SAHABat..

Saturday, July 31, 2010

Biarlah YM Berbicara




Nampaknya saya telah mengunakan masa hujung minggu saya dengan bijak. ini adalah kerana saya telah berjaga menghantar abtract untuk conference kepada supervisior saya melalui e-mail. sedari saya telah pun menerbitkan 4 post untuk blog saya.


Can't take my eyes over you



Excited Stsge




Tips bau badan




Kali ini saya mahu menceritakan mengenai buku novel yang telah saya baca. Biarlah YM Berbicara merupakan tajuknya dan penulisnya ialah Hanni Ramsul. Mak sedara saya yang mengsyorkan buku novel ini dan meminjamkan kepada saya.


WATAK:


Abang Kamal - merupakan abang sepupu kepada watak utama. Abang sepupu yang amat menyintai Tiha dan berkerjaya sebagai doktor.


Encik Firdaus - merupakan majikan kepada watak utama. Seorang yang mempunyai package yang lengkap dan dalam diam menyukai dan menyintai watak utama iaitu Diya. Menyamar sebagai Charming untuk mengenali Diya dengan lebih rapat. Beliau juga seorang anak yang taat dan baik kepada ibunya.


Sharifah - Kawan rapat kepada watak utama dan berkerja di tempat yang sama. Telah pun bertunang dan telah pun menjalinkan hubungan dengan teman lelaki semenjak dari tingkatan 2.


Nurul Adiya Fatiha - Watak utama yang tidak yakin akan cinta. Punya pengalaman yang pahit antara dia dan abang sepupunya, Abang Kamal. Namun abang Kamal telah pun insaf.




Setelah aku khatam buku novel ni.. Ciss... tak masuk akallah watak utama tuh..
hahaha.. Bagi aku si watak utama tu tak matang langsung. Umur dah 27 tahun, tapi still perangai macam budak-budak. Huhuhu.. tak reti masak.. mcam manalah Encik Firdaus tu leh sanggup nak tunggu dia sampai dia leh nak terima Encik Firdaus.


Yups.. aku kagum dengan watak Encik Firdaus, semuanya bagus pada dia..
Ker aku yang tak paham macam mana nak menjiwai watak orang bercinta ...O_o...


p/s: Ok nak siapkan part poster plak.. Doakan aku ..^^..

Friday, July 30, 2010

Can't take my eyes over you...

Hahaha.. can't take my eyes over you!!
Rindu nak layan dorang lagi...
Huhu.. bilalah ada peluang lagi ekh...
Anak buah pun dah semakin bertambah...
wahhh.... meriah!! haha



with Mohd Qayyum Kautsar... this boy memang selalu tangkp gambar muka sepesen macam ayah dia.. haha.. mimik muka memang macam tuh..




with Nasra si kebaya nyonya bersanggul ros merah...
sanggat cun wehh... hahaha.. maaf muka penat ...O_o...


Dari setadi dok belek gambar-gamabr dengan dua budak ni...

Excited stage..

Tulah.. sehari suntuk aku duk rehatkan minda hari ni...
Dah malam baru nak siapkan abstract..
sekarang dah pukul 3.47 pagi..
Television macam biasa.. yang usha aku.. bukan aku yang usha dia..
saat-saat macam ni aku memang dah biasa buka channel 705 iaitu hitz...
biarkan sahaja kotak bergambar itu menyanyi dan menjerit..
aku boleh still concentrate dengan kerja aku..
aku ni ade perangai pelik...
memang aku akui...
perangai memang tak leh nak ubah.. aishhh... seykel pale karang baru tahu!!
biar kan sahaja manikam yang tahu perangai itu.. haha


Ketika mencari bahan untuk siapkan abstract..
Sekali terjumpalah thesis orang...
dan ketika itulah aku mula nak berkoya atau beranggan...
haha....





contohnya yang ni... dalam thesis tu mesti lah ade part dedication...
yang ni.. insan ni dedicated hasil kajian dia kepada husband dan anak-anak..
mak dan ayah dia doktor owhhh....

Kalo aku.. confirm-confirm mak dan ayah dulu...
cikgu je pun dorang...
hahaha....
confirm-confirm aku ucap syukur kepada KEKASIH...
wahhh.... girangnya hati... hahaha...

Kalo insan ini mesti lah nak tunjukkan rasa terima kasih pada pengorbanan family dia..
betol tak?? hahahahha
sungguh jiwang!! GOOD!! GOOD!!

Tanpa dorang mana mungkin ko boleh nak teruskan perjuangan ini kan?
hahahaha..

Biasa arrr dalam hidup ada naik turn..
hidup macam bola...
relaksss....





Lepas tu part acknowledgments..
wahh.. part ni lah yang paling panjang..
segala insan yang membantu pasti akan disenaraikan di sini..
of course arr supervisior dulu..
nak kena tibai? ...O_ o...
hahahaha...


Aku dah standby ayat apa nak guna part ni..
haha... mase undergrad dulu..
supervisior aku dah tolong baek punya..
karang ayat yang best lah ayatnya...
thanks dan banyak guide aku time tuh..
time tu memang aku blurr giler.. giler..


Sekarang pun aku harap...
aku dapat banyak belajar di Universiti Sains Malaysia ni..
Cita-cita murni ni wehh... ngahhh ngahhh ngaahhh...





Ok... ...O_o...
aku koya je lebih..
thesis part last lah wei!!!
hahaha...
nampak bebenau nak abes Msc. secepat mungkin..
ehh.. lagi bagus...
hahaha...


Kenalah publish paper dulu..
Karang time viva karang..
Ko nak tabur aper??
Ko nak merepek ape kat penilai?
Dorang expert ok!!!
Ingat tuh...


Macam dalam gambar ni..
Kak Asma... dah publish pun...
jadikan dia sebagai ilham!
Gambatei!!!





Haaa.... ini lah publication supervisior aku.. dapat masuk bulletin lagi...



~Nasib seseorang itu tidak akan berubah selagi dia sendiri tidak mahu berubah~


Ok time sekarang ni.. body clock aku dah melepasi masa tidor...
mata tak seberat pukul 1.30 pagi tadi..
abstract dah siap..
tu yang boleh berkoya kejap...
hahahahahaha...

Doakan aku ...^^...

Tips - Bau Badan

Kali ini nak bagi tahu tips-tips untuk menghilang bau badan.. erti kata lain bau ketiak.. tak de lah kena cop sebagai status "cik ketik" atau "mamat ketik".. haha..


Serius.. benda remeh-temeh macam ni lah kena lah ambil berat.. kesian kawan-kawan sebelah kena tahan bau aromatherapy secara percuma.. Haha pandai cakap.. cakap macam gampang :P.. jangan diri sendiri pun ada masalah bau badan.. huhu..


Kalo nak tahu.. kadang-kadang.. sesetengah product untuk mengilangkan bau badan ni memang tak sesuai dengan kita.. kadang-kadang.. bila tindak balas peluh kita dengan bahan kimia akan tetap menghasilkan bau yang tidak enak.. hasil dari bakteria di bahagian itu lah yang menyebabkan bau yang tidak enak ini...


Maka ibunda pun memberikan sedikit tips untuk menghilangkan bau badan dengan menggunakan bahan yang semulajadi.. bebas dari bahan kimia... iaitu mengunakan limau nipis..




stock untuk lebih kurang seminggu.. haha





close up sikit baper jumlah harga untuk 10 biji limau ini.. baru RM1.20..
murah je kan?? dari beli REXONA.. haha





kalo sesiapa yang masih tak kenal limau nipis tu aper.. nilah rupanya.. besar sikit dari limau kasturi.. or in English it call as lime :P




maka sebelum mandi.. selalunya aku guna sebelah je.. jimat sikit.. kalo ade 10 biji.. maka 10 harilah leh guna.. maka aku ade stock tuk 10 hari lah... sehari sebijik.. mandi 2 kali sehari...





ohh... be careful yer ketika menggunakan pisau.. haha





setelah itu sila tekan bahagian kulit sehingga bentuk begini.. yer.. kulit memang keras dan kena tekan lebih kuat... bahagian inilah akan gosokkan di bahagian ketiak ketika mandi.. badan pun segar dan wangi dengan bau limau ini.. semulajadi lagi..





harap.. lepas ini dah tak guna langsung REXONA ini.. nak guna limau nipis je.. bukannya baik pun..



Sebenarnya dah penah tanya doktor akan kesan penggunaan benda ini terlalu kerap.. dan jawapan doktor tiada kajian setakat ini benda ini menyebabkan kanser atau sebarang masalah... maka tiada masalh jika nak guna.. cuma ibunda ini asyik tekankan jangan guna produk seperti itu lagi.. tak pe sekarang memang tiap kali mandi memang akan guna buah ini..


Kalian pun harus mencuba.. SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, July 28, 2010

Dammit....




Mohon pada diri ini...
Pujuk akan hati ini...
Merayu pada jiwa ini...


Untuk peroleh sedaya yang mungkin...
Untuk mengecapi apa yang dicitakan...
Untuk memberi contoh yang baik kepada si muda-muda yang di bawah....


Ya... sungguh berat tanggungjawab aku sebagai sulung...
Ya... aku perlu lebih berkerja lebih keras...
Ya... yang paling penting aku kena lebih BIJAK!!!!


Mengharapkan usaha aku berbaloi...
Mengharapkan masa depan yang lebih cerah...
Mengharapkan jiwa dan semangat ini bertahan dan cekal...


Aku perlu buktikan...
Peluang terbentang luas...
Apa lagi yang perlu aku risau kan..
Risau akan memperlahankan proses-proses itu...


Aku harap tiada yang kecewa..
Aku harap dapat buktikan...
Aku hara aku punya keredhaan dan keberkatan...


Apa yang perlu aku risau????
Jodoh??? AAAHHHHHH.....
Seperti biasa aku pasti akan lebih tumpukan perhatian dengan apa yang perlu
diberikan perhatian...
Serahkan kepada ILAHI..
USAHA aku???
adalah doa dan tawakal..
aku yakin ALLAH tidak TIDUR...
aku mahu DICINTAI daripada MENCINTAI..
bukan bersikap pentingkan diri sendiri..
cuma CINTA ini adalah amat TERHAD...
aku seorang yang bukan mudah untuk memberikan CINTA..


Tapi sampai bila?
Aku pun tidak pasti...
aku pun tiada jawapannya..
Harap tidaklah sebegitu lama...


AMIN YA RABBIL AL AMIN...
kepada MU sahaja aku pohon...
aku lebih serahkan logik dari perasaan barangkali...
tidak juga..
aku juga pernah merasa getaran cinta itu bagaimana... sebenarnya..
cuma jiwa aku pasti kuat berdoa agar.. kuat..
mohon yang terbaik untuk diri ini yang maha KERDIL...

Tuesday, July 27, 2010

Bayar Denda dapat Saguhati!!

Semalam adalah hari terakhir offer dari Perpustakaan Hamdan Tahir, USM...
sesaper yg ade buku yang tak hantar-hantar lagi...
yang malas nak hantar ke...
yang tak ingat buku letak kat mana.. then sekali jumpa balik dah lama tak berhantar..
ini lah masanya... haha...
masa yang paling sesuai untuk hantar buku...


Macam kes kali sebab-sebab lewat hantar
1. lupa :P
2. bila dah lama tak hantar.. so takut nak hantar sebab confirm-confirm denda banyak.. wahhh tak cukup duet :(





Macam kes kali ni.. ada 4 buah buku yang tak hantar balik
dari tarikh 16 Februari 2010... Hahaha.. lama giler...
Potongan harga adalah 50% sekiranya denda anda adalah lebih RM50..


So nasib baik.. dengan denda RM52.50..
maka dengan potongan harga yang berbaloi-baloi itu..
aku cuma bayar RM26.00 sahaja walaupun harga sebenar adalah RM 26.25...





Hahaha... then siap dapat saguhati lagi sebab lewat bayar...
aku agak ini mesti stock dari Science Direct untuk mengosongkan stor...
haha...

Baek hati sungguh lah orang Perpustakaan Hamdan Tahir ni...
....^^....




siap bookmark dengan kata-kata semangat ...^^....
MAJULAH PERPUSTAKAAN UNTUK NEGERA!!!!

Tuesday, July 20, 2010

Pelangi Yang Indah..



aku harap.. pokok yang besar itu mewakili jiwa aku secekal itu... dan pelangi itu adalah hasilnya.. InsyaAllah...


Selepas ketawa pasti menyusul air mata
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma
Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang
Allah berikan terang untuk bersyukur
Allah berikan kita gelap untuk bersabar
Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita


(kredit from leedza.blogspot)

aku memang mencari kata-kata semangat ni...
google.. alhamdulilah.. dapat cari...

Yaa... pelangi itu terdiri dari 7 warna..
masih ingat darjah 1..
menghafal warna-warna pelangi..
paling aku gemari edition Michael Jackson tuh..

M = Michael = Merah
J = Jackson = Jingga
K = Kena = Kuning
H = Halau = Hijau
B = Balik = Biru
I = India = Indigo
U = Utara = Unggu

Cuba bayangkan.. komposisi pelangi itu sendiri terdapat 7 warna..
untuk menghasilkan warna-warna pelangi pun kena melalui proses biasan...
untuk memecahkan warna putih yang terdiri dari 7 warna...
Setelah dibias... warna-warna tersebut pun terbias mengikut susunan gelombangan tersendiri.. maka tidaklah berselerak dan tidak mungkin akan tersalah susunan dari susunan warna-warna pelangi itu..
kerana itu adalah sifatnya... ALLAH Yang Maha Bijaksana telah pun menciptakannya...
tidak tersalah pun mana-mana pelangi di dunia ini.. susunannya terbalik...
atau warnanya tersalah susunan... SUBHANALLAH...


Kali ini aku aplikasikan di dalam kehidupan...
Untuk menjadi seorang yang berjaya...
Maka pasti akan menghadapi saat-saat kesulitan..
Ini telah pun mewakili awan yang mendung... tiada matahari yang menyinari kehidupannya
Individu tersebut sedang menghadapi kegagalan..
Jika tiada kegagalan... mana mungkin ada kejayaan?
Tolonglah... no body is prefect...
no body dah lahir-lahir dah tahu sifir 12...


Kegagalan memberikan anda pengalaman...
Pengalaman memberikan anda kematangan...
Kematangan memberikan anda tahu untuk membuat pilihan yang lebih baik...


Kemudian proses biasan...
Di sini proses individu itu akan memusabahkan diri..
Facilitator selalu kan buat Ice Breaking...
so kali ini lah individu itu akan...
merungkaikan kembali..
kesilapan.. kelemahan.. kekurangan... segala mungkin 'Ke...'
lah pendek cerita...


Akhirnya...
Waallaahhhh!!!!
Pelangi yang indah pun terhasil...
Apabila telah berjaya untuk memusabahkan diri..
apabila kesemua warna putih telah berjaya dibiaskan...
dan disusun mengikut susunan yang telah pun ditetapkan mengikut sifat masing-masing...
mengikut panjang dan pendeknya gelombang warna merah dan warna unggu...
maka... hanya saat itu juga ALLAH memberi pelangi yang sungguh cantik...


Maka... janganlah putus asa...
hanya cekalkan dalam hati.. AKU BOLEH TERUSKAN...
hanya sementara pun awan yang mendung.. tiada matahari...
INSYAALLAH... sementara....


aku pun harap aku dapat memecahkan dan membiaskan gelombang-gelombang dalam jiwa aku ini... supaya PELANGI itu dapat dihasilkan...


AMINN....


p/s: KALO KORANG RERAMAI DOAKAN AKU PUN BEST GAK KAN... DOA EMAK LAH YANG PALING MUSTAJAB... INSYAALLAH...


ありがとうお母さん。。母のお祈り一番いいと思う。。 InsyaAllah... insyaAllah.

maksudnya:"terima kasih emak... doa mu paling mujarab... InsyaAllah... insyaAllah..

Tuesday, July 13, 2010

Arini di USM

Ok.. sementara eden menunggu electrophoresis abes hmmm lagi 18 minit 42 saat lah dari sekarang ni...


Nak cerita sikit apa yang dah jadi arini...
tak nak tahu sudah.. weekkkkkk... :P


Pepagi lagi dah kelam kabut... menscuterkan diri ke Klinik Ophthalmology untuk appointment...
aduuhhh... lamanya nak tunggu giliran... walaupun orang yang ke 18...
tapi hampir 4 pit stop aku kena deal dengan nurse dan juruteknik sebelum aku dapat jumpa doctor...
sampai tertidur aku...
tidur peluk beg pack...
huhu...





sempat ambil gambar buku kesihatan HUSM.. sehari sebelum appoinment..
oh naseb doctor handsome... hehehehe.... owh abaikan journal yg bertimbun tuh... cehh tunjuk wajin je aku ni ....O_o...



Then.. after 4 jam sumer dah settle..
alhamdulilah... baru dapat masuk lab dan mulakan lab work anda...
huhu.... naseb sempat rembat air milo dari fridge dan sepeket biskut Jacob berperisa epal... owhh... best owhh... berkhasiat lagi...



display je packet Jacob tuh... actually biskut telahku pindahkan dlm bungkusan kertas puteh tuh... dah nak kena serang oleh geng semut... cisss... shyuhhhhh... syuhhhhh... semut... ....T_T....


Hari-hari aku macam ni... confirm aku akan turun berat badan lagi...
pikirkan nak jogging setiap petang...
tapi niat je ade...
malas tu bertimbun... cisss.... ....O_o....



display close up lagi tuk pecket Jacob berperisa epal... owh peach pun ade... hmmm... sama sedang lah tuk kedua-duanya... ...^^...


Oklah... tunjuk sikit tempat kerja aku camne...
sila abaikan bench work aku yang bersepah...




ok... dah.. dah... lagi 6 minit 38 saat je dari sekarang...
Doakan aku tuk abeskan sumer ni dengan jayanya...
Gambatei!!...


YA ALLAH KO PERMUDAHKAN URUSAN DUNIAWI AKU NI...

p/s: ok.. ni aku tambah after abes lab work... aku agak RNA aku tak ready lagilah tuk run electrophoresis tuh... sbb tu lah aku nmpk 2nd patient ade band.. 1st patient xde band... tak pe esok pepagi aku run balik... dan paling penting aku tak ready lah nak jumpa SV aku lagi... seriously.. ....T___________T....
sekarang ni hujan... aku boleh je redah.. sbb hati aku tengah kering sekarang ni...
hampe.... se hampe.. yang mungkin....