SAHABat..

Sunday, August 21, 2011

Hablumminannas

Bismillahirahmanirrahim,
Segala puji bagi ALLAH SWT yang telah memberikan nikmat-nikmatNYA bagi kita semua.
Tidak lupa shalawat dan salam kita tujukan pada junjungan kita Rasullullah Muhammad SAW, keluarga, dan para sahabatnya.

Hablumminannas memberi erti hubungan antara manusia dengan manusia.
Tidak dinafikan habluminannas adalah sukar kerana ALLAH MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGASIHANI...

Hubungan ini juga adalah kewajipan bagi setiap orang muslim. Namun, manusia adalah sangat subjektif dan kita sendiri tidak tahu dan pasti bagaimana hubungan kita dengan manusia yang lain. Hubungan kita dengan ibubapa yang tercinta, adik-adik yang dikasihi, rakan-rakan yang dihormati dan masyarakat yang terdapat di sekeliling kita.

Kita tidak pasti samaada, hubungan kita dengan mereka itu sebenarnya adalah baik atau tidak. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Namun, ALLAH MAHA PENGAMPUN... kita harus bertaubat jika melakukan kesalahan dan InsyaAllah taubat kita akan diterima. Tetapi, jika kesalahan antara manusia... adalah bergantung sama ada individu itu mahu memaafkan kita atau tidak. Itulah yang sebenarnya sukar.

Secara ringkasnya, menurut sumber... Hal yang diperintahkan oleh ALLAH SWT tertera di dalam Al-Quran mengenai hablumminannas adalah:

- mendahulukan kepentingan orang lain
- berbuat baik adalah merupakan sebaik-baik amalan
- menyempurnakan takaran (ukuran, sukatan) dan timbangan, serta tidak merugikan orang lain
- memberikan sebahagian rezeki kepada orang lain (zakat dan derma)
- tolong menolong dan kasih sayang
- dan banyak lagi...

Namun, kejadian pagi ini menyedarkan saya mengenai hablumminannas...
Ya... ianya amatlah sukar kerana tanpa apa-apa sebab yang saya sendiri tidak pasti kereta amanah mak telah dicalarkan pagi tadi..

Sekarang ini, hubungan antara saya dengan emak pula harus menerangkan apa yang telah terjadi ke atas kereta kepunyaannya. Kerana sekarang ini, ia adalah dibawah tanggungjawab saya dan perlu menghormati harta benda emak. Bagaimana harus saya terangkan kepada emak?

Kesan calar itu pula, adalah antara si pencalar dengan saya. Sebenarnya sedikit pun saya tidak marah sekiranya si pencalar tampil kehadapan untuk menegur salah silap saya. Saya bukannya manusia yang sempurna.. Manusia memang melakukan kesilapan. Tetapi tindakan tidak matang ini akan menyebabkan si mangsa akan berkecil hati. Ini secara tidak langsung menjejaskan hablumminannas si pencalar dengan si mangsa.

Apa yang lebih saya harapkan, si pencalar tidak sengaja untuk mencalar kereta. Maka, secara tidak langsung saya juga tidak melakukan apa-apa yang tidak enak kepada si pencalar. Itu adalah lebih lega. Jika mahu berbincang juga, saya secara terbuka untuk menerimanya.

Bulan Ramadhan dah nak berakhir, syaitan-syaitan juga akan dilepaskan...

Ya ALLAH, kau lindungilah aku mengenai perkara hablumminannas ini.. Ya, ianya sukar..
tak dinafikan...


No comments:

Post a Comment