SAHABat..

Monday, August 15, 2011

Diskriminasi

Ketika sedang bersiap untuk ke USM, di hadapan cermin teringat akan peristiwa dahulu di zaman kerja Seremban..



Diskriminasi sebenarnya memang berlaku walaupun pada zaman serba moden ini. Kawanku telah diskriminasi akan rupa parasnya. Dia adalah wanita yang tidak mempunyai kulit yang cerah. Ketika itu, kami masing-masing gembira kerana telah diterima kerja di tempat yang sama. Maka, kami adalah satu pasukan yang sama. Cuma dia adalah junior beberapa bulan. Tak kesah, sebab kami akan berkerjasama nanti.

Namun, pada suatu petang Zana (bukan nama sebenar) bertanya akan En Rahim (bukan nama sebenar) menyentuh mengenai penampilanku? Dan aku menyatakan tidak dan pelik mengenai perkara itu. Rupa-rupanya, pada hari pertama kerja lagi En Rahim telah menyentuh akan penampilan Zana dan menyatakan agar membeli persalinan yang moden.

Cuba bayangkan ketika itu baru permulaan kerja dan sudah semestinya kami tidak punya wang banyak. Pada mulanya, saya perasan yang Zana memakai baju kemeja yang baru dan berbisik akan hati ini bahawa tak terasa akan kesempitan wang ke?

Rupanya Zana telah didikriminasi oleh majikan mengenai penampilan. Mungkin tidak dinafikan kami berkerja di sektor swasta dan penampilan adalah penting. Namun, tidak patut En Rahim mendiskriminasi terhadap Zana.






Wanita yang tidak berkulit cerah pun cantik apa? Lihat sahaja Jacklyn Victor, merupakan wanita yang rupawan walaupun tidak memiliki kulit yang cerah.



Tak cukup dengan itu?? Aishwary Rai! Bukankah dia adalah seorang yang jelita?? Maka jangan risau jika anda tidak memiliki kulit yang cerah.. Kerana sebenarnya kulit yang sawo matang atau tidak cerah ada manisnya. Cantikkan adalah subjektif..

Yang penting jangan biarkan orang lain mendiskriminasi terhadap diri kita. Setiap insan di muka bumi kini adalah istimewa tak kira ada rupa ker atau tidak. Yang penting dalaman mesti cantik. Mesti dijaga. Mesti dipelihara.








No comments:

Post a Comment