SAHABat..

Sunday, October 16, 2011

Teaching

Dalam handbag sekarang ni bukan sahaja kena ada pen merah untuk mengajar... semenjak mengajar Yaya (Darjah 2, perempuan), Azfar (Darjah 2, lelaki), Wawa @ Najwa (enam tahun, perempuan), Aisyah (Darjah 3, perempuan) dan Zahirah (Darjah 4, perempuan) dah kena ada pembaris dan pemadam...




Sebabnya budak-budak ni mesti ada je yang tak de dalam pencil box... maka, cikgu lah yang kena sediakan. Comei je budak-budak ni.. masing-masing ada kerenah dia.. dari Azfar yang tempoh belajar hanya mampu bertahan sampai sejam sahaja, tak boleh lebih.. nanti akan penat dan bohsan... sampailah Wawa dan Aisyah yang sangat-sangat bersemangat untuk belajar... walaupun Wawa ni masih tidak dapat mengenal dengan tepat abjad..


Dulu mengajar budak tahun 1 di pusat tuisyen, murid pun ada seramai dalam 10 orang... Maka ada 10 lah perangai nak kena layan.. Cikgu ni plak kalo ada sorang murid tak dapat ikut atau tak paham... akan make sure repeat sampai budak tu paham, baru akan proceed yang lain... Kesian juga budak yang lain atau yang jenis laju, pasti akan bohsan...


Kelas individu lebih mengurangkan kepeningan kepala cikgu ini untuk melayan kerenah dan tahap kepahaman pelajar dia...


Serius, nak mengajar kelas budak pra sekolah ini, kena ada tahap kesabaran dan ketahanan yang tinggi berbanding mengajar pelajar tahap SPM. Sebab itulah, ada program khas untuk mengajar kelas pra sekolah ini...

Perasaan kasih pasti akan terselah... Mana tak nya, tengok muka dorang pun dah timbul rasa sayang dan kasih, belum lagi melayan kerenah mereka... Cikgu ini, akan lebih suka jika pelajar itu sendiri ada minat belajar meskipun dia ada sedikit lambat tahap kefahamannya... berbanding pelajar itu, memang sah-sah tidak minat belajar... maka pasti segala pekerjaannya akan tidak ikhlas dan menghasilkan hasil yang tidak berkesan...

Setakat ini, sepanjang pengalaman mengajar, hanya seorang pelajar sahaja yang cikgu ini tidak puas hati, kerana sikap pelajar itu yang tidak mahu mendengar kata ku... Huhu... tak sampai hati pun ada juga... Namun, telah pun berbincang dengan ayahnya dan alhamdullilah beliau pun paham akan situasi ini...


Nota kaki:
Harap-harap kelas tuisyen ini tidak mengangguku untuk menyelesaikan jihad (Msc) ku di sini....
Doakan segala pekerjaananku dipermudahkan ALLAH...

1 comment: