SAHABat..

Sunday, August 21, 2011

Hablumminannas

Bismillahirahmanirrahim,
Segala puji bagi ALLAH SWT yang telah memberikan nikmat-nikmatNYA bagi kita semua.
Tidak lupa shalawat dan salam kita tujukan pada junjungan kita Rasullullah Muhammad SAW, keluarga, dan para sahabatnya.

Hablumminannas memberi erti hubungan antara manusia dengan manusia.
Tidak dinafikan habluminannas adalah sukar kerana ALLAH MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGASIHANI...

Hubungan ini juga adalah kewajipan bagi setiap orang muslim. Namun, manusia adalah sangat subjektif dan kita sendiri tidak tahu dan pasti bagaimana hubungan kita dengan manusia yang lain. Hubungan kita dengan ibubapa yang tercinta, adik-adik yang dikasihi, rakan-rakan yang dihormati dan masyarakat yang terdapat di sekeliling kita.

Kita tidak pasti samaada, hubungan kita dengan mereka itu sebenarnya adalah baik atau tidak. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Namun, ALLAH MAHA PENGAMPUN... kita harus bertaubat jika melakukan kesalahan dan InsyaAllah taubat kita akan diterima. Tetapi, jika kesalahan antara manusia... adalah bergantung sama ada individu itu mahu memaafkan kita atau tidak. Itulah yang sebenarnya sukar.

Secara ringkasnya, menurut sumber... Hal yang diperintahkan oleh ALLAH SWT tertera di dalam Al-Quran mengenai hablumminannas adalah:

- mendahulukan kepentingan orang lain
- berbuat baik adalah merupakan sebaik-baik amalan
- menyempurnakan takaran (ukuran, sukatan) dan timbangan, serta tidak merugikan orang lain
- memberikan sebahagian rezeki kepada orang lain (zakat dan derma)
- tolong menolong dan kasih sayang
- dan banyak lagi...

Namun, kejadian pagi ini menyedarkan saya mengenai hablumminannas...
Ya... ianya amatlah sukar kerana tanpa apa-apa sebab yang saya sendiri tidak pasti kereta amanah mak telah dicalarkan pagi tadi..

Sekarang ini, hubungan antara saya dengan emak pula harus menerangkan apa yang telah terjadi ke atas kereta kepunyaannya. Kerana sekarang ini, ia adalah dibawah tanggungjawab saya dan perlu menghormati harta benda emak. Bagaimana harus saya terangkan kepada emak?

Kesan calar itu pula, adalah antara si pencalar dengan saya. Sebenarnya sedikit pun saya tidak marah sekiranya si pencalar tampil kehadapan untuk menegur salah silap saya. Saya bukannya manusia yang sempurna.. Manusia memang melakukan kesilapan. Tetapi tindakan tidak matang ini akan menyebabkan si mangsa akan berkecil hati. Ini secara tidak langsung menjejaskan hablumminannas si pencalar dengan si mangsa.

Apa yang lebih saya harapkan, si pencalar tidak sengaja untuk mencalar kereta. Maka, secara tidak langsung saya juga tidak melakukan apa-apa yang tidak enak kepada si pencalar. Itu adalah lebih lega. Jika mahu berbincang juga, saya secara terbuka untuk menerimanya.

Bulan Ramadhan dah nak berakhir, syaitan-syaitan juga akan dilepaskan...

Ya ALLAH, kau lindungilah aku mengenai perkara hablumminannas ini.. Ya, ianya sukar..
tak dinafikan...


Rindu Raya

Iskk... kerja banyak nak siapkan tapi hati dah sampai kat sana ....T_T....
camner?




Jasad je ada kat sini...
Mengira hari-hari akan datang...
Mendoakan segalanya akan selamat...
Perjalanan pulang anak rantau ke kampung halaman...
Bersama sanak saudara yang bahagia....




Tak sabar untuk meraikan sekali lagi bersama keluarga besar...







Friday, August 19, 2011

Selamat Hari Raya!!



Selamat Hari Raya in advance...
...^^...

Advance kan? Wish Raya terus... poser pun tak abes lagi.. hehe
Ada berani tak pagi raya pakai baju jersi bola ni sambil cium tanggan mak dan ayah?

Hehe...
tak delah.. kami beradik berpakat nak ada baju jersi bola ni secara boria...
saja-saja jer...
semangat kesukanan gamaknya atau kononnya.. hehe...

Rupanya harga kos baju ini adalah RM25
maka dijual dengan RM28 (tiada penawaran lagi kerana ni minimum harga... kesian penjual tak de untung nanti)

Dari Rantau Panjang akan dihantar ke KL..
dan kemungkinan besar baju jersi ini dijual dengan harga RM35 (tidak pasti adalah harga maksimum)

Chantek tak??? ...^^...
sedondon gitu... :P
puas hati.. puas hati!! :D

Thursday, August 18, 2011

Been warded

Yesterday night I have been warded as out patient at Accident & Emergency (A&E) HUSM.

Symptoms:
- redness of eyes
- difficulty of breathing
- feel tired
- swallow of face
- stress abdomen of left and right side
- difficulty to sleep
- feel want to vomit

Diagnose:
- drug (antibiotic) allergic

Treatment:
- Intravenous (IV) several types of steroid



treatment diberi secara IV... steroid tu ada rasa sedikit bisa bila masuk salur darah...

Sebenarnya, sebelum ni pernah makan antibiotic ini dan Dr ada pesan symptoms allergic akan antibiotic cepat je akan beri affect especially pada muka. Setelah makan untuk dosage pertama ok je.. Oleh kerana klinik rujukan terletak di Melaka, maka dosage treatment diberi sebanyak 2 bulan bekalan.

Antibiotic diambil selama 2 minggu sahaja kerana demam panas dan bengkak pada lymph nodes dari belakang kepala kanan hingga bahu kanan. Pada permulaannya menyangkakan ianya adalah berpunca dari stress kerja, namun Dr telah menafikannya dan mendiagnose sebagai tonsillitis; itu pun setelah second treatment sebab tersalah diagnose. Sekarang ni alahamdulillah tiada masalah setakat ini. Lymph nodes pun telah surut.

Maka, setelah lebih 3 bulan merancang untuk menyambung antibiotic selama 2 minggu dan setelah dosage pertama (selepas berbuka) malam itu terasa muka seperti letih dan tidak selesa badan. Pada mulanya, menyangkakan ianya adalah gastric. Ketika ini mata dah mula kemerahan dan susah untuk tidur walaupun badan amat penat.

Dosage kedua diambil setelah sahur. Sahur pun sebenarnya paksa makan juga walaupun rasa seperti mahu muntah.

Keesokkan paginya sumer symptoms that mention earlier berlaku.
Nasib baik ketika di Rantau Panjang tiada apa-apa perkara buruk berlaku.

Malam, setelah berbuka singgah HUSM dengan ditemani oleh Ay (bukan nama sebenar). Dan treatment pun dijalankan.

Ketika investigation, Dr ni banyak tanyalah plak

- Master in Sciences (MSc.) buat research pasal apa?
- Dulu belajar (undergrad) kat mana?
- Scholarship apa?
- Pratical nanti kat mana?
- Sekarang semester berapa?
- Writing thesis ker sekarang?
- Siapa supervisior?
- Jadi RA ker?

....O_o... banyak gak soalan Dr ni...
dalam hati berkata "Aikh... Dr ni banyak soalan, suka kat aku ker? kalo suka kat aku... aku lagi suka :P"
hehehe...
Muka blushing sebab kena ngorat dengan Dr. Nasib time tu sudah-sudah muka tengah merah sebab allergic tu..

Maka, perasan macam ada 3 jenis drugs dalam syringe dan diberi secara IV. Setelah itu, blood and urine samples diambil untuk test. Setelah beberapa minit, dah beri effect dan dibawa ke ward out patient untuk berehat.



suasana ward outpatient... huhu...sampai sekarang tak citer kat mak lagi, sebab tak nak dia risau

Masa di ward out patient, telepon Ay supaya balik dengan Opie (bukan nama sebenar) sebab tak nak susah kan dia. Mamai pun dah start. Rehat di situ dari 9.45pm sampai lah 12.15am.



alat IV pun dah ditanggal.. cian tanggan ...T_T...

Masa Dr nak discharge, Dr ada terangkan mengenai treatment dan result blood and urine test. Result blood and urine sumpah sampai sekarang tak ingat, sebab time tu tengah mamai. Treatment ingat, Dr kata ada tonsillitis. Dr pun tanya akan MC, nasib baik kata nak... dari situlah dapat tahu nama Dr ni... :D



terdapat 5 jenis pill dan 1 liquid solution.. ambek lah.. padan muka sendiri.. banyak ubat kena telan ...><.....


Setelah ambil ubat di pharmacy Level 3, drive sesorang balik rumah. Nasib baik takde apa-apa sebab still under drug(steroid).Tu pun kena patah balik sebab baru perasan gate tepi dah tutup (after 12.00 mid night) kena pergi jalan jauh gate depan.

Sekiranya kalian terkena allergic, especially ada difficult of breathing (sukar bernafas) maka cepat-cepatlah pergi ke emergency... sebabnya boleh block airway, maka tiada pernafasan. Cuba banyangkanlah jika tiada pernafasan. Ini pun adalah untuk diri sendiri.. hehe

p/s: Entah Dr tu dah kawen ke belum.. Sebab selalunya Dr lelaki dah diambil orang.. huhu... selalunya lah.. ada je yang belum kawen.. hehe

Tuesday, August 16, 2011

Being Single

Don’t worry if you’re single. God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone special" ....^^.....



Yeah... psychology and spirit untuk terus yakin bahawa “I’m saving this girl for someone special"...

If ALLAH sayang aku, DIA pandai pujuk aku.. hehe...

Thanks semua yang like status kat FB.. actually dapat dari kawan juga..
Anggap like kalian sebagai doa.. hehe *blushing* :P

Yang penting berusaha (doa).. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. hehe

Monday, August 15, 2011

Diskriminasi

Ketika sedang bersiap untuk ke USM, di hadapan cermin teringat akan peristiwa dahulu di zaman kerja Seremban..



Diskriminasi sebenarnya memang berlaku walaupun pada zaman serba moden ini. Kawanku telah diskriminasi akan rupa parasnya. Dia adalah wanita yang tidak mempunyai kulit yang cerah. Ketika itu, kami masing-masing gembira kerana telah diterima kerja di tempat yang sama. Maka, kami adalah satu pasukan yang sama. Cuma dia adalah junior beberapa bulan. Tak kesah, sebab kami akan berkerjasama nanti.

Namun, pada suatu petang Zana (bukan nama sebenar) bertanya akan En Rahim (bukan nama sebenar) menyentuh mengenai penampilanku? Dan aku menyatakan tidak dan pelik mengenai perkara itu. Rupa-rupanya, pada hari pertama kerja lagi En Rahim telah menyentuh akan penampilan Zana dan menyatakan agar membeli persalinan yang moden.

Cuba bayangkan ketika itu baru permulaan kerja dan sudah semestinya kami tidak punya wang banyak. Pada mulanya, saya perasan yang Zana memakai baju kemeja yang baru dan berbisik akan hati ini bahawa tak terasa akan kesempitan wang ke?

Rupanya Zana telah didikriminasi oleh majikan mengenai penampilan. Mungkin tidak dinafikan kami berkerja di sektor swasta dan penampilan adalah penting. Namun, tidak patut En Rahim mendiskriminasi terhadap Zana.






Wanita yang tidak berkulit cerah pun cantik apa? Lihat sahaja Jacklyn Victor, merupakan wanita yang rupawan walaupun tidak memiliki kulit yang cerah.



Tak cukup dengan itu?? Aishwary Rai! Bukankah dia adalah seorang yang jelita?? Maka jangan risau jika anda tidak memiliki kulit yang cerah.. Kerana sebenarnya kulit yang sawo matang atau tidak cerah ada manisnya. Cantikkan adalah subjektif..

Yang penting jangan biarkan orang lain mendiskriminasi terhadap diri kita. Setiap insan di muka bumi kini adalah istimewa tak kira ada rupa ker atau tidak. Yang penting dalaman mesti cantik. Mesti dijaga. Mesti dipelihara.








Kegagalan




Orang yang bijaksana tidak sesekali duduk merapati kegagalannya, tetapi dengan lapang hati mencari jalan untuk memulihkan kembali kerugian dialami.

Ya ALLAH kuatkan lah hati ini untuk berlapang dada... ...T_T...

Sunday, August 14, 2011

Rezeki Ramadhan




Ramadhan lah selain dari bulan beribadah malah adalah bulan rezeki.. Keluarga saya berniaga juga iaitu kuih tako... kenal kuih tako?

Alaahhh yang macam kuih tepung pelita tu.. tapi beza antara kuih tako dan kuih tepung pelita ni adalah jenis tepung yang diguna. Kuih tepung pelita menggunakan tepung beras dan kuih tako menggunakan tepung jagung..

Dahulu ketika darjah 1.. kuih tako ni baru je berada dipasaran. Dan adik lelaki lah yang paling mengidam nak makan kuih tako ni.. sekali makan mau RM10.00.. ...O_o....
Mak pun dah naik pening nak melayan mengidam budak seorang ni..

Maka, mak pun cubalah mencari resepi ini asal-asal nak makan sekeluarga sahaja. Namun, setelah usaha mak berusaha mengkaji akan resepi kuih tako ini. Maka, perniagaan kuih tako ni pun secara tak sengaja.

Pulangan adalah amat berbaloi dengan penat lelah emak dan ayah mengusahakan perniagaan kuih tako ni. Strategi adalah mudah, tumpang kuih tako di bazar Ramadhan. Hasil jualan dapat menampung insurance kereta kebiasaannya.

Kebiasaannya ayah mengumpul hasil jualan kuih ketika hampir berbuka. Kami sekeluarga berbuka dan menunggu kepulangan ayah di rumah. Kebiasaannya ayah akan berbuka dengan air ketika dalam perjalanan pulang, dan menyertai kami anak beranak di rumah.

Penah suatu ketika, hasil jualan (duit di dalam bungkusan plastik) tercicir dan setelah berbuka ayah dan emak cepat-cepat mencari balik di tepi jalan raya. Nasib dan rezeki halal itu masih menyebelahi dan emak terjumpa di tepi jalan raya. Alhamdulilah...

Kini, dah luak pun kuih tako tu.. hehe...
Dah bertahun tak makan.. Buat je untuk tempahan.. tak terkesima pun nak merasa kuih tako tu.. Dari darjah 2 menolong emak dari proses daun sampai lah penyusunan kuih tako ke dalam bekas. Dah biasa sekarang, dan emak pun hanya mengambil tempahan yang banyak sahaja. Sekarang pun dah ada pelanggan tetap, ever ada kawan dah pesan nak kuih tako ni bila dia kawen... hehe Khairiyah :P

Persaingan pun dah semakin galak. Semua nak buat kuih tako.. Kalo dulu ketika permulaan jualan dapat menjangkau sehingga 4000-5000 kuih tako, namun sekarang adik-adik sumer pun dah sambung belajar.. tiada orang nak menolong sangat, maka paling maximum pun adalah 2000.. Takpe, mungkin itu sahaja rezeki kami...




Dulu, ketika berkerja di Seremban, saya mengambil upah anyam sarung ketupat... sarung ketupat bawang, siap ketat untuk 50 sen sebiji.. dapatlah 100 biji tempahan.. dalam bas perjalanan dari seremban ke melaka siapkan.. hehe... sarung ketupat untuk umah plak yang lewat siapkan :D
sowi ayah.. hehe...

Tapi kat Kelantan ni, masyarakat kat sini tak makan ketupat nasi.. Huhu, maka peluang untuk mengambil tempahan pun tak de.. even nak cari daun kat sini pun susah.. tak pernah jumpa lah sebenarnya... Mungkin rezeki tempahan sarung ketupat tak de.. tak pe..

Wednesday, August 10, 2011

PhD di Nihon





Petang tadi tengah asyik baca kalamullah, tetiba Dr Shaharum tegur guna YM..
alameeekkkk naper ni ...O_o...
risau giler...
then terus Sadaqallahul Azim, kalamullah tu...

Pendek citer ada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan biasiswa ke negara Jepun.
Program Tawaran Biasiswa International University of Health and Welfare of Japan (IUHW) bagi sesi akademik April 2012. Pelajar undergraduates dan post graduates dalam bidang kesihatan adalah layak untuk program ini.

Akan tetapi ada syarat iaitu harus lulus Japanese Proficiency Test (N2 Level)dan tarikh tutup pemohonan adalah 1 November 2011 ini...

Merujuk adik, N2 level adalah amat susah.. paling-paling 2 tahun belajar bahasa Jepun baru leh lepas..

Adik pun pernah merunggut akan bertapa susahnya bahasa Jepun ini kerana terdapat 3 jenis tulisan dan merunggut medical pun tak sesusah ini..
Jika tahu bahasa Jepun sesusah ini lebih baik dia apply untuk medic dari engineering...

Papehal pun, memang tak de rezeki lah nak apply biasiswa ini.. huhu....
Fokus pada yang ada kat depan mata ini dulu......T_T....


Kalau nak tahu lebih lanjut lagi..
boleh klik di sini... Program Tawaran Biasiswa International University of Health and Welfare of Japan (IUHW)

manalah tahu kalian ada rezeki... saya tak de rezeki lagi.. sbb tak de knowledge dalam bahasa Jepun...
GOOD LUCK!!!

Tuesday, August 9, 2011

Gaji






First time dapat pay cheque dari customer untuk tuisyen dengan cheque dan bukannya cash..

Kali ini tuisyen memang pack untuk weekends iaitu dari 9.00 pagi hingga lah ke 4.30 petang nonstop...

Which means 6 hours of teaching non stop.. selalunya kelas ke 3 dah ngantukk... ZZZSSsssssss....


buku-buku untuk kelas yang terkini...



Alhamdulilah, ini lah peluang untuk kumpul duit yuran pengajian semester terakhir ini..
InsyaAllah adalah semester terakhir... Hopefully...

Iftar



Iftar di rumah bos a.k.a supervisior dengan nasi kerabu kelantan sempena menyambut ulang tahun Ayu...
Sedap sanggat.. tu je nak citer ....^^....

Monday, August 8, 2011

Bala..



Bulan Ramadhan, kali ini ada peristiwa yang berlaku.

Ekin (bukan nama sebenar), ex-housemate yang dulu dan aku lah penyewa baru yang menggantikan dia kerana menghilang tanpa berita selama 2 bulan, secara tiba-tiba kembali.

Sekembalinya Ekin yang pada pandangan aku yang berpengalaman hidup tidak seberapa ini mendefinasikan dia sebagai wanita yang tidak matang, berdrama dengan hidupnya kerana seperti sengaja menyerabutkan hidupnya dengan 3 lelaki yang berlainan, dan hanya memikirkan keseronokan berbanding rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan sikap timbang rasa terhadap orang lain yang kurang.

Selama 2 bulan tanpa berita, dan Fit (bukan nama sebenar) terpaksa menanggung kos sewa bulanan dan mencari penyewa yang baru secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah sewa rumah. Ekin datang kembali secara mengejut pun pada pukul 2 pagi, secara tidak langsung menggangu Fit untuk berehat.

Datang kembali pun bukan seperti yang dijangkakan Ekin memunggah barang-barang dari rumah. Namun, tumpang tidur selama 3 kali (hari yang berlainan). It’s doesn’t make sense sebab 3 kali berkunjung ke rumah tapi masalah pemunggahan barang-barang juga tidak selesai.

Aku pula sibuk dengan kelas tuisyen, dan aku percaya bahawa Fit juga telah sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini namun, Ekin seperti tidak berkesan. Maka, pada satu malam setelah berbuka puasa di rumah supervisior, aku dapat kesemua orang penghuni rumah sewa ini jelas hadir. Aku memutuskan untuk berbincang secara terbuka dan melibatkan kesemua penghuni rumah sewa, kerana aku rasa adalah patut untuk berbincang.

Maka, sebelum aku yang memulakan akan perbincangan penting ini aku mengambil wuduk untuk menggurangnkan rasa gundah gelana, kerana aku merasa amarah terhadap sikap Ekin, dan bimbang akan tidak mampu mengawal perasaan ini meski pun pada bulan Ramadhan yang mulia. Penat barangkali menyebabkan aku seperti mudah marah.

Perbincangan melibatkan kesemua penghuni rumah sewa berjalan dengan lancar dan perkara utama iaitu menyelesaikan masalah barang-barang Ekin yang tidak lagi punya hak terhadap rumah sewa itu. Meski pun, dia seperti biasa namun aku sedikit bimbang akan penerimaan dia akan terguranku ini. Masakan tidak, menghilangkan diri selama 2 bulan tanpa khabar berita telah pun memeningkan kepala seluruh penghuni yang lain akan bimbang keselamatan dia. Kemudian, sikapnya yang sambil lewa untuk memunggah barang-barang. Keluar rumah sesuka hati dan balik pada malam hari, menyebabkan kami tidak mampu bertahan lagi. Ekin sudah tidak punya hak ke atas rumah sewa ini, dan sikap tidak menghormati kami serumah ini juga.

Kini, permasalahan itu telah pun selesai dan semoga tiada lagi permasalahan yang timbul.

Sunday, August 7, 2011

Perigi buta dan sang isteri..

Ada sebuah kampung. Terdapat sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Namun, mereka belum dikurniakan seorang anak lagi. Mungkin belum punya rezeki untuk peroleh seorang anak. Suami hanyalah seorang nelayan, manakala si isteri adalah surirumah yang berjaya dan sepenuh masa.

Sang suami amatlah berpuas hati dengan kehidupannya dengan sang isteri yang dia nikahi. Namun, satu perkara sahaja yang dia masih tidak dapat selesai kan masalah dia dengan sang isteri. Ini adalah kerana, sang isteri seorang yang kuat berleter. Mungkin, telah keturunan sang isteri kuat meleter kerana nenek dia mencipta rekod bercakap selama 127 jam tanpa henti dan ini telah disaksikan oleh pengunjung kedai kopi pak salem (bukan nama sebenar).

Oleh kerana, sang suami tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian masalah yang isteri tercinta hobinya gemar berleter. Maka dia pun meluahkan perasaan dan meminta akan pandangan oleh orang yang lebih mahir, bukannya dari seorang ustaz mahupun kaunselor keluarga tapi dari geng-geng minum kopi dia. Mungkin sang suami lebih selesa dan lebih percaya akan geng-geng minum kopi dia.

Kawan dia mencadangkan agar meletakkan sang isteri di pinggir hutan untuk sementara waktu. Atau pun terdapat perigi buta di dalam hutan yang dikatakan berhantu dan penuh dengan benda-benda keras. Mungkin juga perigi buta itu diperbuat dari batu-bata. Makan, ia dikenali sebagai tempat keras?

Tanpa melengah dan memikirkan masa itu emas, maka sang suami pun mengajak sang isteri untuk mengikut dia ke pinggir hutan. Sang isteri yang taat pun mengikut perintah sang suami tanpa banyak soal. Cuma sepanjang perjalanan ke pinggir hutan tu, memanglah si isteri asyik berleter je. Berleter.. berleter... dan berleter..








Sang suami pula mempercepatkan langkahnya kerana memang sudah tidak tahan lagi akan leteran sang isteri. Setiba di perigi buta. Tanpa berlengah dan mungkin tension asyik dengar leteran sang isteri sepanjang perjalanan ke perigi buta itu dari rumah. Maka sang suami pun terus menolak sang isteri ke dalam perigi buta...

Sang isteri jatuh...

Jatuh.....

Jatuhh...

Dan jatuh......

Akhirnya... GEDeeeebussshhhh!!!!!.....

(Dalam lah tu perigi buta tu... baru dengar geedebusshh)

Sang isteri terus hilang dari pandangan dan sang suami pun akhirnya lega kerana memikirkan masalahnya telah pun selesai. Namun, setengah jam kemudian sang suami pula merasa resah dan gundah gulana. Adakah sudah rindu akan leteran isterinya? Owh... tidak... sang suami merasa kesian dan baru tersedar akan kesilapan dia yang menolak isterinya ke dalam perigi buta.

Sesegera yang mungkin sang suami pun terus mengikat tali di pokok sebelah perigi buta dan mencampakkan selebihnya ke dalam perigi buta. Dengan harapan, sang isteri akan memanjat tali tersebut dan keluar dari perigi buta..

Tunggu setengah jam...

Tunggu sejam...

Tunggu sejam setengah...

Tunggu dua jam...


Akhirnya sang suami perasan seperti ada orang yang memanjat tali yang dicampak tadi untuk keluar dari perigi buta.
Tetapi alangkah terkejutnya sang suami kerana yang keluar dari perigi buta itu bukanlah isteri dia yang ditunggu. Tetapi terkejutnya dia hampir pengsan apabila yang keluar dari perigi buta itu adalah setan.

Woohhhhh.... setan a.k.a penunggu gua kah yang keluar dari perigi buta sebentar tadi?

Terketar-ketar kepala lutut sang suami kerana takut dan terkejut. Namun, gagahi juga diri untuk bertanya.





Sang suami: Eh..... kenapa keluar dari perigi buta ini?
Setan: Aduuhh....... Aku dah tak tahan lagi! Tak tahan!
Sang suami: Kenapa pula tak tahan?
Setan: Aku tak tahan lagi duduk dalam perigi buta tu... Sape ntah membebel tak henti-henti! Aku dah tak tahan!


p/s: Hehehe.... Setan pun tak tahan. So amacam? sang suami nak tunggu lagi ker kat perigi buta tu? Hehehhe....
Citer ni ayah aku yang citer pagi tadi time breakfast sesama.... Gelak besar kita orang sumer :)

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan yang mulia

Puasa bulan Ramadhan kali ini alhamdulilah setakat ini tak de yang cuti.. yeahh...
Berbuka dan sahur pun alhamdulilah masih ada rezeki untuk dimakan...
Yeahhh... alhamdulilah...

1st ramadhan berbuka spaghetti.. wahh.. mat solleh sungguh :D
2nd ramadhan berbuka mee hoon goreng... wahh... sungguh sempoi
3rd ramadhan berbuka bihun sup.... wahh... sebab nak perhabeskan stok bihun... heee
4th ramadhan berbuka lauk nasi dengan asam pedas ikan dan sambal bendi.. wahh sebab nak perhabeskan stok benda...

Kelas tuisyen pun kena adjust bagi memberikan keutamaan solat sunat terawih dapat dibuat.. Cuma hari Jumaat sahaja tak dapat dielakkan... Kelas Matematik SPM...




antara buku pelajar... semoga mereka dipermudahkan ujian...


Kelas tuisyen ari Jumaat lah yang paling pack... dari pukul 9 pagi sampai 11 malam...
Yeahhh.... InsyaAllah yuran pengajiaan kali ini kalo Kementerian Pengajian Tinggi tak nak cover untuk semester ini (last semester!!! Hopefully... Doakan.. Huuu)
Maka bernazar untuk menggunakan gaji tuisyen untuk pembayaran. Tetapi macam mustahil pun ada jugak... Huuuu....


Pihak Thabat Management & Marketing pun turut memberi oleh-oleh untuk bulan puasa ini untuk student....
begitu juga pengajarnya... wahh... nak jugakkan :P



disimpan di dalam beg kecil yang comei... ...^^...




kandungan dalam kantung


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat Tuisyen Individu untuk UPSR, PMR dan SPM boleh lah telefon pada no 019-9002402



nota kaki: arrkhh.... harap this will be my last semester for MSc.. nak kena pikir masa depan plak... huu.. Ya Allah