SAHABat..

Monday, August 8, 2011

Bala..



Bulan Ramadhan, kali ini ada peristiwa yang berlaku.

Ekin (bukan nama sebenar), ex-housemate yang dulu dan aku lah penyewa baru yang menggantikan dia kerana menghilang tanpa berita selama 2 bulan, secara tiba-tiba kembali.

Sekembalinya Ekin yang pada pandangan aku yang berpengalaman hidup tidak seberapa ini mendefinasikan dia sebagai wanita yang tidak matang, berdrama dengan hidupnya kerana seperti sengaja menyerabutkan hidupnya dengan 3 lelaki yang berlainan, dan hanya memikirkan keseronokan berbanding rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan sikap timbang rasa terhadap orang lain yang kurang.

Selama 2 bulan tanpa berita, dan Fit (bukan nama sebenar) terpaksa menanggung kos sewa bulanan dan mencari penyewa yang baru secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah sewa rumah. Ekin datang kembali secara mengejut pun pada pukul 2 pagi, secara tidak langsung menggangu Fit untuk berehat.

Datang kembali pun bukan seperti yang dijangkakan Ekin memunggah barang-barang dari rumah. Namun, tumpang tidur selama 3 kali (hari yang berlainan). It’s doesn’t make sense sebab 3 kali berkunjung ke rumah tapi masalah pemunggahan barang-barang juga tidak selesai.

Aku pula sibuk dengan kelas tuisyen, dan aku percaya bahawa Fit juga telah sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini namun, Ekin seperti tidak berkesan. Maka, pada satu malam setelah berbuka puasa di rumah supervisior, aku dapat kesemua orang penghuni rumah sewa ini jelas hadir. Aku memutuskan untuk berbincang secara terbuka dan melibatkan kesemua penghuni rumah sewa, kerana aku rasa adalah patut untuk berbincang.

Maka, sebelum aku yang memulakan akan perbincangan penting ini aku mengambil wuduk untuk menggurangnkan rasa gundah gelana, kerana aku merasa amarah terhadap sikap Ekin, dan bimbang akan tidak mampu mengawal perasaan ini meski pun pada bulan Ramadhan yang mulia. Penat barangkali menyebabkan aku seperti mudah marah.

Perbincangan melibatkan kesemua penghuni rumah sewa berjalan dengan lancar dan perkara utama iaitu menyelesaikan masalah barang-barang Ekin yang tidak lagi punya hak terhadap rumah sewa itu. Meski pun, dia seperti biasa namun aku sedikit bimbang akan penerimaan dia akan terguranku ini. Masakan tidak, menghilangkan diri selama 2 bulan tanpa khabar berita telah pun memeningkan kepala seluruh penghuni yang lain akan bimbang keselamatan dia. Kemudian, sikapnya yang sambil lewa untuk memunggah barang-barang. Keluar rumah sesuka hati dan balik pada malam hari, menyebabkan kami tidak mampu bertahan lagi. Ekin sudah tidak punya hak ke atas rumah sewa ini, dan sikap tidak menghormati kami serumah ini juga.

Kini, permasalahan itu telah pun selesai dan semoga tiada lagi permasalahan yang timbul.

2 comments:

  1. cerita macam tak nak cerita?? cis..

    ReplyDelete
  2. anti-klimaks tak?
    anti-klimaks tak?
    ...^^....
    tak leh citer sumer kot..
    hehe
    sowi...

    ReplyDelete