SAHABat..

Sunday, August 7, 2011

Perigi buta dan sang isteri..

Ada sebuah kampung. Terdapat sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Namun, mereka belum dikurniakan seorang anak lagi. Mungkin belum punya rezeki untuk peroleh seorang anak. Suami hanyalah seorang nelayan, manakala si isteri adalah surirumah yang berjaya dan sepenuh masa.

Sang suami amatlah berpuas hati dengan kehidupannya dengan sang isteri yang dia nikahi. Namun, satu perkara sahaja yang dia masih tidak dapat selesai kan masalah dia dengan sang isteri. Ini adalah kerana, sang isteri seorang yang kuat berleter. Mungkin, telah keturunan sang isteri kuat meleter kerana nenek dia mencipta rekod bercakap selama 127 jam tanpa henti dan ini telah disaksikan oleh pengunjung kedai kopi pak salem (bukan nama sebenar).

Oleh kerana, sang suami tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian masalah yang isteri tercinta hobinya gemar berleter. Maka dia pun meluahkan perasaan dan meminta akan pandangan oleh orang yang lebih mahir, bukannya dari seorang ustaz mahupun kaunselor keluarga tapi dari geng-geng minum kopi dia. Mungkin sang suami lebih selesa dan lebih percaya akan geng-geng minum kopi dia.

Kawan dia mencadangkan agar meletakkan sang isteri di pinggir hutan untuk sementara waktu. Atau pun terdapat perigi buta di dalam hutan yang dikatakan berhantu dan penuh dengan benda-benda keras. Mungkin juga perigi buta itu diperbuat dari batu-bata. Makan, ia dikenali sebagai tempat keras?

Tanpa melengah dan memikirkan masa itu emas, maka sang suami pun mengajak sang isteri untuk mengikut dia ke pinggir hutan. Sang isteri yang taat pun mengikut perintah sang suami tanpa banyak soal. Cuma sepanjang perjalanan ke pinggir hutan tu, memanglah si isteri asyik berleter je. Berleter.. berleter... dan berleter..








Sang suami pula mempercepatkan langkahnya kerana memang sudah tidak tahan lagi akan leteran sang isteri. Setiba di perigi buta. Tanpa berlengah dan mungkin tension asyik dengar leteran sang isteri sepanjang perjalanan ke perigi buta itu dari rumah. Maka sang suami pun terus menolak sang isteri ke dalam perigi buta...

Sang isteri jatuh...

Jatuh.....

Jatuhh...

Dan jatuh......

Akhirnya... GEDeeeebussshhhh!!!!!.....

(Dalam lah tu perigi buta tu... baru dengar geedebusshh)

Sang isteri terus hilang dari pandangan dan sang suami pun akhirnya lega kerana memikirkan masalahnya telah pun selesai. Namun, setengah jam kemudian sang suami pula merasa resah dan gundah gulana. Adakah sudah rindu akan leteran isterinya? Owh... tidak... sang suami merasa kesian dan baru tersedar akan kesilapan dia yang menolak isterinya ke dalam perigi buta.

Sesegera yang mungkin sang suami pun terus mengikat tali di pokok sebelah perigi buta dan mencampakkan selebihnya ke dalam perigi buta. Dengan harapan, sang isteri akan memanjat tali tersebut dan keluar dari perigi buta..

Tunggu setengah jam...

Tunggu sejam...

Tunggu sejam setengah...

Tunggu dua jam...


Akhirnya sang suami perasan seperti ada orang yang memanjat tali yang dicampak tadi untuk keluar dari perigi buta.
Tetapi alangkah terkejutnya sang suami kerana yang keluar dari perigi buta itu bukanlah isteri dia yang ditunggu. Tetapi terkejutnya dia hampir pengsan apabila yang keluar dari perigi buta itu adalah setan.

Woohhhhh.... setan a.k.a penunggu gua kah yang keluar dari perigi buta sebentar tadi?

Terketar-ketar kepala lutut sang suami kerana takut dan terkejut. Namun, gagahi juga diri untuk bertanya.





Sang suami: Eh..... kenapa keluar dari perigi buta ini?
Setan: Aduuhh....... Aku dah tak tahan lagi! Tak tahan!
Sang suami: Kenapa pula tak tahan?
Setan: Aku tak tahan lagi duduk dalam perigi buta tu... Sape ntah membebel tak henti-henti! Aku dah tak tahan!


p/s: Hehehe.... Setan pun tak tahan. So amacam? sang suami nak tunggu lagi ker kat perigi buta tu? Hehehhe....
Citer ni ayah aku yang citer pagi tadi time breakfast sesama.... Gelak besar kita orang sumer :)

No comments:

Post a Comment