SAHABat..

Monday, June 17, 2013

BERCINTA KERANA ALLAH (MISBAH EM MAJIDY)

Alamak.. camner ekh nak describe buku ni ekh...
Jap... jap.. nak tarik nafas... hembus...


Tak silap.. buku ni lah kot saya baca kisah Zulaikhah dan Nabi Yusuf a.s atau buku bertajuk Kisah-kisah Cinta di dalam Al-Quran ...

Alamak.. tak ingatlah...
Banyak sangat buku dan lama dah baca kot..
Hehe... Gomeneeehh (Japanese: maaf)



"Selepas pernikahan mereka, Nabi Yusuf a.s benar-benar tidak berdaya menahan dirinya. Tiap kali melihat wajah Zulaikhah, Nabi Yusuf a.s akan tergoda dan meminta untuk menghabiskan masanya bersama Zulaikhah. Nabi Yusuf a.s tidak tahan menunggu lama isterinya khusyuk menunaikan solat. Nabi Yusuf a.s benar mengemis dan merayu cinta Zulaikhah. Nabi Yusuf a.s memohon Zulaikhah untuk menunaikan permintaannya, namun Zulaikhah menolak. Dia berdiri meninggalkan suaminya untuk melanjutkan solat. Cintanya hanya untuk ALLAH. Nabi Yusuf a.s mengejar isterinya dan cuba menangkap tubuhnya sehingga baju Zulaikhah terkoyak. Melihat kejadian itu malaikat Jibril turun dari langit dan mendatagi Nabi Yusuf a.s dan berkata "Wahai yusuf baju dengan baju. Kepedihan Zulaikhah terbalas dengan kepediahanmu!". Maha suci ALLAH. Tuhan Pengubah situasi. Baju dengan baju"


Setahu saya, kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikhah dalam al-quran menyatakan betapa hebatnya cinta Zulaikhah terhadap si tampan Nabi Yusuf a.s... dan jika nak tahu... tampan macam mana Nabi Yusuf a.s ni adalah umpama tampan itu seguni.... Kemudian.. separuh guni adalah tampan Nabi Yusuf a.s dan separuh lagi adalah tampan manusia ciptaan ALLAH...


Wah... melopong mulut saya masa baca.. sebab kalo bagi saya Ben Affleck tu dah tampan...
Ehh... silap.. silap... Ben Affleck tu dah tua :P (kahh... siot je)
Bagi contoh lain plak... 
Hmmm.... Ayah saya lah... hahaha... 
Ayah saya tu dah tampan giler...
Apa ntah lagi Nabi Yusuf a.s...
Tu yang boleh kerat jari pun tak sedar! hoho...


Fuhh.. nasib baik just ada perbandingan tampan lelaki tu macam mana..
Perempuan je takde perbandingannya...
Maka... kesimpulannya.. semua perempuan ciptaan ALLAH adalah cantik.. :P
wahhh... perasan! haha


Then, Zulaikhah kan suka sesangat kat Nabi Yusuf a.s..
Baru saya tahu ending cerita cinta ni macam mana...
Sampai satu tahap.. Zulaikhah ni kecewa.. sebab cinta dia tak dibalas...
Kemudian dia nekad bahawa nak alihkan cinta dia kepada ALLAH sahaja...
Bukan kepada mana-mana manusia lagi..


Bila Zulaikhah decide je macam tu..
ALLAH terus terbalikkan rasa cinta tu kepada Nabi Yusuf a.s...
Means... Nabi Yusuf a.s pulak yang rasa suka dan cinta sesangat kepada Zulaikhah...
Sama je tahap perasaan Zulaikhah terhadap Nabi Yusuf a.s tu...
Macam tu lah tahap perasaan Nabi Yusuf a.s kepada Zulaikhah...
Tapi time ni Zulaikhah dah cinta kepada ALLAH... dah tak de perasaan pun pada Nabi Yusuf a.s...
Bertapa hebatnya kuasa ALLAH...
Kejap je dia boleh nak tukar... twist the situation...


Zulaikhah dan Nabi Yusuf a.s akhirnya disatukan...
Tapi Zulakhah terus dan terus beribadah..
Sebab memang dah cintanya kepada ALLAH sahaja...
Nabi Yusuf a.s pulak yang boleh tergoda dan tergugat...
Hanya melihat Zulaikhah didalam keadaan bertelekung...
Zulaikhah sedang kusyuk beribadah pun Nabi Yusuf a.s boleh tergoda...
Zulaikhah tak buat apa-apa pun...


Kan dulu Zulaikhah pernah fitnah Nabi Yusuf a.s nak rogol dia hingga terkoyak baju..
Tapi ikut logik.. Zulaikhah yang nak goda Nabi Yusuf a.s...
Sekarang, dengan situasi yang sama..
Iaitu baju.. Nabi Yusuf a.s alami..


Baru lah saya tahu endingnya apa..
Tapi, ada gak yang kata...
ending ni tak tahu sahih ke tidak ...
Sebab tak dicatatkan dalam Al-Quran..
Just hadis je..
tak tahu lah plak saya hadis sahih ke hadis tahap lain...
erkk.. maaf.... 





Tulah...
semua kejadian dan aturan dah ditetapkan oleh ALLAH...
Jika saya jatuh cinta pun adalah kerana ALLAH...
Diizinkan oleh ALLAH..
Semoga saya dapat cinta ALLAH.. Aminn... :)

No comments:

Post a Comment