SAHABat..

Tuesday, October 25, 2011

The real life Disney Princess

This is so cute and awesome...
The real of Disney Princess...

And my favourite is Tangled...
Tang mata... jatuh ke hati...
hehe..

She is too cute...
Yang lain pun chantek...

Huuu... nak g Disneyland plak...
DisneySea dah g...
Huuuu... windu...



Aladdin





Tangled












Pocahontas









Sleeping Beauty













Snow White





International Cultural Night




Tuan-tuan dan Puan-puan...
Dr-Dr dan Prof-prof sekalian....

Ini adalah tiket yang exclusive untuk Malam Kebudayaan (International Cultural Night) bagi banyak negara...

Apa lagi!!!
Sila dapatkan dengan segera....
Sebelum tiket kehabisan...
Pihak kami tak mahu kalian mendapatkan tiket dari kutu-kutu tiket...
Ohh... No... No....

Mau pun curi-curi masuk...
Oh.... No... No...
Pengawal kami adalah badan tegap dan persembahan adalah bahagian tingkat atas...
Tak kan kalian nak panjat bangunan??

Maka, segeralah beli tiket!!!



Lihatlah dewan sebelum event akan dianjurkan....
Decoration akan dibuat untuk memeriahkan event ini...








Akan ditambah kerusi-kerusi penonton untuk menampung bilangan yang tinggi...
Cepat beli tiket sebelum tiket habis.....








Pentas persembahan akan didecorate dengan gaya yang mewah...
Lihat dan tengok akan hasilnya...
Apa lagi beli lah tiket untuk saksikan persembahan dari USM pelbagai negara, pertama kali di Kampus Kesihatan, USM, Kubang Kerian, Kelantan...



nota kaki:
Perhatikan gambar pertama...
screen laptop ada apa?
itu adalah kerja hakiki...
KERJA HAKIKI....
tsk....
....T_T....

Monday, October 24, 2011

Belajar ini..




Si nerdy... nerdy...
Sila belajar dengan lebih tekun dan gigih...
Semoga MSc dapat cepat siap...

See... see...
lately ni macam banyak post entry...
sebabnya stress..
lagi stress..
maka akan lagi sengal...


....T_T....



Yeahh... penat lelah tasks interview 90 mothers about exclusive breast feeding for their baby...
Huhu... penah stress pasal benda ni..
Bukan senang nak interview orang.. kena sabar...
Last-last end up, baru perasan yang diri ini sebenarnya stress and can't take it any more...
And end up, setelah sekian lama tak nanges.. akhirnya berjujuran air mata..
lepas tu baru lega.. alhamdulilah...





Hopefully arini dapat makan trutty frutty sebagai ganjaran diri sendiri...
Lagi pun arini ada discount for ladies day as 15% discount... huhu




nota kaki:
when we ask ALLAH for something...
ALLAH always has 3 replies to our prayers..
1) YES
2) YES but not now
3) I have a better plan for you

ALLAH will never reject our prayers.. ALHAMDULILAHH

Terlupa





Arini, ketika solat Asar baru teringat yang ada tuisyen untuk Yaya...
Ya ALLAH ...T_T...

Risau akan manuscript dan thesis sampai boleh lupa akan kelas tuisyen...
Nasib mak Yaya paham....


nota kaki:
gambar ini diambil ketika nizam berusia 3 tahun or 4 macam tu...
ketika itu emak konvo degree di UKM...
comei!!!!!
tahi lalat kat lutut!!!!

Sunday, October 23, 2011

Kelas sejam

Rata-rata kelas tuisyen adalah dua jam..
Tapi untuk kes Azfar, kelas diadakan selama sejam sahaja.
Dalam sejam itu, terdapat banyak onak dan duri


1800: Cikgu bagi salam dan masuk terus cari Azfar yang menyorok di sebalik kerusi. Hulur tangan untuk disalam dan pujuk untuk mulakan kelas Bahasa Melayu.

1801: Cikgu bacakan Doa Belajar dan Azfar hanya menyambut doa ayat belakang sahaja.

1802: Kelas pun mula.







1805: “Cikgu saya nak minum air kejap ekh” pinta Azfar. Cikgu hanya angguk dan senyum berbisik dalam hati new hair cut nampak Azfar ni..

1810: “Cikgu saya nak makan ayam kejap ekh…” pujuk Azfar kelaparan. “Ok… g lah makan” sambut cikgu yang sporting kelas tergangu selang 5 minit.

1815: Azfar siap abes makan seketul ayam. 5 minit diperlukan untuk meratah ayam goreng milik adiknya dengan menyorok bawah meja mengelakkan dari dikesan oleh sipemilik yang leka main belon di ruang tamu.

1820: Kedengaran suara budak dari luar rumah. “Cikgu, saya check kejap apa kat luar jap ekh..” si kepoci Azfar pohon untuk keluar periksa apa yang berlaku di luar.. “Ok… kejap je” balas cikgu yang masih sabar dengan mengelat anak muridnya.







1830: “Cikgu… berapa minit lagi nak abes?”… kali ini Azfar lebih berterus terang akan kelas sejam nya tinggal berapa lama lagi.. “Lagi 30 minit” balas cikgu yang sudah pun terangkan apa itu saat, minit dan jam dengan demonstrasi jam dinding. Pergerakan jarum saat lengkap satu pusingan akan mengerakkan jarum minit, mengagumkan bagi seorang budak lelaki (baca: little boy).

“Tak boleh jadi ni… budak ni memang tak minat nak belajar Bahasa Melayu.. aku kena carik jalan untuk tarik perhatian dia!” bisik hatiku resah agar anak muridnya enjoy untuk belajar denganku.


Strategi dimulakan dengan….
“Tengok Azfar, Cikgu ada PSP.. ada game Angry Bird!” tarik perhatianku berjaya sambil menghidupkan permainan Play Station Portable (PSP). Anak mata Azfar terbeliak dan seperti excited akan alat yang sedang mula beroperasi, maka umpan cikgu mengena… “Yahooo!!” jerit hatiku…

“Wah.. ada berapa game kat dalam tu?” Tanya Azfar dengan penuh minat berbanding buku Penulisannya.

“Ada 4 game semua…Azfar siapkan kerja lepas tu nanti boleh main game.. nak?” pujukku agar strategi mengena.

Maka, kelas pun diteruskan dengan tanpa gangguan ciptaan budak Azfar.


1900: Kerja Azfar belum siap lagi.. Tetapi jarum jam telah menunjukkan nombor 7 dan jarum minit menunjukkan nombor 12. “Cikgu… dah pukul 7” cemas Azfar agar kelas ditamatkan dengan segera. “Takpa… Azfar siapkan dulu.. Kemudian dah abes” Pujuk Cikgu yang rata-rata Azfar hanya akan siapkan latihan sebanyak 10 muka surat sahaja.


nota kaki:
thesis dan manuscript masih menghantui jiwa ku..
sungguh sedih ...T_T...

Solat Dhuha




Saya baca bahasa melayu je...
tak hafal pun arabnyer.. hehehe...





Dengan tujuan ikhlas semoga Msc saya dipermudahkan... AMinnnn

Hantu....

Orang zaman dahulu kala, selalu akan kaitkan hantu dengan burung hantu... Sebabnya burung hantu ini berjaga malam dan orang dulu pun mengaitkan akan kewujudan hantu itu dengan burung hantu... Seram tak seram, hanya orang dulu je yang merasakan keseraman itu...


Kelas tuisyen Add Math yang terkini ini, tuan rumah memelihara bukan setakat seekor... malah 2 ekor...


Mula-mula datang rumah ni... dah lah ceruk rimba mana ntah lokasi rumah tu terletak... alih-alih ada 2 ekor burung hantu ni di hadapan letak kereta... Pada mulanya aku menganggapkan “WOOooohh, burung hantu dia pelihara? Hebat! Guna untuk jaga dusun kot”...


Sesi kelas ke-2 baru aku beranikan diri untuk bertanyakan akan perihal burung hantu ini. Maka, tuan rumah pun menceritakan bahawa kawasan ini memang habitat burung hantu dan kawasan lain mungkin telah kurang bilangannya kerana habitatnya telah diteroka. Burung hantu ini bukannya spesis yang tangkap tikus macam burung hantu dibendang sawah, tetapi ini adalah yang tinggal di batang pokok.


Kalo burung hantu yang digunakan untuk jaga dusun itu, adalah burung hantu dari sawah bendang... Mukanya lain sikit... seperti leper... Yang ni comei lagi... Tang mana??? Tang mata :P

Selalunya orang Amerika je yang bela burung hantu.. Orang Asia jarang-jarang kot...






Lihat! Comel tak burung hantu ini.... ...^^... agaknya yang ini betina...





Pandangan mata seperti nak makan orang! Tak takut pun :P.... Agak-agak yang ini adalah jantan

Dorang ni macam Angry Bird pun ade gak... ...^^...

Tuesday, October 18, 2011

POLIGAMI vs MONOGAMI

Buku terbaru yang saya dah habis baca adalah
"POLIGAMI Seorang lelaki untuk ramai perempuan MONOGAMI Seorang lelaki untuk seorang perempuan"




Woohh.. woohh...
kalau sebut poligami memang isu sensitif dan pasti kaum Hawa lah yang akan risau dan tidak suka mengenai isu ini...
kerana setiap kali isu poligami timbul pasti banyak hati dan perasaan yang tersinggung..

Terdapat beberapa perkara yang disentuh oleh penulis antaranya ialah

* Benarkah setiap lelaki inginkan ramai isteri?

* Rasulullah boleh berlaku ADIL kepada semua isteri kecuali HATI

* Kasih sayang Rasulullah kepada Siti Khadijah tidak pernah berpindah kepada isteri- isteri lain - Siti Aisyah

* Lelaki berpoligami MENDERITA siang dan malam



Poligami juga merupakan bahan atau 'lauk' oleh golongan orientalis (para cendekiawan bukan Islam yang menyelidik ajaran Islam dengan tujuan untuk memburukkannya) dan Barat untuk mengutuk, merendah dan mencaci poligami yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.... dah tak de modal kot nak kutuk Islam... isk.. isk...


Apa yang pasti Rasulullah s.a.w. berpoligami tidak langsung didorong oleh nafsu (maka umatnya yang berpoligami kerana nafsu telah melanggar Sunah Rasul dan tidak adil kepada isteri-isterinya adalah musuh Allah dan Rasul-Nya)...
nahh.. kalau takut untuk tidak berlaku ADIL atau erti kata lain 'gali lubang kubur sendiri' dipersilakan berpoligami... hehe

Poligami Rasulullah s.a.w. ianya adalah semata-mata untuk berdakwah dan menyebarkan Islam...

juga telah berlaku adil kepada isteri-isteri dengan bukti tetap melakukan gilirannya kepada isteri-isterinya meskipun ketika baginda sedang sakit dan terpaksa dipapah untuk berjalan..

Hingga beberapa hari sebelum kewafatannya barulah baginda meminta izin kepada sekalian isterinya supaya baginda dibenarkan berehat di rumah Siti Aisyah..
tetapi masih isteri-isteri yang lain masih cemburu akan cinta Rasulullah kepada Siti Khadijah meski pun Siti Khadijah telah wafat.

See.... See... lumrah perempuan mudah cemburu dan nuraninya hati dan perasaan perempuan amatlah halus... sehinggakan Rasulullah S.A.W yang diberi mukjizat oleh ALLAH pun tidak mampu mengelak akan cemburu para isteri baginda..




Meskipun demikian, isu poligami tetap akan timbul untuk mengatasi masalah seperti

* isteri mandul

* isteri menghidap penyakit kronik yang sukar sembuh hingga hubungan kelamin di antara keduanya tidak mungkin
(secara peribadi, saya ingin mengutarakan keperibadian si suami akan keikhlasan, cinta dan kesanggupan menjaga si isteri yang nazak sehingga wafat baru lah si suami mencari penganti yang baru untuk keperluan batinnya... bukankah itu lebih elok dan tidak menimbulkan fitnah)

* isteri berkelakuan buruk hingga tidak ada lagi keharmonian dalam rumahtangganya, manakala si suami tidak dapat mengawal kelakuan isterminya lagi
(bukankah peranan suami adalah untuk mendidik isteri dan isteri pula harus mengutamakan Allah, Rasul dan kemudian suaminya)

* si suami adalah seorang lelaki yang berpanas baran. Nafsunya sentiasa berkobar terhadap wanita.
(sekiranya dia adalah seorang lelaki Muslim yang beriman pasti dia akan berusaha untuk mengawal nafsunya secara berpuasa... maka ini sebenarnya nafsu adalah ujian dia... jika dia berpoligami kerana nafsu, maka telah pun melanggar Sunah Rasul?)


BARAT

Sikap mereka yang menentang dan mengecam akan poligami Islam, sebenarnya sedang mengamalkan poligami secara lebih buruk, haram dan tanpa batas...
Mereka mengamalkan seks bebas... buktinya, berapa ramai anak luar nikah terhasil dari gaya hidup mereka? Berapa ramai pesakit AIDS dan sifilus yang dihidapi?

Sehinggakan terdapat rancangan realiti 'Who's your Daddy?" semata-mata untuk mengenal pasti siapa si bapa anak itu....

Sekurang-kurangnya Islam menjalani poligami secara sah dan status wanita itu bergelar isteri, anak pula berayah... Mereka pula yang berpoligami kebanyakkannya mempunyai perempuan simpanan... Itu sudah pasti adalah rahsia... Tenteramkah hidup dia???? Tidur nyenyak kah dia??

Malah lebih buruk lagi, hubungan seks secara bebas antara lelaki dan perempuan, liwat, homoseks dan lesbianisme oleh mereka sekarang sama anehnya dengan pendapat orang moden bahawa wanita yang berani berbogel di khalayak ramai itu popular dan dihormati sedangkan wanita yang menutup aurat dikatakan mundur dan ditindas?

Sedarkah mereka, bahawa inilah sebenarnya kanser masyarakat mereka? Di negara kita juga telah berleluasa akan seks bebas tidak kira Islam atau tidak...
Buktinya berapa ramai anak luar nikah terhasil? Lebih buruk pembuangan bayi dan lebih parah mereka tergamak membunuh bayi yang tidak berdosa itu.. Manusia kah mereka?

Bukan setakat telah terlanjur... Opsss maaf.... tidak layak diistilahkan terlanjur (konon bahasa sopan.... boh lah yan lahhh!!) tetapi mereka telah BERZINA...





PENGALAMAN POLIGAMI

Syeikh Abdullah Al Ghazali

Dalam buku ini, Syeikh Abdullah Al Ghazali ada menghuraikan penderitaan yang biasa dialami oleh seorang lelaki yang berpoligami dalam bentuk syair:

Ertinya:
Aku mengahwini dua orang wanita kerana terlalu bodoh. Boleh kahwin dua orang perempuan. Aku harus bijaksana hidup di antara keduanya.

Aku hidup di antara dua ekor kibas. Memutar balik keadaan selamanya. Sengsara meliputi hidupku. Senang yang satu marah yang lain. Tidak sunyi dari marah salah seorangnya.


Nasihat guru Hamka

Dalam Tafsir Al Azhar, Juzuk 4, Prof. Dr. Hamka menulis antara lain:

Seorang di antara guruku yang beristeri lebih dari seorang, pernah memberi nasihat kepadaku waktu aku masih muda, katanya:

Cukuplah isterimu satu itu sahaja wahai Abdul Malik. Aku telah beristeri dua. Kesukarannya baru aku rasai setelah terjadi. Aku tidak boleh mundur lagi. Risiko ini akan aku pikul terus sampai salah seorang dari kami bertiga meninggal dunia.

Aku tidak akan menceraikan salah seorang antara mereka berdua, kerana kesalahan mereka tidak ada. Anakku dengan mereka banyak. Tetapi aku siang malam menderita batin, kerana ada satu hal yang tidak dapat aku pelihara, iaitu keadilan hati.

(lihat... orang bijak sana pun merana batinnya untuk menjadi ADIL untuk isteri-isterinya... baru dua orang... belum tiga... manakan empat? Lihat sahaja contoh yang paling bagus... Tok Guru Nik Aziz... pun hanya menikahi seorang wanita sahaja...
Malah seringkali, bila telah berpoligami baru sedar akan perit dan payahnya poligami itu, bukannya mahu pikirkan semasak-masaknya...


Maka, tidak salah untuk berpoligami sekiranya keadaan mengizinkan bukannya nafsu semata-mata.. Malah pasti akan dihormati akan niat untuk membantu atau membela nasib seorang wanita itu seperti janda, anak dara tua atau sebagainya....

Tetapi mampukah untuk menjadi seorang yang ADIL dan pasti CINTA itu tidak mampu diserahkan secara sama rata.. seperti cinta Rasulullah S.A.W. kepada Siti Khadijah? Paling penting mampukah? Dari segi material dan spiritual? Itu yang seringkali dipertikaikan....

Pastinya anak-anak juga akan terkesan akan poligami ini.. kerana yang paling dekat antara anak-anak adalah ibunya dan kesan kasih sayang ibunya kepada anak-anak adalah bergantung kepada kecintaan dan kemesraan suaminya kepadanya... Itu adalah psikologi... tidakkah mangsanya adalah anak-anak? Bukankah yang mengandung, menyusukan, memelihara dan mengasuh itu adalah ibunya? Pasti akan terkesan... Maka, cinta ibu kepada anaknya bergantung kepada cinta suaminya...

Maha Suci ALLAH... telah menciptakan lelaki dan perempuan itu berbeza-beza.. iaitu lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu (perempuan) manakala perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal?

Sebab itulah, dari segi perasaan pun ada perbezaan antara lelaki dan perempuan.. Misalnya, seorang lelaki yang beristeri biasanya tidak begitu mementingkan hati isterinya, sama ada ia 100% bersamanya atau tidak. Sedikit sekali lelaki yang sensitif terhadap hati isteri... Sebab itu, lelaki ini kena straight forward tak boleh berkias-kias seperti perempuan.. Tidak dipahami mereka... Sebab itu, lelaki ini mudah untuk jatuh cinta... Maka, sanggup untuk berpoligami tanpa memikirkan perasaan isterinya (yang confirm-confirm kebanyakkannya akan menentang... lainlah kalo dia yang rela)

Tetapi bagi seorang wanita, hati dan cinta suaminya adalah paling utama. Lihat! perempuan memang akan mementingkan cinta dalam hidupnya.. Sebab itu, ALLAH kurniakan rahim kepada kaum Hawa tidak pada kaum Adam yang gagah perkasa itu... penat jerih mengendong perut yang besar itu... sakit menanggung melahirkan seorang lagi khalifah ALLAH di atas bumi ini adalah wanita..


Sedangkan seorang lelaki itu akan kesepian dan kesunyiaan tanpa seorang wanita... Tidak dapat dinafikan....



Antara hadis yang popular dikaitkan dengan poligami adalah:

"Dan kamu tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, sekalipun kamu berazam untuk berbuat demikian. Oleh itu janganlah kamu menyimpang dari kebenaran, sampai kamu tinggalkan isteri-isteri kamu seolah-olah tergantung di awangan. Jika kamu perbaiki kesalahanmu dan bertakwa, sesungguhnya ALLAH adalah Maha Pengampun dan Penyayang"
Surah An-Nisa (129)



POLIGAMI MALAYSIA

Di Malaysia, urusan hal ehwal agama Islam terletak dibawah kuasa negeri-negeri, maka kawalan undang-undang terhadap amalan poligami mungkin berbeza-beza di antara sebuah negeri dengan sebuah negeri lain.

Tetapi pada dasarnya semua negeri mempunyai undang-undang syarak yang bertujuan mengawal amalan poligami supaya syarat yang ditentukan oleh ALLAH di dalam Quran itu terjamin dan penganiayaan terhadap wanita dapat dicegah.


Kesimpulannya

Poligami itu tidak haram dan tidak lah salah.. Apa yang penting ADIL.. Jika rasa boleh berlaku ADIL (dari segi layanan, giliran, batin dan zahir) dipersilakan...

Lumrah cinta lelaki adalah pada wanita (nafsu) tetapi cinta wanita itu adalah perasaan...

Maha Besar ALLAH, telah menciptakan lelaki dan wanita itu sebaik-baik kejadian dan berbeza-beza...





nota kaki:
Dah... dah...
Siapkan manuscript dan thesis...
Setiap kali hati ini gundah akan berdoa kepadaNya...
ketika bermusafir...
ketika hujan...
ketika sedih...

mungkin ini ujian ku.. tidak pernah couple...
maka, semoga dipermudahkan jodohku...
amin...

kerana sebaik-baik kejadian itu adalah dari ALLAH...
rezeki, jodoh dan ajal itu adalah di tanganNYA...
siapalah kita untuk pertikaikan..

Sunday, October 16, 2011

Teaching

Dalam handbag sekarang ni bukan sahaja kena ada pen merah untuk mengajar... semenjak mengajar Yaya (Darjah 2, perempuan), Azfar (Darjah 2, lelaki), Wawa @ Najwa (enam tahun, perempuan), Aisyah (Darjah 3, perempuan) dan Zahirah (Darjah 4, perempuan) dah kena ada pembaris dan pemadam...




Sebabnya budak-budak ni mesti ada je yang tak de dalam pencil box... maka, cikgu lah yang kena sediakan. Comei je budak-budak ni.. masing-masing ada kerenah dia.. dari Azfar yang tempoh belajar hanya mampu bertahan sampai sejam sahaja, tak boleh lebih.. nanti akan penat dan bohsan... sampailah Wawa dan Aisyah yang sangat-sangat bersemangat untuk belajar... walaupun Wawa ni masih tidak dapat mengenal dengan tepat abjad..


Dulu mengajar budak tahun 1 di pusat tuisyen, murid pun ada seramai dalam 10 orang... Maka ada 10 lah perangai nak kena layan.. Cikgu ni plak kalo ada sorang murid tak dapat ikut atau tak paham... akan make sure repeat sampai budak tu paham, baru akan proceed yang lain... Kesian juga budak yang lain atau yang jenis laju, pasti akan bohsan...


Kelas individu lebih mengurangkan kepeningan kepala cikgu ini untuk melayan kerenah dan tahap kepahaman pelajar dia...


Serius, nak mengajar kelas budak pra sekolah ini, kena ada tahap kesabaran dan ketahanan yang tinggi berbanding mengajar pelajar tahap SPM. Sebab itulah, ada program khas untuk mengajar kelas pra sekolah ini...

Perasaan kasih pasti akan terselah... Mana tak nya, tengok muka dorang pun dah timbul rasa sayang dan kasih, belum lagi melayan kerenah mereka... Cikgu ini, akan lebih suka jika pelajar itu sendiri ada minat belajar meskipun dia ada sedikit lambat tahap kefahamannya... berbanding pelajar itu, memang sah-sah tidak minat belajar... maka pasti segala pekerjaannya akan tidak ikhlas dan menghasilkan hasil yang tidak berkesan...

Setakat ini, sepanjang pengalaman mengajar, hanya seorang pelajar sahaja yang cikgu ini tidak puas hati, kerana sikap pelajar itu yang tidak mahu mendengar kata ku... Huhu... tak sampai hati pun ada juga... Namun, telah pun berbincang dengan ayahnya dan alhamdullilah beliau pun paham akan situasi ini...


Nota kaki:
Harap-harap kelas tuisyen ini tidak mengangguku untuk menyelesaikan jihad (Msc) ku di sini....
Doakan segala pekerjaananku dipermudahkan ALLAH...

Adib

Hai... saya Mohd Adib Rayyan Bin Mohd Firdaus...

Saya berbintang Leo...
Salam perkenalana ....^^....






...senyum sikit...





...pandangan mata berbintang Leo...





...ok penat dah :P ....

Tuesday, October 11, 2011

Segera




Sila buat kerja dengan kadar segera...
Harap tak malas-malas...





Atau pun masih pheninglalat..
memikirkan masalah yang lain?
Tak perlu...
Masalah depan mata selesaikan dahulu...


Chayoookkk...

nota kaki:
harap dapat beristiqomah dengan dhuha dan al-mathurat...
huhu


kucing demuk ni jumpa di Nihon...
sangat demuk...
sangat tembam...
senyap je...

Sunday, October 9, 2011

Tunggu masa




Kereta seperti model diatas peragakan ini, sedang tunggu masa untuk diservice...
Saya tak sabar untuk betulkan alignment kereta ini...
Dah boleh rasa alignment dia dah lari semenjak drive di Kelantan ini...





Lagi pose yang menarik dari model kereta...

nota kaki:
* abess lah kalo model ni tahu gambar dia dah tersiar di laman sesawang... ....O_o...
* naseb model ni tak tahu akan kewujudan blog ini... hehe....
* InsyaAllah saya akan menjaga dengan baek amanah mak ini (kereta).. doakan saya... hehe

Tuesday, October 4, 2011

Suatu IKHWAN





"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, ‘Asyhaduan Lailahaillallah’, (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin"


IKHWAN membawa maksud persaudaraan


Saya tujukan entry kali ini kepada dia...
InsyaAllah dia akan baca ....^^....

Saya selalu beranggapan bahawa dia seorang individu yang baik, rajin, suka menolong orang dan lembut..

Ya, dia adalah jejaka...
Tetapi lembutnya adalah seorang jejaka yang tidak suka akan kekasaran...

Meskipun dia seorang yang lembut dan pemalu,
namun pandai bergurau...


Saya selalu berbisik dalam hati ini, dia pasti akan dijodohkan dengan seorang yang baik..
Selayak dengan dia...

Dengan itu, saya selalu mendoakan semoga dia dijodohkan dengan wanita yang selayak dengan dia,
seorang yang baik hati, mudah menolong orang, peramah dan solehah seperti dia jejaka
yang soleh...

Amin ....^^....




nota kaki:
Doa saya ikhlas...

Aisyah dan Khadijah




BEKALAN

Orang Yang Paling Berbahagia Adalah Orang
Yang Dapat Menyebarkan Kebahagiaan Kepada
Orang Ramai...



Isteri Nabi Nuh dan Isteri Nabi Luth Telah
Mengkhianati Kedua Suami Mereka, dan
Menyebabkan Mereka Menjadi Hina.
Sedangkan AISYAH dan Maryam Adalah
Wanita-Wanita Yang Beriman,
Maka Mulialah Keduanya..



Belajarlah Bersabar Dari Wanita Yang Bernama
AISYAH (Isteri Firaun);
Setia Dari KHADIJAH (isteri Nabi Shallaahu 'alaihi wasallam Yang Pertama);
Jujur Dari Aisyah (Isteri Nabi Yang Paling Muda Umurnya) dan
Teguh Hati Dari Fatimah (Puteri Nabi Shalllalhu 'alahi wasallam)....