SAHABat..

Sunday, August 14, 2011

Rezeki Ramadhan




Ramadhan lah selain dari bulan beribadah malah adalah bulan rezeki.. Keluarga saya berniaga juga iaitu kuih tako... kenal kuih tako?

Alaahhh yang macam kuih tepung pelita tu.. tapi beza antara kuih tako dan kuih tepung pelita ni adalah jenis tepung yang diguna. Kuih tepung pelita menggunakan tepung beras dan kuih tako menggunakan tepung jagung..

Dahulu ketika darjah 1.. kuih tako ni baru je berada dipasaran. Dan adik lelaki lah yang paling mengidam nak makan kuih tako ni.. sekali makan mau RM10.00.. ...O_o....
Mak pun dah naik pening nak melayan mengidam budak seorang ni..

Maka, mak pun cubalah mencari resepi ini asal-asal nak makan sekeluarga sahaja. Namun, setelah usaha mak berusaha mengkaji akan resepi kuih tako ini. Maka, perniagaan kuih tako ni pun secara tak sengaja.

Pulangan adalah amat berbaloi dengan penat lelah emak dan ayah mengusahakan perniagaan kuih tako ni. Strategi adalah mudah, tumpang kuih tako di bazar Ramadhan. Hasil jualan dapat menampung insurance kereta kebiasaannya.

Kebiasaannya ayah mengumpul hasil jualan kuih ketika hampir berbuka. Kami sekeluarga berbuka dan menunggu kepulangan ayah di rumah. Kebiasaannya ayah akan berbuka dengan air ketika dalam perjalanan pulang, dan menyertai kami anak beranak di rumah.

Penah suatu ketika, hasil jualan (duit di dalam bungkusan plastik) tercicir dan setelah berbuka ayah dan emak cepat-cepat mencari balik di tepi jalan raya. Nasib dan rezeki halal itu masih menyebelahi dan emak terjumpa di tepi jalan raya. Alhamdulilah...

Kini, dah luak pun kuih tako tu.. hehe...
Dah bertahun tak makan.. Buat je untuk tempahan.. tak terkesima pun nak merasa kuih tako tu.. Dari darjah 2 menolong emak dari proses daun sampai lah penyusunan kuih tako ke dalam bekas. Dah biasa sekarang, dan emak pun hanya mengambil tempahan yang banyak sahaja. Sekarang pun dah ada pelanggan tetap, ever ada kawan dah pesan nak kuih tako ni bila dia kawen... hehe Khairiyah :P

Persaingan pun dah semakin galak. Semua nak buat kuih tako.. Kalo dulu ketika permulaan jualan dapat menjangkau sehingga 4000-5000 kuih tako, namun sekarang adik-adik sumer pun dah sambung belajar.. tiada orang nak menolong sangat, maka paling maximum pun adalah 2000.. Takpe, mungkin itu sahaja rezeki kami...




Dulu, ketika berkerja di Seremban, saya mengambil upah anyam sarung ketupat... sarung ketupat bawang, siap ketat untuk 50 sen sebiji.. dapatlah 100 biji tempahan.. dalam bas perjalanan dari seremban ke melaka siapkan.. hehe... sarung ketupat untuk umah plak yang lewat siapkan :D
sowi ayah.. hehe...

Tapi kat Kelantan ni, masyarakat kat sini tak makan ketupat nasi.. Huhu, maka peluang untuk mengambil tempahan pun tak de.. even nak cari daun kat sini pun susah.. tak pernah jumpa lah sebenarnya... Mungkin rezeki tempahan sarung ketupat tak de.. tak pe..

1 comment:

  1. Salam.nak tanya.saya nak tempah sarung ketupat bawang kecik . guna riben.boleh buat tak. Dlm seribu bijik. Kalau boleh wasap saya 0192510143

    ReplyDelete