SAHABat..

Tuesday, October 18, 2011

POLIGAMI vs MONOGAMI

Buku terbaru yang saya dah habis baca adalah
"POLIGAMI Seorang lelaki untuk ramai perempuan MONOGAMI Seorang lelaki untuk seorang perempuan"




Woohh.. woohh...
kalau sebut poligami memang isu sensitif dan pasti kaum Hawa lah yang akan risau dan tidak suka mengenai isu ini...
kerana setiap kali isu poligami timbul pasti banyak hati dan perasaan yang tersinggung..

Terdapat beberapa perkara yang disentuh oleh penulis antaranya ialah

* Benarkah setiap lelaki inginkan ramai isteri?

* Rasulullah boleh berlaku ADIL kepada semua isteri kecuali HATI

* Kasih sayang Rasulullah kepada Siti Khadijah tidak pernah berpindah kepada isteri- isteri lain - Siti Aisyah

* Lelaki berpoligami MENDERITA siang dan malam



Poligami juga merupakan bahan atau 'lauk' oleh golongan orientalis (para cendekiawan bukan Islam yang menyelidik ajaran Islam dengan tujuan untuk memburukkannya) dan Barat untuk mengutuk, merendah dan mencaci poligami yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.... dah tak de modal kot nak kutuk Islam... isk.. isk...


Apa yang pasti Rasulullah s.a.w. berpoligami tidak langsung didorong oleh nafsu (maka umatnya yang berpoligami kerana nafsu telah melanggar Sunah Rasul dan tidak adil kepada isteri-isterinya adalah musuh Allah dan Rasul-Nya)...
nahh.. kalau takut untuk tidak berlaku ADIL atau erti kata lain 'gali lubang kubur sendiri' dipersilakan berpoligami... hehe

Poligami Rasulullah s.a.w. ianya adalah semata-mata untuk berdakwah dan menyebarkan Islam...

juga telah berlaku adil kepada isteri-isteri dengan bukti tetap melakukan gilirannya kepada isteri-isterinya meskipun ketika baginda sedang sakit dan terpaksa dipapah untuk berjalan..

Hingga beberapa hari sebelum kewafatannya barulah baginda meminta izin kepada sekalian isterinya supaya baginda dibenarkan berehat di rumah Siti Aisyah..
tetapi masih isteri-isteri yang lain masih cemburu akan cinta Rasulullah kepada Siti Khadijah meski pun Siti Khadijah telah wafat.

See.... See... lumrah perempuan mudah cemburu dan nuraninya hati dan perasaan perempuan amatlah halus... sehinggakan Rasulullah S.A.W yang diberi mukjizat oleh ALLAH pun tidak mampu mengelak akan cemburu para isteri baginda..




Meskipun demikian, isu poligami tetap akan timbul untuk mengatasi masalah seperti

* isteri mandul

* isteri menghidap penyakit kronik yang sukar sembuh hingga hubungan kelamin di antara keduanya tidak mungkin
(secara peribadi, saya ingin mengutarakan keperibadian si suami akan keikhlasan, cinta dan kesanggupan menjaga si isteri yang nazak sehingga wafat baru lah si suami mencari penganti yang baru untuk keperluan batinnya... bukankah itu lebih elok dan tidak menimbulkan fitnah)

* isteri berkelakuan buruk hingga tidak ada lagi keharmonian dalam rumahtangganya, manakala si suami tidak dapat mengawal kelakuan isterminya lagi
(bukankah peranan suami adalah untuk mendidik isteri dan isteri pula harus mengutamakan Allah, Rasul dan kemudian suaminya)

* si suami adalah seorang lelaki yang berpanas baran. Nafsunya sentiasa berkobar terhadap wanita.
(sekiranya dia adalah seorang lelaki Muslim yang beriman pasti dia akan berusaha untuk mengawal nafsunya secara berpuasa... maka ini sebenarnya nafsu adalah ujian dia... jika dia berpoligami kerana nafsu, maka telah pun melanggar Sunah Rasul?)


BARAT

Sikap mereka yang menentang dan mengecam akan poligami Islam, sebenarnya sedang mengamalkan poligami secara lebih buruk, haram dan tanpa batas...
Mereka mengamalkan seks bebas... buktinya, berapa ramai anak luar nikah terhasil dari gaya hidup mereka? Berapa ramai pesakit AIDS dan sifilus yang dihidapi?

Sehinggakan terdapat rancangan realiti 'Who's your Daddy?" semata-mata untuk mengenal pasti siapa si bapa anak itu....

Sekurang-kurangnya Islam menjalani poligami secara sah dan status wanita itu bergelar isteri, anak pula berayah... Mereka pula yang berpoligami kebanyakkannya mempunyai perempuan simpanan... Itu sudah pasti adalah rahsia... Tenteramkah hidup dia???? Tidur nyenyak kah dia??

Malah lebih buruk lagi, hubungan seks secara bebas antara lelaki dan perempuan, liwat, homoseks dan lesbianisme oleh mereka sekarang sama anehnya dengan pendapat orang moden bahawa wanita yang berani berbogel di khalayak ramai itu popular dan dihormati sedangkan wanita yang menutup aurat dikatakan mundur dan ditindas?

Sedarkah mereka, bahawa inilah sebenarnya kanser masyarakat mereka? Di negara kita juga telah berleluasa akan seks bebas tidak kira Islam atau tidak...
Buktinya berapa ramai anak luar nikah terhasil? Lebih buruk pembuangan bayi dan lebih parah mereka tergamak membunuh bayi yang tidak berdosa itu.. Manusia kah mereka?

Bukan setakat telah terlanjur... Opsss maaf.... tidak layak diistilahkan terlanjur (konon bahasa sopan.... boh lah yan lahhh!!) tetapi mereka telah BERZINA...





PENGALAMAN POLIGAMI

Syeikh Abdullah Al Ghazali

Dalam buku ini, Syeikh Abdullah Al Ghazali ada menghuraikan penderitaan yang biasa dialami oleh seorang lelaki yang berpoligami dalam bentuk syair:

Ertinya:
Aku mengahwini dua orang wanita kerana terlalu bodoh. Boleh kahwin dua orang perempuan. Aku harus bijaksana hidup di antara keduanya.

Aku hidup di antara dua ekor kibas. Memutar balik keadaan selamanya. Sengsara meliputi hidupku. Senang yang satu marah yang lain. Tidak sunyi dari marah salah seorangnya.


Nasihat guru Hamka

Dalam Tafsir Al Azhar, Juzuk 4, Prof. Dr. Hamka menulis antara lain:

Seorang di antara guruku yang beristeri lebih dari seorang, pernah memberi nasihat kepadaku waktu aku masih muda, katanya:

Cukuplah isterimu satu itu sahaja wahai Abdul Malik. Aku telah beristeri dua. Kesukarannya baru aku rasai setelah terjadi. Aku tidak boleh mundur lagi. Risiko ini akan aku pikul terus sampai salah seorang dari kami bertiga meninggal dunia.

Aku tidak akan menceraikan salah seorang antara mereka berdua, kerana kesalahan mereka tidak ada. Anakku dengan mereka banyak. Tetapi aku siang malam menderita batin, kerana ada satu hal yang tidak dapat aku pelihara, iaitu keadilan hati.

(lihat... orang bijak sana pun merana batinnya untuk menjadi ADIL untuk isteri-isterinya... baru dua orang... belum tiga... manakan empat? Lihat sahaja contoh yang paling bagus... Tok Guru Nik Aziz... pun hanya menikahi seorang wanita sahaja...
Malah seringkali, bila telah berpoligami baru sedar akan perit dan payahnya poligami itu, bukannya mahu pikirkan semasak-masaknya...


Maka, tidak salah untuk berpoligami sekiranya keadaan mengizinkan bukannya nafsu semata-mata.. Malah pasti akan dihormati akan niat untuk membantu atau membela nasib seorang wanita itu seperti janda, anak dara tua atau sebagainya....

Tetapi mampukah untuk menjadi seorang yang ADIL dan pasti CINTA itu tidak mampu diserahkan secara sama rata.. seperti cinta Rasulullah S.A.W. kepada Siti Khadijah? Paling penting mampukah? Dari segi material dan spiritual? Itu yang seringkali dipertikaikan....

Pastinya anak-anak juga akan terkesan akan poligami ini.. kerana yang paling dekat antara anak-anak adalah ibunya dan kesan kasih sayang ibunya kepada anak-anak adalah bergantung kepada kecintaan dan kemesraan suaminya kepadanya... Itu adalah psikologi... tidakkah mangsanya adalah anak-anak? Bukankah yang mengandung, menyusukan, memelihara dan mengasuh itu adalah ibunya? Pasti akan terkesan... Maka, cinta ibu kepada anaknya bergantung kepada cinta suaminya...

Maha Suci ALLAH... telah menciptakan lelaki dan perempuan itu berbeza-beza.. iaitu lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu (perempuan) manakala perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal?

Sebab itulah, dari segi perasaan pun ada perbezaan antara lelaki dan perempuan.. Misalnya, seorang lelaki yang beristeri biasanya tidak begitu mementingkan hati isterinya, sama ada ia 100% bersamanya atau tidak. Sedikit sekali lelaki yang sensitif terhadap hati isteri... Sebab itu, lelaki ini kena straight forward tak boleh berkias-kias seperti perempuan.. Tidak dipahami mereka... Sebab itu, lelaki ini mudah untuk jatuh cinta... Maka, sanggup untuk berpoligami tanpa memikirkan perasaan isterinya (yang confirm-confirm kebanyakkannya akan menentang... lainlah kalo dia yang rela)

Tetapi bagi seorang wanita, hati dan cinta suaminya adalah paling utama. Lihat! perempuan memang akan mementingkan cinta dalam hidupnya.. Sebab itu, ALLAH kurniakan rahim kepada kaum Hawa tidak pada kaum Adam yang gagah perkasa itu... penat jerih mengendong perut yang besar itu... sakit menanggung melahirkan seorang lagi khalifah ALLAH di atas bumi ini adalah wanita..


Sedangkan seorang lelaki itu akan kesepian dan kesunyiaan tanpa seorang wanita... Tidak dapat dinafikan....



Antara hadis yang popular dikaitkan dengan poligami adalah:

"Dan kamu tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, sekalipun kamu berazam untuk berbuat demikian. Oleh itu janganlah kamu menyimpang dari kebenaran, sampai kamu tinggalkan isteri-isteri kamu seolah-olah tergantung di awangan. Jika kamu perbaiki kesalahanmu dan bertakwa, sesungguhnya ALLAH adalah Maha Pengampun dan Penyayang"
Surah An-Nisa (129)



POLIGAMI MALAYSIA

Di Malaysia, urusan hal ehwal agama Islam terletak dibawah kuasa negeri-negeri, maka kawalan undang-undang terhadap amalan poligami mungkin berbeza-beza di antara sebuah negeri dengan sebuah negeri lain.

Tetapi pada dasarnya semua negeri mempunyai undang-undang syarak yang bertujuan mengawal amalan poligami supaya syarat yang ditentukan oleh ALLAH di dalam Quran itu terjamin dan penganiayaan terhadap wanita dapat dicegah.


Kesimpulannya

Poligami itu tidak haram dan tidak lah salah.. Apa yang penting ADIL.. Jika rasa boleh berlaku ADIL (dari segi layanan, giliran, batin dan zahir) dipersilakan...

Lumrah cinta lelaki adalah pada wanita (nafsu) tetapi cinta wanita itu adalah perasaan...

Maha Besar ALLAH, telah menciptakan lelaki dan wanita itu sebaik-baik kejadian dan berbeza-beza...





nota kaki:
Dah... dah...
Siapkan manuscript dan thesis...
Setiap kali hati ini gundah akan berdoa kepadaNya...
ketika bermusafir...
ketika hujan...
ketika sedih...

mungkin ini ujian ku.. tidak pernah couple...
maka, semoga dipermudahkan jodohku...
amin...

kerana sebaik-baik kejadian itu adalah dari ALLAH...
rezeki, jodoh dan ajal itu adalah di tanganNYA...
siapalah kita untuk pertikaikan..

No comments:

Post a Comment