sumer kumpul duit raya.. Hahahhaha... happy giler walaupun kembung perut.. Last-last duit raya, mak dengan kuasa diplomatik nya mengarahkan duit semua akan dimasukkan dalam tabung haji. Hahahahhaha.....



Cerita Duet Beranak....
Masa kecik, aku anak sulung...cehhh... manyak kerja arr as anak sulung ni.. :(
hahahha sempat mengeluh :P



Satu petang yang nyaman, dalam rumah papan di Kampung Bandar Hilir, Melaka. Aku tiba-tiba beri kenyataan kepada adek lelaki aku yang bawah.



Aku anak sulung a.k.a akak: "Dek! Cayer arrkhhh... duet boleh beranak?"


Adek lelaki aku: "Cehh... iyer ker? .....O_o..... Bohong arrrr!! Mana boleh duet beranak."


Aku anak sulung a.k.a akak: "Iyer arrr.... duet memang beranak. Tu yang duet akan bertambah. Kalo tak cayer, adek g kira duet kat tabung adek.. lepas tu esok adek kira balik"


Adek lelaki aku: "Ok... adek g kira. Esok tak tambah duet adek. Siap akak!"







Hahaha.... aku cakap tak nak cayer budak ni.. Tengok arr esok.. Confirm duet ko beranak..


Maka keesokkan hari, pagi-pagi lagi dengan muka tak mandi. Adek lelaki aku menjerit.



Adek lelaki aku: "AKAK!!!!!.... Duet beranak arrr!!! Duet adek bertambah ni.. Fuhyooo... Camner akak tahu duet boleh beranak!!"


Aku anak sulung a.k.a akak: "Hahahahahha... tu arrr akak cakap tak nak cayer!"



Camtu lah adik-beradik punya perangai. Tiba-tiba aku dapat akal tuk kata kat adek aku ni yang duet beranak :P

Adek lelaki aku ni pernah sanggup tak makan dengan duet belanja dia seringgit sehari masa waktu rehat kat sekolah. Semata-mata nak kumpul duet RM 10.
Bertapa bernilainya RM 1 untuk seorang budak masa itu. Huhuhuhu sanggup dia menahan lapar.


p/s: Malam tu aku masukkan duet 5sen dalam tabung dia secara senyap-senyap. Petang tu baru adek sedar yang duet memang tak boleh beranak :P.... hahahha... as usual aku memang suka akalkan adik-adik aku... keh keh keh (gelak evil :P) tapi aku sayang dorang owhhh... hahaha

1 comment:

  1. duit boleh beranak kalau ada mak dan bapak duit :p

    ReplyDelete