Rata-rata kelas tuisyen adalah dua jam..
Tapi untuk kes Azfar, kelas diadakan selama sejam sahaja.
Dalam sejam itu, terdapat banyak onak dan duri
1800: Cikgu bagi salam dan masuk terus cari Azfar yang menyorok di sebalik kerusi. Hulur tangan untuk disalam dan pujuk untuk mulakan kelas Bahasa Melayu.
1801: Cikgu bacakan Doa Belajar dan Azfar hanya menyambut doa ayat belakang sahaja.
1802: Kelas pun mula.
1805: “Cikgu saya nak minum air kejap ekh” pinta Azfar. Cikgu hanya angguk dan senyum berbisik dalam hati new hair cut nampak Azfar ni..
1810: “Cikgu saya nak makan ayam kejap ekh…” pujuk Azfar kelaparan. “Ok… g lah makan” sambut cikgu yang sporting kelas tergangu selang 5 minit.
1815: Azfar siap abes makan seketul ayam. 5 minit diperlukan untuk meratah ayam goreng milik adiknya dengan menyorok bawah meja mengelakkan dari dikesan oleh sipemilik yang leka main belon di ruang tamu.
1820: Kedengaran suara budak dari luar rumah. “Cikgu, saya check kejap apa kat luar jap ekh..” si kepoci Azfar pohon untuk keluar periksa apa yang berlaku di luar.. “Ok… kejap je” balas cikgu yang masih sabar dengan mengelat anak muridnya.
1830: “Cikgu… berapa minit lagi nak abes?”… kali ini Azfar lebih berterus terang akan kelas sejam nya tinggal berapa lama lagi.. “Lagi 30 minit” balas cikgu yang sudah pun terangkan apa itu saat, minit dan jam dengan demonstrasi jam dinding. Pergerakan jarum saat lengkap satu pusingan akan mengerakkan jarum minit, mengagumkan bagi seorang budak lelaki (baca: little boy).
“Tak boleh jadi ni… budak ni memang tak minat nak belajar Bahasa Melayu.. aku kena carik jalan untuk tarik perhatian dia!” bisik hatiku resah agar anak muridnya enjoy untuk belajar denganku.
Strategi dimulakan dengan….
“Tengok Azfar, Cikgu ada PSP.. ada game Angry Bird!” tarik perhatianku berjaya sambil menghidupkan permainan Play Station Portable (PSP). Anak mata Azfar terbeliak dan seperti excited akan alat yang sedang mula beroperasi, maka umpan cikgu mengena… “Yahooo!!” jerit hatiku…
“Wah.. ada berapa game kat dalam tu?” Tanya Azfar dengan penuh minat berbanding buku Penulisannya.
“Ada 4 game semua…Azfar siapkan kerja lepas tu nanti boleh main game.. nak?” pujukku agar strategi mengena.
Maka, kelas pun diteruskan dengan tanpa gangguan ciptaan budak Azfar.
1900: Kerja Azfar belum siap lagi.. Tetapi jarum jam telah menunjukkan nombor 7 dan jarum minit menunjukkan nombor 12. “Cikgu… dah pukul 7” cemas Azfar agar kelas ditamatkan dengan segera. “Takpa… Azfar siapkan dulu.. Kemudian dah abes” Pujuk Cikgu yang rata-rata Azfar hanya akan siapkan latihan sebanyak 10 muka surat sahaja.
nota kaki:
thesis dan manuscript masih menghantui jiwa ku..
sungguh sedih ...T_T...
No comments:
Post a Comment